Burung Emu
From Wikipedia
Burung Emu | |
Pengelasan sains | |
Alam | Haiwan |
Filum | Kordata |
Subfilum | [[]] |
Divisi | [[]] |
Kelas | Burung |
Order | Struthioniformes |
Famili | Casuariidae |
Genus | Dromaius |
Spesies | D. novaehollandiae |
Nama binomial | |
Dromaius novaehollandiae | |
Spesies berkait | |
Dromaius baudinianus (pupus) Dromaius ater (pupus) |
Burung Emu (Dromaius novaehollandiae) ialah burung asli Australia yang terbesar, serta burung tak terbang yang kedua terbesar di dunia, iaitu selepas saudara ratitnya, burung unta. Burung ini juga merupakan ahli tunggal dalam genus Dromaius yang masih wujud. Subspesies Emu yang hidup di Tasmania terpupus selepas penempatan orang Eropah di Australia pada tahun 1788; taburan subspesies di tanah besar Australia kini juga terjejas oleh kegiatan-kegiatan manusia.
Pada suatu ketika, banyak burung Emu terdapat di pantai timur Australia tetapi kini, burung ini jarang didapati di sana; sebaliknya perkembangan pertanian dan pembekalan air untuk ternakan di kawasan pedalaman benua ini telah menambahkan tempat kediaman burung Emu di kawasan-kawasan yang kering. Burung Emu masih banyak terdapat di tanah besar Australia, walaupun burung ini mengelakkan kawasan-kawasan yang penuh sesak atau terlalu kering, serta hutan-hutan padat.
Burung Emu mempunyai bulu lembut yang berwarna coklat dan boleh mencapai ketinggian sebanyak dua meter dan berat sebanyak 45 kilogram. Burung ini ialah haiwan berkelana, dan boleh membuat perjalanan jarak panjang untuk mencari makanan yang termasuk berbagai-bagai tumbuhan dan serangga. Jika perlu, burung ini boleh mencapai 50 kilometer sejam (31 batu sejam) untuk setakat masa. [1] Burung Emu diternakkan untuk daging, minyak, dan kulitnya.
- Telurnya gelap hijau hitam
- Bekerja sama walaupun binatang
- Telur dieram oleh yang jantan.
[Sunting] Rujukan
- ↑ Davies, S. J. J. F. 1963. Emus. Australian Natural History 14:225–29
[Sunting] Pautan luar
- Himpunan Burung Internet: Video-video Burung Emu
- Anak Burung Emu dilahirkan – keratan bunyi, gambar foto, dan video
- Tugu Peringatan Perang Australia: "Bulu-bulu Kanggaru" dan Kuda Ringan Australia
|
|