Babi
From Wikipedia
Babi | |
Pengelasan sains | |
Alam | Haiwan |
Filum | Kordata |
Subfilum | Vertebrat |
Divisi | [[]] |
Kelas | Mamalia |
Order | Artiodactyla |
Famili | Suidae |
Genus | Sus |
Spesies | sila lihat bawah |
Nama binomial | |
''''' | |
{{{Ksubspesies}}} | |
Pelbagai spesies: Sus barbatus Sus bucculentus Sus cebifrons Sus celebensis Sus domesticus Sus heureni Sus philippensis Sus salvanius Sus scrofa Sus timoriensis Sus verrucosus |
Babi (bahasa Arab: khinzir) merupakan mamalia yang bermancung panjang dan berhidung leper.
[Sunting] Hukum babi dalam Islam
Babi digelar haiwan najis dalam al-Quran dan haram disentuh atau dimakan oleh umat Islam.
[Sunting] Babi dalam bangsa lain
Babi juga merupakan kata kesat bagi tujuan memaki hamun atau menghina orang lain. Dalam semua bangsa, haiwan babi diangggap hina dan gelaran babi adalah satu gelaran buruk. Ini menunjukkan babi dianggap hina secara sejagat.
[Sunting] Babi dari segi sains.
Babi dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum ia diuji pada manusia. Malah jantung babi pernah digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai.
Disebabkan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies). Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru.
Sebagai contoh, wabak virus Nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran Babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling.
Babi juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi, membolehkan cacing pita merebak.