Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Nokia - Wikipedia

Nokia

From Wikipedia

Untuk bandar Finland, sila lihat Nokia, Finland.
Perbadanan Nokia
Jenis Syarikat awam – Oyj
(OMX: NOK1V, BSNY: NOK, Xetra: NOA3)
Penubuhan Nokia, Finland (1865)
Ibu pejabat Espoo, Finland
Orang utama Fredrik Idestam, Pengasas pada 1865
Kari Kairamo, CEO pada 1980-an
Olli-Pekka Kallasvuo, Presiden & CEO
Jorma Ollila, Pengerusi
Industri Telekomunikasi
Produk Telefon bimbit
Komputer multimedia
Peranti permainan bimbit
Seni bina perusahaan
Rangkaian
Sistem wayarles
Peranti data wayarles
Peranti suara wayarles
Kelengkapan pensuisan wayarles
Pendapatan €34.191 bilion EUR (2005) [2]
Pendapatan bersih €4.639 bilion (2005)
Bilangan
pekerja
62,763 pada 31 Mac 2006 [1]
Laman web www.nokia.com
Ibu pejabat Nokia di Keilaniemi, Espoo.
Besarkan
Ibu pejabat Nokia di Keilaniemi, Espoo.
Pemandangan lebih dekat ibu pejabat Nokia.
Besarkan
Pemandangan lebih dekat ibu pejabat Nokia.

Perbadanan Nokia (BSNY: NOK) ialah pengeluar telefon bimbit yang terbesar di dunia (pada Jun 2006), dengan bahagian pasaran sejagat sebanyak lebih kurang 33% pada tahun 2006. Syarikat ini mengeluarkan telefon bimbit untuk setiap pasaran dan protokol utama, termasuk GSM, CDMA, dan WCDMA (UMTS).

Perbadanan Nokia juga mengeluarkan kelengkapan rangkaian telekomunikasi untuk kegunaan-kegunaan seperti telefoni suara talian tetap dan bimbit, ISDN, capaian jalur lebar, suara melalui IP, dan LAN wayarles.

Ibu pejabat Nokia terletak di Espoo, sebuah subbandar Helsinki, Finland, tetapi syarikat ini juga mempunyai tapak-tapak penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, dan perwakilan jualan di banyak negara di seluruh dunia. Pusat Penyelidikan Nokia yang merupakan makmal-makmal penyelidikan perindustrian mempunyai banyak tapak di Helsinki dan di Cambridge, MA, Amerika Syarikat.

Nokia ialah syarikat Finland yang terbesar, dengan lebih kurang separuh daripada pemodalan pasaran Bursa Saham Helsinki. Ini adalah satu keadaan yang amat unik bagi sebuah negara perindustrian. Nokia juga memainkan peranan yang amat besar dalam ekonomi Finland, dan penduduk-penduduk Finland telah banyak kali menempatkan syarikat ini sebagai jenama dan majikan yang terbaik.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Worksyop Getah Finland (Finnish Rubber Works), nama asal Nokia, telah ditubuhkan sebagai sebuah kilang pulpa oleh Knut Fredrik Idestam, seorang Sweden-Finland, di tebing Jeram Nokia pada tahun 1865. Firma ini kemudian menubuhkan kilang-kilangnya di tempat yang berhampiran pada permulaan abad ke-20, dan memulakan penggunaan nama Nokia sebagai jenama. Tidak lama selepas Perang Dunia I, Worksyop Getah Finland memperoleh kilang-kilang kayu Nokia bersama-sama dengan Worksyop Kabel Finland (Finnish Cable Works), sebuah pengeluar kabel telefon serta telegraf, dan kemudian menggabungkan ketiga-tiga syarikat ini menjadi Perbadanan Nokia pada tahun 1967.

Perbadanan Nokia yang ditubuhkan oleh penggabungan 1967 melibatkan diri dalam banyak sektor, termasuk pengeluaran produk-produk kertas pada satu masa atau yang lain, basikal dan tayar kereta, kasut (termasuk but wellington), komputer peribadi, kabel komunikasi, dan televisyen, serta pengeluaran elektrik, dan sebagainya.

Bibit-bibit penjelmaan semula Nokia disemai oleh penubuhan seksyen elektronik dalam Bahagian Kabelnya pada dekad 1960-an. Dalam penggabungan 1967, bahagian itu diasingkan untuk dijadikan satu bahagian tersendiri, dan memulakan pengeluaran kelengkapan telekomunikasi.

Pada dekad 1970-an, Nokia melibatkan diri dalam industri telekomunikasi dengan perkembangan Nokia DX 200, sejenis suis digit untuk ibu sawat telefon. Pada tahun 1982, suis DX 200 Nokia menjadi suis telefon digit yang pertama digunakan di dunia, dan kemudian dijadikan hamba bahagian kelengkapan rangkaian. Seni bina bermodul dan fleksibel membolehkannya untuk diperkembangkan menjadi berbagai-bagai produk pensuisan.

Untuk satu tempoh yang singkat pada dekad 1970-an, pengeluaran kelengkapan rangkaian Nokia diasingkan menjadi Telefenno, sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki bersama-sama oleh syarikat induknya dan sebuah syarikat kerajaan Finland.

Pada dekad 1980-an, Nokia mengeluarkan satu siri komputer peribadi yang dinamakan MikroMikko [3]. Bagaimanapun, bahagian ini dijual kepada ICL yang kemudiannya menjadi sebahagian Fujitsu. ICL kemudian memindahkan operasi komputer peribadinya kepada Fujitsu-Siemens AG yang menutup kilang yang tunggal ini di Finland pada sekitar tahun 2000 dan dengan itu, menamatkan pengeluaran komputer peribadi berskala besar di negara itu.

Pesanan pertama yang utama untuk telefon bimbit Nokia datangnya daripada angkatan pertahanan Finland untuk radio lapangan mereka pada tahun 1972. Pada dekad 1970-an, Nokia memulakan perkembangan telefon bimbit untuk piawai rangkaian NMT yang memulakan siarannya pada dekad 1980-an. NMT merupakan piawai telefoni mudah alih yang pertama di dunia yang membolehkan perantauan, dan memberikan pengalaman yang amat bernilai kepada Nokia melalui penyertaannya yang rapat dalam perkembangan Sistem Sejagat untuk Komunikasi Mudah Alih (GSM). GSM ialah piawai digit yang telah menguasai dunia telefoni mudah alih pada dekad 1980-an dan 1990-an, dengan lebih kurang dua bilion pelanggan telefon bimbit (lebih kurang 80% daripada seluruh pelanggan di dunia) di melebihi 200 negara pada pertengahan 2006. Panggilan GSM perdagangan yang pertama di dunia dibuat dengan telefon Nokia pada tahun 1991 di Helsinki melalui rangkaian yang dibekalkan oleh Nokia.

Pada tahun 1980-an, semasa zaman Ketua Pegawai Eksekutif Kari Kairamo, Nokia berkembang dengan pesat ke dalam bidang-bidang baru, kebanyakannya melalui perolehan. Perbadanan ini kemudian mengalami masalah kewangan yang teruk pada lewat 1980-an dan awal 1990-an disebabkan sebahagian besar oleh bahagian televisyennya yang mengalami kerugian yang amat besar. Masalah-masalah ini mungkin menyebabkan Kairamo membunuh diri pada tahun 1988). Nokia bertindak dengan memperkemas bahagian-bahagian telekomunikasi, serta menjual bahagian-bahagian televisyen dan komputer peribadinya. Jorma Ollila yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 1992 membuat keputusan strategik untuk menumpukan kegiatan syarikat hanya kepada telekomunikasi dan pada sepanjang dekad 1990-an, Nokia meneruskan pembuangan semua bahagian bukan telekomunikasi.

Kepopularan telefon bimbit yang meletus di seluruh dunia melampaui semua ramalan optimistik Nokia dan mencetuskan satu krisis logistik pada pertengahan dekad 1990-an. Ini menyebabkan Nokia membaik pulih seluruh operasi logistiknya dan disebabkan usaha-usaha yang amat berjaya ini, terus memberikan Nokia satu kelebihan yang utama terhadap pesaing-pesaingnya, bersama-sama dengan ekonomi skalanya yang lebih besar.

Pada tahun 2004, masalah-masalah dalam bahagian kelengkapan rangkaian memaksakan Perbadanan Nokia untuk mencari jalan keluar melalui amalan-amalan membaik pulih yang serupa dengan operasi logistiknya, dengan pemberhentian kerja sementara dan penyusunan semula organisasinya. Bagaimanapun, ini menyebabkan imej awamnya terjejas di Finland, dan mengakibatkan beberapa kes-kes mahkamah bersama-sama dengan satu episod kritikal dalam satu dokumentari mengenai Nokia. [4].

Walaupun sekali sekala mengalami krisis-krisis seperti ini, Nokia telah mencapai kejayaan yang luar biasa dalam bidang yang dipilihnya. Pertumbuhan ini datang semasa era Jorma Ollila serta pasukannya yang terdiri daripada lebih kurang setengah dozen rakan sekerjanya yang rapat. Pada Jun 2006, era in berakhir ketika Ollila meninggalkan kedudukannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk menjawat pengerusi Shell, dengan Olli-Pekka Kallasvuo mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Nokia yang baru.

Pada Februari 2006, Nokia dan Sanyo mengumumkan Memorandum Persefahaman untuk menubuhkan sebuah usaha sama bagi perniagaan gagang CDMA. Beberapa bulan kemudian pada Jun, kedua-dua syarikat mengumumkan keakhiran perundingan mereka tanpa sebarang persetujuan. Nokia juga menyatakan keputusannya untuk menarik diri daripada penyelidikan dan pembangunan CDMA dengan tujuan untuk meneruskan perniagaan CDMA hanya dalam pasaran-pasaran pilihan.

Pada 19 Jun 2006, Nokia dan Siemens AG mengumumkan penggabungan perniagaan-perniagaan kelengkapan rangkaian telefon mudah alih dan talian tetap mereka untuk menjadi salah satu firma rangkaian yang terbesar di dunia. Kedua-dua syarikat akan masing-masing mempunyai kepentingan sebanyak 50% dalam syarikat infrastruktur ini yang digelarkan Rangkaian Nokia Siemens dan yang beribu pejabat di kawasan Helsinki. Kedua-dua syarikat ini meramalkan jualan tahunan sebanyak 16 bilion euro, dengan jimat kos sebanyak 1.5 bilion setahun menjelang 2010. Lebih kurang 20,000 pekerja Nokia akan ditukarkan ke syarikat baru ini.

[Sunting] Budaya korporat

Manifesto budaya korporat rasmi Nokia, Cara Nokia, menekankan kepantasan dan kefleksibelan dalam membuat keputusan melalui sebuah organisasi rangkaian yang tidak banyak berperingkat. Walaupun bertujuan sedemikian, saiz perbadanannya masih mengenakan sedikit sebanyak birokrasi. Kesamaan peluang dan keterbukaan komunikasi juga ditekankan, bersama-sama dengan kepimpinan pengurusan serta penyertaan pekerja.

Nokia ialah sebuah kumpulan teknologi mudah alih yang progresif dan berpandangan jauh. Syarikat ini membelanjakan sebahagian besar pusing gantinya untuk penyelidikan dan pembangunan, dan berbangga dengan fakta bahawa syarikat ini sering merupakan syarikat yang pertama untuk memasarkan produk dan aplikasi baru.

Bahasa rasmi Nokia ialah bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris digunakan untuk semua pendokumenan, dan digunakan untuk komunikasi bertutur serta emel antara rakan sekerja ketika bahasa ini merupakan bahasa sama yang tunggal.

Nilai-nilai Nokia ialah "Kepuasan Pelanggan, Rasa Hormat, Pencapaian, dan Pembaharuan".

[Sunting] Mutu keluaran

Which?, sebuah kumpulan pengguna United Kingdom, menerbitkan sebuah laporan yang mengatakan bahawa 70% daripada pengguna-penguna Nokia berpendapat bahawa produk-produk syarikat ini mempunyai mutu keluaran yang tinggi, tetapi tingkat perkhidmatan pelanggannya tidaklah memuaskan apabila pengguna menghadapi masalah, terutamanya produk-produk yang memerlukan pemasangan perisian komputer (seperti produk-produk kabel penyambung telefon dengan komputer peribadi). [1]

[Sunting] Nota

  1. Nokia - Suku tahan Ke-1 2006 Siaran Akhbar
  2. Nokia - Maklumat Tahunan 2005
  3. Old-Computers.com - Nokia Mikro Mikko 1
  4. YLE.fi - Peraturan-peraturan Nokia

[Sunting] Lihat juga

  • Senarai produk Nokia
  • Sugar Bowl Nokia
  • Arena Nokia

[Sunting] Pautan luar

Lihat galeri mengenai: Nokia di Wikimedia Commons.


  Syarikat-syarikat komputeran utama  p b s 
Syarikat Perkakasan: AMD - Cisco - Dell - Intel - Motorola - Nokia - Samsung - Sony - TI - Toshiba
Syarikat Perisian: Amazon - eBay - Google - Novell - Oracle - SAP - Yahoo!
Syarikat Perkakasan/Perisian: Apple - EMC - HP - IBM - Microsoft - Sun
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com