Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Termodinamik - Wikipedia

Termodinamik

From Wikipedia

Sistem termodinamik yang tipikal - haba bergerak dari panas (dandang) ke sejuk (kondenser) dan kerja dihasilkan.
Besarkan
Sistem termodinamik yang tipikal - haba bergerak dari panas (dandang) ke sejuk (kondenser) dan kerja dihasilkan.

Termodinamik (bahasa Greek: thermos bermaksud "haba" dan dynamis bermaksud "kuasa") ialah satu cabang fizik yang mengkaji kesan-kesan perubahan suhu, tekanan, dan isi padu terhadap sistem-sistem fizikal pada skala makroskopik. Kajian ini dibuat melalui analisis statistik terhadap gerakan kolektif zarah-zarahnya.

Secara amnya, "haba" bermaksud "tenaga dalam peralihan" dan "dinamik" adalah berkaitan dengan "pergerakan"; oleh itu, termodinamik sebenarnya mengkaji pergerakan tenaga dan bagaimana tenaga menyebabkan pergerakan. Dari segi sejarah, termodinamik berkembang daripada keperluan untuk meningkatkan kecekapan enjin-enjin stim yang awal.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Gambaran keseluruhan

Titik permulaan untuk kebanyakan pertimbangan termodinamik ialah hukum termodinamik yang mempostulatkan bahawa tenaga boleh saling bertukar antara sistem-sistem fizikal sebagai haba atau kerja. Ahli-ahli sains ketika itu juga mempostulatkan kewujudan entropi yang boleh ditakrifkan bagi mana-mana satu sistem.

Termodinamik mengkaji dan mengkategorikan interaksi antara kumpulan-kumpulan besar objek. Pokok termodinamik terdiri daripada konsep-konsep sistem dan persekitaran. Sebuah sistem terdiri daripada zarah-zarah, manakala pergerakan purata zarah-zarahnya mentakrifkan sifat sistem itu. Sifat-sifatnya pula berkait antara satu sama lain melalui persamaan-persamaan keadaan. Sifat-sifat boleh digabungkan untuk mengungkapkan tenaga dalaman, sementara keupayaan termodinamik amat berguna untuk menentukan keadaan-keadaan untuk keseimbangan serta proses-proses spontan.

Dengan alat-alat ini, termodinamik menghuraikan bagaimana sistem-sistem bertindak terhadap perubahan-perubahan di dalam persekitarannya. Ini boleh digunakan untuk berbagai-berbagai topik sains dan kejuruteraan, umpamanya enjin, peralihan fasa, tindak balas kimia, fenomena angkutan, serta juga luhung hitam. Hasil-hasil termodinamik juga amat penting untuik bidang-bidang fizik yang lain, serta untuk kimia, kejuruteraan kimia, biologi sel, kejuruteraan bioperubatan, dan sains bahan, antara lain.

[Sunting] Sejarah

Sadi Carnot (1796-1832): "Bapa" termodinamik
Besarkan
Sadi Carnot (1796-1832): "Bapa" termodinamik
Rencana utama: Sejarah termodinamik

Sejarah ringkas termodinamik bermula dengan Otto von Guericke, ahli sains Jerman, yang mereka bentuk pam vakum serta vakum yang pertama di dunia pada tahun 1650. Vakumnya dikenali sebagai "hemisfera Magdeburg". Beliau didorong mencipta vakum itu untuk membuktikan bahawa anggapan Aristotle yang sudah lama diterima, iaitu 'Alam semula jadi benci akan vakum', adalah salah.

Tidak lama kemudian, Robert Boyle, ahli fizik dan kimia Ireland, berusaha sama dengan Robert Hooke, ahli sains Inggeris, untuk membina sebuah pam udara pada tahun 1956 setelah dapat tahu tentang reka-reka bentuk Guericke. Melalui pam ini, Boyle dan Hooke mencerap korelasi tekanan-suhu-isi padu, dan kemudian merumuskan hukum gas unggul. Berdasarkan konsep-konsep itu, Denis Papin, sekutu Boyle, membina sebuah pencerna tulang (bahasa Inggeris: bone digester) pada tahun 1679. Mesinnya terdiri daripada sebuah bekas tertutup, dengan tudung ketat yang menahan wap sehingga tekanan yang tinggi dijanakan.

Reka-reka bentuk yang kemudian menggunakan injap pelepas stim untuk mengelakkan peletupan mesin. Melalui pencerapan injap yang bergerak naik turun mengikut irama, Papin memikirkan idea untuk sebuah enjin omboh. Bagaimanapun, beliau gagal melaksanakannya sehingga selesai. Berdasarkan reka bentuk Papin, jurutera Thomas Savery membina enjin yang pertama pada tahun 1697. Walaupun enjin-enjin yang awal adalah kasar dan tidak cekap, rekaan-rekaan itu menarik perhatian ahli-ahli sains yang terutama pada masa itu. Salah satunya ialah Sadi Carnot, "bapa termodinamik", yang pada tahun 1824 menerbitkan "Pemikiran-pemikiran Mengenai Kuasa Gerakan Api", sebuah huraian mengenai haba, kuasa, dan kecekapan enjin. Perkembangan ini menandakan permulaan termodinamik sebagai sebuah sains moden.

[Sunting] Lihat juga

[Sunting] Cabang berkait

Portal:Fizik Fizik
  • Psikodinamik
  • Termodinamik atmosfera
  • Termodinamik biologi
  • Termodinamik fenomenologi
  • Termodinamik luhung hitam
  • Termodinamik kimia
  • Termodinamik klasik
  • Termodinamik keseimbangan
  • Termodinamik ketakseimbangan
  • Termodinamik kuantum
  • Termodinamik statistik

[Sunting] Daftar dan garis masa

  • Daftar terbitan termodinamik yang penting
  • Daftar buku teks mekanik statistik yang terkenal
  • Garis masa termodinamik, mekanik statistik, dan proses rawak
  • Pengaruh Parmenides dalam perkembangan termodinamik
  • Sejarah termodinamik

[Sunting] Lain-lain

  • Analisis terma
  • Dinamik bendalir
  • Falsafah fizik terma dan statistik
  • Kalorimetri
  • Keseimbangan fasa
  • Mekanik statistik
  • Perhubungan bersaling Onsager
  • Persamaan Debye-Hyckel
  • Persamaan termodinamik
  • Sifat-sifat termodinamik
  • Transformasi Legendre

[Sunting] Rujukan

    1. Perrot, Pierre (1998). A to Z of Thermodynamics, Percetakan Universiti Oxford. ISBN 0198565526.
    2. Kroemer, Herbert; Kittel, Charles (1980). Thermal Physics, Syarikat W. H. Freeman. ISBN 0716710889.
    3. Goldstein, Martin; Inge, F (1993). The Refrigerator and the Universe, Percetakan Universiti Harvard. ISBN 0674753259.

    [Sunting] Pautan luar

    Wikibooks
    Wikibuku mempunyai lebih  
    maklumat mengenai:
    Termodinamik kejuruteraan


      Subbidang am dalam Fizik  p b s 

    Elektromagnetisme | Fizik atom, molekul, dan optika | Fizik jirim termeluwap | Fizik zarah | Kerelatifan am | Kerelatifan khas | Mekanik klasik | Mekanik kontinuum | Mekanik kuantum | Mekanik statistik | Teori medan kuantum | Termodinamik

    Our "Network":

    Project Gutenberg
    https://gutenberg.classicistranieri.com

    Encyclopaedia Britannica 1911
    https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

    Librivox Audiobooks
    https://librivox.classicistranieri.com

    Linux Distributions
    https://old.classicistranieri.com

    Magnatune (MP3 Music)
    https://magnatune.classicistranieri.com

    Static Wikipedia (June 2008)
    https://wikipedia.classicistranieri.com

    Static Wikipedia (March 2008)
    https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

    Static Wikipedia (2007)
    https://wikipedia2007.classicistranieri.com

    Static Wikipedia (2006)
    https://wikipedia2006.classicistranieri.com

    Liber Liber
    https://liberliber.classicistranieri.com

    ZIM Files for Kiwix
    https://zim.classicistranieri.com


    Other Websites:

    Bach - Goldberg Variations
    https://www.goldbergvariations.org

    Lazarillo de Tormes
    https://www.lazarillodetormes.org

    Madame Bovary
    https://www.madamebovary.org

    Il Fu Mattia Pascal
    https://www.mattiapascal.it

    The Voice in the Desert
    https://www.thevoiceinthedesert.org

    Confessione d'un amore fascista
    https://www.amorefascista.it

    Malinverno
    https://www.malinverno.org

    Debito formativo
    https://www.debitoformativo.it

    Adina Spire
    https://www.adinaspire.com