Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Harry Truman - Wikipedia

Harry Truman

From Wikipedia


Harry S. Truman
Harry Truman
Presiden Amerika Syarikat ke-33
Tempoh jawatan
12 April 1945 – 20 Januari 1953
Naib Presiden Tiada (1945-1949) [1]
Alben W. Barkley (1949-1953)
Didahului oleh Franklin D. Roosevelt
Diwarisi oleh Dwight D. Eisenhower
Kelahiran 8 Mei 1884
Lamar, Missouri
Kematian 26 Disember 1972
Bandaraya Kansas, Missouri
Parti politik

Parti Demokrat

Pasangan Bess Wallace Truman
Agama Baptis
Tandatangan
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-34
Tempoh jawatan
20 Januari 1945 – 12 April 1945
Presiden Franklin D. Roosevelt
Didahului oleh Henry A. Wallace
Diwarisi oleh Alben W. Barkley

Harry S. Truman (8 Mei 188426 Disember 1972) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-33 (19451953). Sebagai Naib Presiden, beliau mewarisi jawatan presiden pada kematian Franklin D. Roosevelt.

Dalam hal-ehwal dalam negeri, Truman menghadapi cabaran demi cabaran: penukaran semula ekonomi yang kacau-bilau dan yang ditandai oleh kekurangan-kekurangan yang amat teruk, mogok-mogok yang sering berlaku, serta pelulusan Akta Taft-Hartley yang tidak mengendahkan vetonya. Selepas mengalahkan semua ramalan ketika memenangi pemilihan semula jawatan presiden pada tahun 1948, Truman tidak berjaya mencapai sebarang pelulusan untuk hampir kesemua rancangan Tawaran Adil. Beliau mempergunakan perintah presiden untuk memulakan desegregasi angkatan tentera Amerika Syarikat dan melancarkan sebuah sistem pemeriksaan kesetiaan untuk memecat beribu-ribu pesimpati komunis dari perkhidmatan awam. Bagaimanapun, beliau mengalami serangan yang berterusan bagi kebanyakan tempoh kepresidenannya kerana dikatakan "terlalu lembut terhadap Komunisme." Lagi satu masalah politik dalam negeri ketika itu ialah tanggapan bahawa ahli-ahli pentadbirannya terlibat dalam rasuah: beratus-ratus orang yang dilantiknya terpaksa meletakkan jawatan, akibat skandal-skandal kewangan yang berturut-turut.

Bagaimanapun, kepresidenan Truman penuh peristiwa dalam hal-ehwal luar negeri, bermula dengan kemenangan terhadap Jerman, pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki, penyerahan kalah oleh Jepun, dan keakhiran Perang Dunia II, serta penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Rancangan Marshall untuk membina semula Eropah, Dokrin Truman untuk menyekat Komunisme, permulaan Perang Dingin, penubuhan NATO, dan Perang Korea. Menekankan apa yang dianggap sebagai kegagalan-kegagalan Truman ("Korea! Komunisme! Rasuah!"), Republikan Dwight D. Eisenhower menamatkan 20 tahun pemerintahan Demokrat pada tahun 1952. Semasa dalam persaraan, Truman menulis Memoir, karyanya yang telah dipandang tinggi.

Truman, yang gaya peribadinya amat berbeza dengan ningrat Roosevelt, juga merupakan seorang presiden yang bersikap sederhana dan rendah hati. Beliau mempopularkan frasa-frasa seperti "Tanggungjawab tamat di sini" dan "Jika kamu tidak dapat bertahan daripada haba, keluar dari dapur". Truman telah mengatasi banyak jangkaan rendah terhadapnya oleh pemerhati-pemerhati politik yang membandingkannya (sebagai kurang baik) dengan pendahulu-pendahulunya yang dipandang tinggi.

Walaupun Truman telah dikalahkan dalam kempen pemilihanan semulanya pada tahun 1952 disebabkan kancah di Korea serta tinjauan-tinjauan pendapat yang tidak memuaskan, cendekiawan-cendekiawan pada hari ini menempatkannya sebagai salah satu daripada sepuluh Presiden yang terbaik. Kejujuran dan integritinya, keberanian politik, serta pendirian demokrasi Barat yang kukuh selepas Perang Dunia II, telah menyebabkan beliau mendapat pujian-pujian yang tinggi daripada seluruh lingkungan politik, termasuk ahli konservatif, Senator Barry Goldwater. Kemenangan legendanya yang tidak dijangka pada tahun 1948 kini biasa dipergunakan oleh calon-calon presiden yang tertindas.

[Sunting] Rujukan

  1. Sehingga penerimagunaan Pindaan Kedua Puluh Lima Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1965, tidak terdapat sebarang peruntukan untuk mengisi kekosongan separuh tempoh jawatan Naib Presiden. (Laman web Find Law untuk Ahli-ahli Profesional Undang-undang - Perlembagaan Amerika Syarikat: Pindaan Ke-25 - Anotasi)

[Sunting] Pautan luar

Carilah maklumat lanjut di Harry S. Truman
melalui projek-projek kembar Wikipedia:

   Takrif kamus dari Wiktionary
   Buku teks dari Wikibooks
   Petikan dari Wikiquote
   Teks sumber dari Wikisource
   Imej dan media dari Commons
   Berita dari Wikinews

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com