Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Megawati Sukarnoputri - Wikipedia

Megawati Sukarnoputri

From Wikipedia

Megawati Sukarnoputri
frames
Jawatan Presiden Indonesia ke-5
Tempoh khidmat 23 Julai 2001 -
Timbalan
Menurut Abdurrahman Wahid
Pengganti Susilo Bambang Yudhoyono
Parti politik PDI-P
Tarikh lahir 23 Januari 1947 - 20 Oktober 2004
Tempat lahir Yogyakarta
Tarikh kematian
Tempat kematian
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam
Pasangan Taufiq Kiemas

Diah Permata Megawati Setiawati Sukarnoputri (lahir 23 Januari 1947), dilantik menjadi Presiden Republik Indonesia pada 23 Julai 2001. Keputusan awal pilihan raya presiden yang berlangsung pada 5 Julai 2004 menunjukkan bahawa Megawati mungkin akan dikalahkan oleh calon yang lain.

[Sunting] Kehidupan

Megawati, lahir di Jakarta, adalah anak kepada Presiden Indonesia yang pertama, Sukarno. Ibunya, Fatmawati, merupakan satu daripada sembilan isteri Sukarno. Megawati hidup dalam suasana kemewahan di Istana Merdeka.

Megawati menuntut di Universiti Padjadjaran di Bandung dalam bidang pertanian tetapi meninggalkannya pada 1967 untuk berada di sisi ayahnya yang jatuh daripada kuasa. Beliau berumur 19 tahun apabila Sukarno disingkir oleh rejim tentera yang diketuai oleh Suharto. Keselamatan keluarga Sukarno tidak diancam selagi mereka tidak mengambil bahagian dalam politik.

Pada tahun 1970 (tahun di mana ayahnya meninggal dunia), Megawati telah memasuki Universiti Indonesia untuk menjalani kursus psikologi tetapi tercicir dua tahun kemudian. Pemerhatinya akur bahawa Megawati tidak begitu terserlah dalam bidang akademik dan mempunyai sedikit pengetahuan mengenai dunia di luar Indonesia. Walaupun beliau merupakan seorang Muslim yang warak, beliau juga berpegang teguh kepada adat dan tradisi Jawa dan percaya dengan ilmu penujuman.

Suami Megawati yang pertama, Leftenan Pertama Surindo Supjarso, terbunuh apabila pesawatnya terhempas di Irian Jaya pada 1970. Dua tahun kemudian, beliau berumahtangga dengan Hassan Gamal Ahmad Hasan, seorang diplomat daripada Mesir. Namun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan. Pada tahun 1973, Megawati berumahtangga dengan Taufik Kiemas. Mereka dikurniakan dengan tiga orang anak: M. Rizki Pramata, M. Pranada Prabowo dan Puan Maharani, kesemuanya kini dalam lingkungan umur 30an.

[Sunting] Kerjaya politik

Megawati menjauhkan diri daripada politik selama 20 tahun dan lebih selesa dengan peranan sebagai suri rumah. Namun pengikut setia ayahnya menganggap beliau sebagai pewaris kuasa politik Sukarno. Pada tahun 1987, Megawati dan suaminya Taufik menganggotai Parti Demokrasi Indonesia (PDI), sebuah parti pembangkang yang disokong rejim Suharto sebagai "bukti" bahawa proses demokratik wujud di "Orde Baru" pemerintahan Suharto. Sebagai ganjaran menyokong rejim tersebut, Megawati dilantik ke parlimen Indonesia.

Pada tahun 1993, Megawati menjadi ketua parti PDI. Pada masa yang sama, umur Suharto mencecahi 72 tahun dan kuasanya tampak semakin lemah. Megawati memilih untuk menentang pemerintahan Suharto. Beliau menjadi sangat popular, walaupun kurang pengalaman, disebabkan pertaliannya dengan Sukarno, sifat peribadinya yang baik dan bebas daripada rasuah.

Pada tahun 1996 rejim Suharto kesal dengan keputusan mereka untuk melibatkan Megawati dalam arena politik dan memaksanya meninggalkan parti PDI. Ini menyebabkan rusuhan yang buruk di Jakarta. Megawati juga tidak dibenarkan untuk bertanding di pilihanraya umum Mei 1997. Ini hanya bertindak untuk meninggikan lagi martabatnya. Megawati juga telah membentuk parti politiknya sendiri, Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P) dan menggunakannya sebagai platform untuk menentang rejim Suharto yang dianggap autokratik. PDI-P menjadi salah satu simbol terpenting pergerakan demokratik di Indonesia pada masa itu.

Krisis ekonomi Asia yang bermula pada tahun 1997 dan perasaan tidak puas hati dengan korupsi yang berleluasa, membawa kepada perletakan jawatan Suharto pada Mei 1998. Penggantinya, B. J. Habibie, menjanjikan pilihanraya yang bebas pada tahun 1999, dan parti PDI-P menjadi saingan utama parti pemerintah, Golkar.

Di pilihanraya umum Jun 1999, PDI-P muncul sebagai parti yang terbesar tetapi tidak berjaya mendapat kedudukan majoriti di parlimen. Di bawah perlembagaan Indonesia yang baru, jawatan Presiden ditentukan oleh dewan perundangan (legislature), dan Megawati mempunyai peluang besar untuk menjawat jawatan tersebut. Namun ada beberapa parti yang berusaha menyekat perlantikannya sebagai presiden kerana mereka tidak setuju dengan ide seorang wanita memegang jawatan presiden. Usaha mereka berjaya kerana Abdurrahman Wahid, rakan baik Megawati dipilih menjadi Presiden. Megawati setuju untuk menjadi Naib Presiden.

Wahid bagaimanapun diserang angin ahmar yang teruk dan terbukti gagal melaksanakan tugasnya sebagai Presiden. Beliau juga dituduh membiarkan rasuah berleluasa dalam pentadbirannya. Pada bulan Julai 2001 parti-parti dalam dewan perundangan bersatu untuk memaksa beliau berhenti. Pada 23 Julai 2001, Megawati dengan itu dilantik sebagai Presiden baru bagi Republik Indonesia.

Dibawah pemerintahan Megawati, proses pemulihan demokratik yang bermula di bawah Habibie dan Wahid berterusan, walaupun secara perlahan dan tidak menentu. Megawati menganggap peranannya utamanya sebagai menyatukan negara dan jarang campur tangan dalam urusan kerajaan. Pihak Tentera, dihina pada tempoh kejatuhan Suharto, berjaya mendapat kembali kebanyakan pengaruh mereka. Rasuah masih berleluasa walaupun Megawati jarang dilibatkan dengannya.

Sebahagian para terpelajar Indonesia menjelaskan sebab Megawati kelihatan pasif ketika memerintah dengan merujuk kepada mitos masyarakat Jawa. Megawati, menurut mereka, melihat bapanya, Sukarno, sebagai "Raja yang Baik" dalam lagenda Jawa. Suharto merupakan "Putera yang Jahat" yang merampas takhta Raja yang Baik. Megawati merupakan Anak Perempuan yang menyingkirkan Putera yang Jahat dan merampas kembali takhta Raja yang Baik. Apabila matlamat ini telahpun tercapai, menurut mereka, Megawati berpuas hati untuk memerintah sebagai Ratu yang Baik dan meninggalkan kerja pemerintahan kepada yang lain.

[Sunting] Masa hadapan

Walaupun ekonomi Indonesia pulih sebahagiannya daripada krisis 1997, kadar pengganguran dan kemiskinan kekal di paras yang tinggi, dan terdapat kekesalan terhadap perlantikan Megawati sebagai presiden. Perlembagaan Indonesia telah diubah untuk membenarkan perlantikan langsung Presiden, dan penggal Megawati akan tamat pada 2004.

Pada Julai 2004, Megawati bertanding untuk penggal kedua. Beliau berterusan ketinggalan dalam pungutan pendapat umum, sebahagiannya disebabkan kecenderungan untuk calon lelaki di kalangan pengundi Muslim, dan sebahagiannya disebabkan prestasi sederhananya ketika berkuasa. Lihat Pilihanraya Presiden Indonesia 2004 untuk maklumat lebih lanjut.


Presiden Republik Indonesia   Bendera Republik Indonesia
Sukarno | Suharto | B. J. Habibie | Abdurrahman Wahid | Megawati Sukarnoputri | Susilo Bambang Yudhoyono
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com