Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Kapas - Wikipedia

Kapas

From Wikipedia

Kapas merupakan gentian lembut yang terdapat disekeliling biji pokok kapas, pokok renek yang tempatan di kawasan tropika dan sub-tropika kedua-dua Dunia Lama dan Dunia Baru. Gentian ini biasanya dijadikan benang dan digunakan bagi menghasilkan tekstile yang lembut dan telus angin.

Mengutip kapas di Georgia
Besarkan
Mengutip kapas di Georgia

Kapas merupakan tanaman bernilai kerana hanya 10% daripada berat kasar hilang setelah diproses. Apabila kesan lilin, protin, dll. disingkir, bakinya merupakan polimer semulajadi daripada selulus tulin. Selulus ini diatur sebegitu rupa yang memberikan kapas ciri-ciri kekuatan, ketahanan, dan daya penyerap yang unik. Setiap gentian terhasil daripada dua puluh sehingga tiga puluh lapisan selulus terpilin dalam spring semulajadi yang tersusun kemas. Apabila bebola kapas (sarung benih) dibuka gentian tersebut dikeringkan menjadi leper, tergumpal, berbentuk ribon dan menjadi berkait sesama sendiri dan terikat. Bentuk ikatan ini sesuai bagi dipintal menjadi benang yang bagus.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Pokok kapas sebagaimana dibayangkan dan dilukis oleh John Mandeville pada abad ke 14
Besarkan
Pokok kapas sebagaimana dibayangkan dan dilukis oleh John Mandeville pada abad ke 14
Ladang Kapas Oklahoma. Penyelia dan pemungut kapas Negro, sekitar. 1897-98.
Besarkan
Ladang Kapas Oklahoma. Penyelia dan pemungut kapas Negro, sekitar. 1897-98.

Kapas telah digunakan untuk menghasilkan pakaian ringan yang baik di kawasan tropika selama ber(millennia). Sesetengah pihak mendakwa bahawa kemungkinannya Mesir purba telah mempunyai kapas semenjak seawal 12,000 BC, dan terdapat bukti tentang kapas di gua Mexico (pakaian kapas dan serpihan gentian ditenun bersama bulu pelepah dan bulu) yang bertarikh semenjak sekitar 7,000 tahun lalu. Terdapat bukti arkheologi bahawa penduduk di Amerika Selatan dan India menanam kapas spesies berlainan secara berasingan semenjak beribu-ribu tahun lalu.

Rujukan bertulis terawal mengenai kapas terdapat di India. Kapas telah ditanam di India sejak tiga ribu tahun lalu, dan dirujuk di dalam Rig-Veda, ditulis pada 1500 BC. Seribu tahun kemudiannya sejarahwan agung Greek Kuno, Herodotus menulis mengenai kapas India: "Terdapat pokok yang tumbuh meliar di sana, buahnya merupakan benang bulu lebih cantik dan elok berbanding bulu biri-biri. Orang-orang India menghasilkan pakaian mereka daripada bulu pokok ini". (Book iii. 106)

Pada akhir tempoh mediaeval, kapas dikenali sebagai gentian diimport di utara Eropah, tanpa sebarang pengetahuan lain selain bahawa ia merupakan berasal daripada tumbuhan; penduduk dikawasan ini, biasa hanya dengan gentian haiwan (benang bulu daripada biri-biri), hanya boleh membayangkan bahawa kapas semestinya dihasilkan oleh pokok yang berbuah biri-biri. John Mandeville, menulis pada 1350, menyatakan sebagai fakta kepercayaan yang sekarang ini terbukti mengarut: "Terdapat di India sejenis pokok yang mengkagumkan yang mempunyai biri-biri kenik pada hujung dahannya. Dahannya ini mudah melentur sehinggakan ia bengkok kebawah bagi membenarkan biri-biri ini makan apabila mereka lapar.". Aspek ini kekal sebagai nama kapas dalam kebanyakan bahasa Eropah, seperti bahasa Jerman Baumwolle, yang bererti "bulu pokok - tree wool".

Pada akhir abad ke 16 AD, kapas ditanam dikeseluruhan kawasan panas diAfrika, Eurasia dan Amerika.

Industri pemprosesan kapas India tenggelam semasa Revolusi Industri British, apabila ciptaan Spinning Jenny (1764) dan bingkai pengirai (spinning frame) Arkwright (1769) membolehkan penghasilan pakaian kapas secara pukal yang murah di UK. Kaupayaan pengeluaran dipertingkatkan lagi dengan ciptaan (cotton gin) oleh Eli Whitney pada 1793.

Di Amerika Syarikat terdapat tiga jenis tanaman yang menggunakan hamba abadi, kapas, indigo dan tembakau. Selepas pembebasan (emancipation), dalam kebanyakan kes evolusi sistem perkongsian hasil (share cropping) tidak jauh berbeza dengan sistem perhambaan.

[Sunting] Penghasilan

Penuaian kapas di Texas.
Besarkan
Penuaian kapas di Texas.

Masa kini kapas dihasilkan dikebanyakan tempat di dunia, termasuk Eropah, Asia, Afrika, Amerika dan Australia, menggunakan pokok kapas yang telah dipilih khusus agar setiap pokok menghasilkan lebih banyak gentian. Pada 2002, kapas ditanam melitupi 330,000 km² kawasan ladang. 47 laksa (billion ) paun (21 juta tan) kapas mentah bernilai 20 laksa US dollar ditanam pada tahun itu.

Industri kapas banyak bergantung kepada bahan kimia terutamanya seperti baja dan racun serangga, walaupun sesetengah peladang bertukar arah kepada model penghasilan organik, dan keluaran kapas organik bebas kimia ada terdapat sekarang. Dalam sejarah, salah satu perosak paling teruk dari segi ekonomi dalam penghasilan kapas merupakan boll weevil.

Kebanyakan kapas dituai secara mekanikal, samaada melalui pemungut kapas, mesin yang memetik kapas daripada bull tanpa merosakkan pokok kapas, atau oleh penanggal kapas yang menanggalkan keseluruhan pod daripada pokok. Penanggal kapas secara umumnya digunakan dikawasan dimana ianya terlalu berangin untuk menanam jenis pokok kapas boleh pungut dan biasanya digunakan selepas penyemburan bahan defoliant atau defoliation semulajadi yang berlaku selepas beku. Kapas merupakan tumbuhan tanaman sepanjang tahun dikawasan tropika dan tanpa defoliation atau pembekuan, pokok kapas akan tumbuh sepanjang masa. Kapas merupakan rumpun keluarga okra dan hibiscus.

Gossypium hirsutum: Cotton blossom with bumblebee pollinator, Hemingway, South Carolina
Besarkan
Gossypium hirsutum: Cotton blossom with bumblebee pollinator, Hemingway, South Carolina

Logistik penuaian kapas telah diperbaiki dengan kemajuan pembina modul kapas, mesin yang memadat kapas dituai menjadi bungkusan besar, yang kemudiannya diselitupi dengan tarpolin dan disimpan sementara ditepi ladang.

[Sunting] Pemprosesan kapas

Selepas penuaian, kapas yang dituai di ladang melalui beberapa proses. Sebelum diproses, terdapat 3 peringkat:

  1. Nyah biji (Ginning)
  2. Spinning
  3. Tenunan (Weaving)

Selepas ditenun, fibrik kapas biasanya melalui beberapa proses lain. Selepas sesetengah proses, fibrik kapas boleh digunakan secara langsung sebagai bahan keluaran akhir, sebagai contoh kain yang tidak dilunturkan digunakan bagi menghasilkan guni. Tahap biasa adalah:

  1. Singeing
  2. Penyesuaian saiz Desizing
  3. Penyentalan Scouring
  4. Pelunturan (Bleaching)
  5. (Mercerizing)
  6. Pewarna (Dyeing)
  7. Pengemasan (Finishing)

[Sunting] Kegunaan

Selain kegunaan dalam pengilangan tekstil, kapas digunakan bagi menghasilkan jala, penapis kopi, khemah dan menjilid buku. Kertas Cina yang pertama dihasilkan dengan menggunakan gentian kapas, sama seperti duit kertas moden. Hos pemadam api juga pernah dihasilkan daripada kapas.

Denim, jenis kain yang tahan lasak, kebanyakan bahan mentahnya adalah daripada kapas, seperti mana kebanyakan T-shirt.

Biji kapas yang tertinggal selepas kapas diproses, digunakan bagi menghasilkan minyak biji kapas, yang mana selepas diproses boleh dimakan oleh manusia sebagaimana minyak sayuran lain. Makanan biji kapas yang tinggal biasanya diberi makan kepada haiwan ternakan.

[Sunting] Ukuran benang kapas British Tua

  • 1 benang (thread) = 54 inci (c. 137 cm)
  • 1 skein atau rap = 80 benang (120 ela atau c. 109 m)
  • 1 hank = 7 skeins (840 ela atau c. 768 m)
  • 1 spindle = 18 hank (15,120 ela atau c. 13.826 km)

[Sunting] Rujukan dan bacaan lanjut

[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com