Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Wilayah Persekutuan Putrajaya - Wikipedia

Wilayah Persekutuan Putrajaya

From Wikipedia

Wilayah Persekutuan Putrajaya
Bendera Logo
Datuk Bandar Tan Sri Dato Samsudin Osman
Daerah Wilayah Persekutuan
Keluasan 46 kilometer persegi(km²)
Penduduk
 - Jumlah (2004)
 

45,000 (est.) [1]
N/A
Zon Masa UTC+8
Latitud 2°55' N
Longitud 101°40' E


Putrajaya atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

Lokasinya yang berada ditengah-tengah Korridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.

Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Putrajaya Holdings Sdn Bhd adalah pemaju utama pembangunan Putrajaya. Ditubuhkan pada 19 Oktober 1995, pemegang-pemegang sahamnya adalah Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS - syarikat petroliam kebangsaan (64.4%); Khazanah Nasional Berhad - syarikat pelaburan Kerajaan Malaysia (15.6%); dan Kumpulan Wang Amanah Negara (20.0%).

Untuk mewujudkan Putrajaya, Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya 1995 dan Pindaan kepada Perlembagaan untuk menjadikan Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan dibahaskan di parlimen pada Ogos 1995 dan Disember 2000 masing-masing. Berdasarkan rekod awam yang ada, Putrajaya Holdings juga telah mengeluarkan bon yang bernilai RM4.5 bilion bagi pembangunan Putrajaya yang kini merupakan mercu tanda bagi kejayaan Malaysia.

Lihat juga Perutusan upacara menandatangani perjanjian penubuhan Putrajaya

Dari segi akar bahasa, istilah Putrajaya berasal dari putera yang sangat berjaya . Ini bermaksud warga Malaysia yang berjaya. Lebih khususnya lagi, Bumiputra yang telah berjaya menerajui negara Malaysia. Bagi pelancong asing yang melawat Putrajaya, ianya seakan-akan Washington DC di Amerika Syarikat, Canberra di Australia, dan Brasilia di Brazil.

Secara kebetulan atau tidak, Datuk Kelana Putra pernah menguasai jajahan Serdang. Jadi Putrajaya ini dalam lingkungan jajahan Serdang.

Tapi sebenarnya Putrajaya lebih merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra al Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Putrajaya

[Sunting] Politik

Dari segi politik, Putrajaya adalah dirancang sebagai pusat pentadbiran Malaysia yang akan datang. Ini secara sekaligus akan menjadikan Putrajaya sebagai nadi penting kepada kerajaan Malaysia.

Putrajaya diwakili oleh seorang Ahli Parlimen iaitu YB. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilantik sebagai Menteri Pelancongan.

[Sunting] Pengangkutan

Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini. Objektif kepada strategi-pengangkutan ini adalah :

  • untuk menyediakan penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari pencemaran bunyi dan udara
  • untuk memaksimakan penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran” untuk menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang yang baik dan sistemetik sesuai dengan keadaan pada masa hadapan.
  • untuk memberi keutamaan kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
  • untuk mempromosikan konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu dan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan ke kawasan yang hendak dituju.

Sistem Pembangunan Pengangkutan
Sistem pengangkutan Putrajaya berkembang dengan adanya bas-bas pengantaraan dan LRT serta jaringan lebuh raya. Strategi pembentukan lebuh raya Putrajaya adalah :

  • Jaringan jalan raya antara Putrajaya dengan kawasan-kawasan utama seperti Kuala Lumpur yang lebih berkesan dan lebih praktikal.
  • Direka sesuai dengan perubahan dan kemungkinan yang bakal dihadapi pada masa hadapan (Cth : pembesaran jalan)
  • Sesuai dengan polisi untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di dalam presint-presint dan secara tidak langsung menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.


Jalan Raya
Putrajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang terdiri daripada penyambungan pusat Lebuhraya Utara-Selatan (North South Central Expressway Link , NSCEL) dan Lebuhraya Selatan Lembah Klang ( South Klang Valley Expressway. SKVE terletak di utara Putrajaya dan akan disambungkan ke sebuah lagi lebuhraya di mana tidak ada sebarang bayaran tol yang dikenakan. Putrajaya dikelilingi oleh beberapa lebuhraya dan jalan utama:

  • South Klang Valley Ekspressway (SKVE)
  • North South Central Expressway (NSCEL)
  • Lebuhraya Puchong-Damansara
  • Lebuhraya KL-Seremban

Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE) telah dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk, membina, perlaksanaan, penjagaan dan pentadbiran Lebuhraya Utara-Selatan Sentral Link (NSCEL) dan Lebuhraya KLIA. NSCEL yang sepanjang 54km bermula dari Persimpangan Shah Alam berhampiran Lebuhraya Klang Baru (NKVE), menuju selatan ke KLIA and terus ke Timur dan bersambung dengan NSECL di Persimpangan Nilai.ELITE sedang berada dalam fasa terakhir untuk berurusan dengan pihak kerajaan bagi mereka bentuk jalan ke Putrajaya. Ini akan menjadi jalan dua hala berkembar sepanjang 8.8km yang membawa terus ke Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak dalam MSC.

[Sunting] Pelancongan

Selain daripada pusat pentadbiran kerajaan Persekutan,Putrajaya juga terkenal dengan keindahan serta tarikan pengunjung. Antara tarikan pelancongan yang terletak di sekitar Putrajaya adalah :

  • Perdana Putra
  • Masjid Putra
  • Jambatan Putra
  • Dataran Putrajaya
  • Millennium Monument
  • Palace of Justice
  • Seri Perdana
  • Jambatan Seri Perdana
  • Putrajaya Landmark
  • Putrajaya Wetlands Park
  • Putrajaya Convention Centre (PCC)
  • Taman Selatan
  • Yayasan Kepimpinan Perdana
  • Istana Melawati
  • Heritage Square
  • Putrajaya Ministry of Finance
  • Wisma Putra
  • Istana Darul Ehsan
  • Tasik Putrajaya

[Sunting] Pautan luar



 
Wilayah Persekutuan
Bendera Wilayah Persekutuan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Wilayah Persekutuan Labuan | Wilayah Persekutuan Putrajaya

Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia Flag of Malaysia
Negeri: Johor | Kedah | Kelantan | Melaka | Negeri Sembilan | Pahang | Perak | Perlis | Pulau Pinang | Sabah | Sarawak | Selangor | Terengganu
Wilayah Persekutuan: Kuala Lumpur | Labuan | Putrajaya
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com