Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Universiti Oxford - Wikipedia

Universiti Oxford

From Wikipedia

Universiti Oxford
Logo of the University of Oxford
Latin: Universitas Oxoniensis
Cogan kata Dominus Illuminatio Mea (Psalm 27)
"Tuhan ialah Cahaya saya"
Tarikh pengasasan 1167
Jenis Awam
Canselor Rt Hon. Lord Patten dari Barnes
Naib Canselor Dr John Hood
Pendaftaran 17,000 (jumlah)
Bil. pelajar sarjana 5,600 pelajar sarjana
Lokasi Oxford, England
Colours Biru (gelap) Oxford
Penggabungan Kumpulan Russell, Kumpulan Coimbra, Europaeum, EUA, LERU, 'Kawasan Segi Tiga Emas'
Laman web www.ox.ac.uk
Jata Universiti Oxford
Besarkan
Jata Universiti Oxford


Universiti Oxford yang terletak di bandar raya Oxford, England, ialah universiti yang tertua di dalam dunia pertuturan bahasa Inggeris. [1] Universiti ini menyusur-galur asalnya pada sekurang-kurang akhir abad ke-11, walaupun tarikh pengasasan yang tepat masih tidak jelas. Pentarikhan ini menyebabkan tempoh kewujudannya sama sahaja dengan Akademi Plato (400-an SM hingga 500-an Masihi).

Menurut legenda, selepas sebuah rusuhan antara pelajar-pelajar dengan orang-orang bandar tercetus pada tahun 1209, sesetengah pensyarah dari Universiti Oxford melarikan diri ke bandar Cambridge di arah timur laut dan mengasaskan Universiti Cambridge. Sejak masa itu, kedua-dua universiti ini telah mempunyai sejarah persaingan yang lama antara satu sama lain, dan merupakan universiti-universiti yang paling susah masuk di United Kingdom (sila lihat Persaingan Oxbridge).

Universiti Oxford ialah salah satu ahli:

  • Kumpulan Russell Universiti British yang dipimpin oleh penyelidikan;
  • Kumpulan Coimbra, satu rangkaian universiti Eropah yang terkemuka;
  • Liga Universiti Penyelidikan Eropah; dan
  • ahli utama Europaeum.

Universiti Oxford mendapat tempat keempat dalam edisi Pemeringkatan Tinggi Universiti Dunia Times yang terkini (2005).


Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Tarikh pengasasan Universiti Oxford tidak diketahui dan mungkinnya, pengasasan universiti ini tidak merupakan satu peristiwa yang tunggal. Bagaimanapun, adanya bukti pengajaran di universiti itu seawal 1096. Ketika Henry II dari England melarang pelajar-pelajar Inggeris menyertai Universiti Paris pada tahun 1167, Universiti Oxford bermula berkembang dengan pesat. Pengasasan kolej-kolej kediaman pertama yang kemudiannya dijadikan kolej bertarikh dari tempoh ini.

Rusuhan pada tahun 1209 menyebabkan banyak pelajar meninggalkan bandar Oxford ke tempat-tempat lain di England, serta menyebabkan penubuhan sebuah universiti di Cambridge. Pada 20 Jun 1214, sebuah piagam kebebasan diberikan kepada Universiti Oxford oleh Nicholas de Romanis, Duta Vatikan. Piagam itu memberikan kuasa untuk pelantikan seorang canselor universiti. Rusuhan-rusuhan antara orang-orang bandar dan pelajar-pelajar ("bandar dan jubah") adalah sesuatu yang biasa sehingga rusuhan Hari St Scholastica pada tahun 1355 menyebabkan raja mengesahkan kekuasaan Universiti terhadap bandar itu.

Status universiti disahkan secara rasmi melalui Akta Pemerbadanan Kedua-dua Universiti pada tahun 1571, dan Universiti Oxford diberikan gelaran rasmi sebagai "Canselor, Pengetua dan Cendekiawan Universiti Oxford". Pada tahun 1603, Universiti Oxford diberikan hak untuk melantik dua orang Ahli Parlimen, satu hak yang berlangsung sehingga pembubaran kawasan-kawasan pilihan raya universiti pada tahun 1949.

Pada tahun 1636, Ketua Biskop William Laud membentuk satu set statut yang dikenali sebagai Kod Laudia yang diratifikasi oleh Charles I. Universiti Oxford menyokong raja semasa Perang Saudara Inggeris, dan merupakan tapak istana dan parlimen baginda. Bagaimanapun, Universiti Oxford akhirnya bercanggah dengan putera kedua baginda, James II, yang merupakan penganut Roman Katolik. James II kemudian digulingkan dalam Revolusi 1688.

Universiti Oxford bertindak sebagai tempat Gerakan Oxford dalam Gereja England pada dekad 1830-an.

Suruhan Diraja yang dilantik pada tahun 1850 mengemukakan beberapa cadangan kepada Parlimen British untuk merevolusikan cara sistem zaman pertengahan Universiti Oxford yang tidak pernah berubah sejak 1636. Suruhanjaya-suruhanjaya diraja yang dilantik pada tahun 1872 dan 1919 meneruskan usaha itu. Pada tahun 1871, Akta Ujian-ujian Universiti membuka Universiti Oxford kepada para Pengingkar dan penganut Roman Katolik. Asrama-asrama wanita pertama diasaskan pada tahun 1878, dan wanita-wanita diterima masuk untuk kursus-kursus ijazah pada tahun 1920.

[Sunting] Lihat juga

  • Topik-topik United Kingdom
  • Bandar dan jubah
  • Persaingan Oxbridge
  • Biasiswa Rhodes
  • Institut Albert Schweitzer
  • Sisawah Oxford
  • Fakulti Teologi Universiti Oxford
  • Buku-buku berkait Oxford

[Sunting] Rujukan

  1. Mengenai Universiti Oxford. Universiti Oxford. Dicapai pada 2006-07-02.

[Sunting] Pautan luar

Lihat galeri mengenai: Universiti Oxford di Wikimedia Commons.
frames Wikisource mempunyai teks asal berkaitan dengan rencana: Peristiwa-peristiwa kesusasteraan utama Oxford
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com