Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Tsar - Wikipedia

Tsar

From Wikipedia

Tsar (bahasa Bulgaria, Serbia serta Macedonia: цар; bahasa Rusia: Bunyi царь?; transliterasi saintifik: car dan car' untuk masing-masing) ialah gelaran Slavik yang rasmi untuk "Maharaja" di negara-negara berikut:

Pemerintah-pemerintah Bulgaria dari 1908 hingga 1946 juga menggunakan "tsar", gelaran kemaharajaan tradisional, walaupun mereka hanya diiktiraf sebagai raja (roi des bulgares) oleh seluruh dunia, iaitu serupa dengan pemerintah-pemerintah moden di Greece yang menggunakan basileus, gelaran kemaharajaan tradisional, walaupun mereka juga hanya diiktiraf sebagai raja Yunani oleh seluruh dunia. Bagaimanapun, serupa dengan kes Greece, ini tidak menjejaskan maksud yang benar bagi istilah "tsar".

Di Rusia, istilah "tsar" telah digunakan secara tidak tepat untuk dipertuan-dipertuan Mongolia (Tatar) yang menguasai kerajaan-kerajaan kecil Rusia, dan juga sejak sekitar 1480 oleh Ivan III dari Moscow selepas penegasan kemerdekaannya daripada Angkatan Kencana dan mungkin juga selepas perkahwinannya dengan pewaris wanita Empayar Byzantine.

Pemerintah Muskovit telah diiktiraf sebagai maharaja oleh Maharaja Empayar Suci Rom pada tahun 1514, semasa pemerintahan Vasili III, walaupun pemerintah Rusia pertama yang dimahkotai sebagai tsar secara rasmi ialah Ivan IV Dahsyat pada tahun 1547. Pada tahun 1721, sebuah edik daripada Peter I Agung memutuskan bahawa imperator yang merupakan gelaran berdasarkan bahasa Latin harus digunakan sebagai ganti, tetapi tsar yang merupakan padanan Slaviknya, masih biasa digunakan secara rasmi untuk pelbagai gelaran yang menandakan penguasaan bekas kekhanan Mongolia yang diserapkan oleh negara Muskovit itu. Oleh itu, transliterasi untuk gelaran ini dalam bahasa-bahasa asing seperti bahasa Inggeris biasa juga digunakan, terutamanya untuk maharaja-maharaja Rusia sehingga tahun 1917.

Istilah "Tsar" ialah padanan tepat untuk "Maharaja", tetapi ini dikaburkan sebahagian oleh pembaharuan 1721 oleh Peter Agung. Perubahan gayanya dari tsar ke imperator tidak menunjukkan kenaikan pangkat ke taraf kemaharajaan, tetapi merupakan perubahan yang selaras dengan dasar-dasar pembaratannya. Tanggapan bahawa gelaran tsar adalah sama dengan raja atau taraf pertengahan antara "raja" dengan "maharaja" merupakan satu tanggapan salah yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang, termasuk penutur-penutur bahasa Slavik yang moden, khususnya oleh para penulis bukan pakar yang menulis dalam bahasa-bahasa asing.

Harus diperhatikan bahawa penggunaan istilah "tsar" secara tidak formal kekadang digunakan dalam bahasa-bahasa Slavik untuk raja-raja yang mempunyai status yang lebih rendah. Ini sebahagian disebabkan oleh terbitannya daripada basileus, istilah Yunani asal yang fleksibel (basileus kemudian beransur-ansur membawa maksud yang hampir sama dengan "raja" dalam Zaman Keyunanian, dan sama sahaja dengan "maharaja" dari permulaan Empayar Rom), dan sebahagian disebabkan gelaran ini telah biasa kepada orang taklukannya. Umpamanya, raja-raja Bibal yang lazim digelarkan "king" (raja) dalam bahasa Inggeris digelarkan basileus dalam bahasa Greek dan tsar dalam bahasa Bulgaria dan Rusia, bukan kerana baginda-baginda itu merupakan maharaja (gelaran kemaharajaan tidak muncul sehingga zaman Rom), tetapi gelaran itu digunakan oleh pemerintah-pemerintah itu sendiri dan kitab Bible diterjemahkan dalam bahasa Greek dan Slavik semasa pemerintahan mereka.

Dengan sebab yang sama, terbitan-terbitan bahasa Slavik moden menggunakan istilah 'tsar' secara salah masa untuk Assyria, Babylonia, dan Parsi. Dalam konteks ini, raja yang merupakan gelaran asing (kecuali di Serbia) dikhaskan untuk raja-raja Eropah yang mempunyai status raja, berbanding maharaja. Lagi satu amalan yang informal dan mengelirukan ialah pengolahan gelaran maharaja-maharaja asing oleh para penulis bahasa Slavik moden. Sumber-sumber zaman pertengahan bahasa Bulgaria, Rusia, dan Serbia menterjemahkan maharaja sebagai tsar secara sembarangan; begitu juga dengan penulis Serbia moden. Bagaimanapun, bahasa Bulgaria dan Rusia moden menggunakan imperator (император) untuk maharaja asing (umpamanya maharaja Rom kuno, Empayar Byzantine, Empayar Suci Rom serta 'pewaris-pewaris' Katoliknya, dan sebagainya).


[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com