Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Kyrgyzstan - Wikipedia

Kyrgyzstan

From Wikipedia

Republik Kyrgyzstan
Кыргыз Республикасы
Kyrgyz Respublikasy
Кыргызская Республика
Imej:Kyrgyzstan_flag_medium.png Imej:Lambang_Kyrgyzstan.png
Cogan kata negara: tiada info
Imej:LocationKyrgyzstan.png
Bahasa rasmi Kirghiz, Russia
Ibunegara Bishkek (Бишкек)
Presiden Kurmanbek Bakiyev
Perdana Menteri Feliks Kulov
Keluasan 198,500 km²
Penduduk


 - Jumlah (2000)
 - Kepadatan


4,753,003
24/km²

Kemerdekaan


 - Tarikh

Daripada Soviet Union


31 Ogos 1991

Matawang Som
Zon masa UTC +5
Lagu kebangsaan tiada info
Domain Internet .kg
Kod panggilan 996

Kyrgyzstan (Kyrgyz dan Rusia: Кыргызстан, dengan berbagai-bagai transliterasi), secara rasminya dipanggil Republik Kyrgyz, ialah sebuah negara di Asia Tengah. Dikelilingi daratan dan bergunung-ganang, ia bersempadan dengan Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Republik Rakyat China. Kyrgyzstan bermaksud "Tanah Kyrgyz". Negara ini kekadang dipanggil "Switzerland untuk Asia Tengah".

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Artikel utama: Sejarah Kyrgyzstan

Nenek moyang terawal orang-orang Kyrgyz dipercayai berketurunan campuran orang-orang Mongolia dan Kipchak, mungkin menetap sehingga abad ke-10 di apa yang kini merupakan kawasan Tuva di Rusia. Dengan kebangkitan Empayar Mongol pada abad ke-13, orang-orang Kyrgyz berhijrah ke selatan. Mereka tidak muncul sebagai suatu kelompok etnik yang terasing sehingga abad ke-15. Berbagai-bagai orang Turki memerintah mereka sehingga 1685, apabila mereka dikuasai oleh orang-orang Kalmyk (Oirat, dan Dzungar). Islam ialah agama utama di kawasan ini, dengan kebanyakan mereka merupakan orang Islam Sunah Waljamaah daripada mazhab Hanafi.

Pada awal abad ke-19, bahagian selatan yang kini merupakan Kyrgyzstan dikuasai oleh Kekhanan Kokand. Wilayah ini yang ketika itu dikenali dalam bahasa Rusia sebagai "Kirgizia" digabungkan secara rasmi ke dalam Empayar Rusia pada tahun 1876. Ambil alih oleh Rusia telah mencetuskan banyak pemberontakan terhadap kerajaan tsar, dan ramai orang Kyrgyz memilih untuk berpindah ke Pamir dan Afghanistan. Selain itu, penindasan pemberontakan pada tahun 1916 di Asia Tengah mengakibatkan ramai orang Kyrgyz berhijrah ke Republik Rakyat China.

Kuasa Soviet pada mulanya diasaskan di kawasan ini pada tahun 1919 dan Oblast Autonomi Kara-Kyrgyz diwujudkan di dalam SFSR Rusia (istilah "Kara-Kirghiz" digunakan sehingga pertengahan 1920an oleh Rusia untuk membezakan mereka daripada orang-orang Kazakh yang juga dirujuk sebagai orang-orang Kirghiz). Pada 5 Disember 1936, Republik Sosialis Soviet Krygyz diasaskan sebagai republik penuh USSR.

Semasa dekad 1920an, Kyrgyzstan banyak mengembangkan hidup budaya, pendidikan dan sosial. Kenal huruf diperbaik dengan pesat, dan bahasa kesusasteraan piawai diperkenalkan. Perkembangan ekonomi dan sosial juga amat ketara. Banyak aspek budaya kebangsaan Kyrgyz dikekalkan walaupun terdapat penindasan kegiatan berfaham kebangsaan di bawah Stalin dan oleh itu, ketegangan-ketegangan dengan pihak berkuasa se-Kesatuan amat biasa.

Tahun-tahun awal glasnost tidak banyak mempengaruhi iklim politik di Kyrgyzstan. Bagaimanapun, akhbar Republik dibenarkan mengamalkan pendirian yang lebih liberal dan menubuhkan sebuah terbitan baru, Literaturny Kirghizstan, oleh Kesatuan Penulis. Kumpulan-kumpulan politik tak rasmi dilarang, tetapi banyak kumpulan yang muncul pada tahun 1989 untuk menangani krisis perumahan yang teruk dibenarkan berfungsi.

Pada Jun 1990, ketegangan etnik antara orang-orang Uzbek dan Kyrgyz muncul di Oblast Osh, di mana banyak orang-orang Uzbek merupakan golongan majoriti penduduk-penduduk. Pertempuran ganas menyusul, dan suatu darurat dan perintah berkurung diperkenalkan. Ketenteraman tidak dapat dipulihkan sehingga Ogos.

Perubahan yang ketara di Kyrgyzstan dilihat pada awal 1990an. Menjelang waktu itu, Gerakan Demokratik Kyrgyzstan (KDM) telah berkembang menjadi satu kuasa politik yang penting dengan sokongan Parlimen. Dalam satu kemenangan yang tidak dijangka, Askar Akayev, Presiden liberal Akademi Sains Kyrgyz, dipilih sebagai Presiden pada Oktober 1990. Pada bulan Januari yang berikut, Akayev memperkenalkan struktur-struktur kerajaan baru dan melantik sebuah kerajaan baru yang terdiri terutamanya daripada ahli-ahli politik muda yang berkecenderungan reformasi.

Pada Disember 1990, Soviet Agung mengundi untuk menukarkan nama republik menjadi Republik Kyrgyzstan. (Pada tahun 1993, ia menjadi Republik Kyrgyz.) Pada Februari 1991, nama ibu kota, Frunze, dikembalikan ke nama sebelum pemberontakan, iaitu Bishkek. Bahasa Kyrgyz menggantikan bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi pada September 1991. (Bahasa Kyrgyz ialah salah satu ahli kumpulan bahasa Turki Selatan dan ditulis dalam abjad Arab sehingga abad ke-20. Skrip Latin diperkenalkan dan digunakan pada tahun 1928, dan kemudian digantikan oleh Cyrillic pada tahun 1941.) Walaupun langkah-langkah estetik diambil menuju kemerdekaan, kenyataan ekonomi nampaknya masih menentang pemisahan daripada Kesatuan Soviet. Dalam sebuah pungutan suara untuk pengekalan Kesatuan Soviet pada Mac 1991, 88.7% daripada pengundi-pengundi menyokong cadangan untuk mengekalkan Kesatuan Soviet sebagai sebuah "persekutuan yang dibaharui".

Pada 19 Ogos 1991, apabila Jawatan Darurat Negara mengambil alih kuasa di Moscow, terdapat percubaan untuk menggulingkan Akayev di Kyrgyzstan. Selepas rampasan kuasa jatuh pada minggu yang berikutnya, Akayev dan Naib Presiden, German Kuznetsov, mengumumkan peletakan jawatan mereka daripada Parti Komunis Kesatuan Soviet (CPSU), dan semua ahli biro dan sekretariat meletakkan jawatan. Ini diikuti oleh undi Soviet Agung yang mengisytiharkan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet pada 31 Ogos 1991.

Pada Oktober 1991, Akayev bertanding untuk presiden Republik merdeka yang baru dan menang tanpa tentangan dengan 95% undi melalui pembuangan undi langsung. Bersama-sama dengan wakil-wakil tujuh Republik yang lain pada bulan yang sama, dia menandatangani Perjanjian Komuniti Ekonomi Baru. Akhirnya, pada 21 Disember 1991, Kyrgyzstan memasuki secara rasmi Komanwel Negara Merdeka bersama-sama dengan empat Republik Asia Tengah yang lain. Pada tahun 1992, Kyrgyzstan menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan CSCE.

Revolusi Tulip selepas pilihan raya parlimen pada Mac 2005 memaksa Presiden Akayev meletakkan jawatannya pada 4 April 2005. Pemimpin-pemimpin pembangkang membentuk kerajaan campuran yang baru di bawah Presiden Kurmanbek Bakiyev dan Perdana Menteri Feliks Kulov.

Bagaimanapun, ketakstabilan politik nampaknya susah diatasi, dengan berbagai-bagai kumpulan dan puak yang dikatakan dikaitkan dengan jenayah terancang berebut-rebut untuk mendapatkan kuasa. Salah tiga daripada 75 ahli Parlimen yang dipilih pada Mac 2005 telah dibunuh sejak masa itu, dengan lagi seorang ahli dibunuh pada 10 Mei 2006, tidak lama selepas memenangi dalam sebuah pilihan raya kecil kerusi yang dikosongkan oleh abangnya yang telah dibunuh. Keempat-empat orang ini dikatakan terlibat secara langsung dalam usahaniaga-usahaniaga haram yang utama.

Tumpuan-tumpuan terkini di Kyrgyzstan termasuk: penswastaan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kerajaan, peluasan demokrasi dan kebebasan politik, hubungan kelompok etnik, dan terorisme.

[Sunting] Politik

Artikel utama: Politik di Kyrgyzstan

Pada tahun pertama kemerdekaan penuh Kyrgyzstan, Presiden Akayev kelihatannya begitu bersungguh-sungguh menyokong proses reform. Bagaimanapun, disebalik sokongan penderma Barat utama, termasuk International Monetary Fund (IMF), Kyrgyzstan berhadapan dengan masaalah ekonomi dari awal. Ini terutamanya akibat pemecahan blok perdagangan Soviet, yang mengekang peralihan licin Republik kepada ekonomi pasaran bebas.

[Sunting] Oblasttar (Daerah-daerah)

Artikel utama: Oblasttar Kyrgyzstan

Kyrgyzstan dibahagikan kepada 7 oblast (berasal daripada perkataan bahasa Rusia yang bermaksud kawasan, provinsi) dan 2 bandar raya:

Bandar raya Bishkek, oblast Batken, oblast Chui (Tokmok), oblast Jalalabad, oblast Naryn, oblast Osh, bandar raya Osh, oblast Talas, oblast Yssyk-Kul (Karakol).

Perhatian: Divisyen pentadbiran mempunyai nama yang sama dengan pusat pentadbiran (kecualian mempunyai nama pusat pentadbiran yang berikutnya dalam tanda kurung).

Oblast-oblast dibahagikan lagi kepada raions (daerah) yang ditadbirkan oleh pegawai-pegawai yang dilantik oleh kerajaan pusat. Komuniti-komuniti luar bandar yang terdiri daripada hingga 20 petempatan kecil, ditadbirkan sendiri oleh datuk-datuk bandar dan majlis-majlis yang dipilih melalui pilihan raya.

[Sunting] Geografi

Artikel utama: Geografi Kyrgyzstan

Peta Kyrgyzstan
Besarkan
Peta Kyrgyzstan

Tempat-tempat termasuk: Kara-Su

Danau: Issyk Kul

[Sunting] Ekonomi

Artikel utama: Ekonomi Kyrgyzstan

Kyrgyzstan ialah sebuah negara kecil, miskin dan bergunung-ganang, dengan ekonomi pertanian terutamanya. Gandum, ubi kentang, bit gula, kapas, bulu biri, tembakau, buah-buahan, daging lembu dan daging kambing ialah keluaran pertanian utama, dengan kapas, bulu biri dan daging merupakan eksport utama. Eksport perindustrian termasuk emas, raksa, uranium, dan elektrik. Kyrgyzstan ialah salah satu negara bekas Kesatuan Soviet yang paling progresif dalam pelaksanaan pembaharuan pasaran. Selepas rancangan penstabilan yang berjaya dan yang mengurangkan inflasi dari 88% pada 1994 ke 15% pada 1997, perhatian telah berpaling kepada perangsangan pertumbuhan. Banyak daripada saham-saham kerajaan dalam syarikat-syarikat telah dijual. Kejatuhan pengeluaran adalah teruk sejak keruntuhan Kesatuan Soviet pada bulan Disember 1991 tetapi menjelang pertengahan tahun 1995, pengeluaran mula berpulih dan eksport mula bertambah. Pesara-pesara, penganggur-penganggur, dan pekerja-pekerja kerajaan dengan tunggakan gaji terus menderita. Bantuan luar negeri memainkan peranan yang penting dalam pemulihan ekonomi negara. Kerajaan telah mengamalkan satu siri langkah-langkah untuk membanteras masalah-masalah teruku seperti hutang luar negeri yang berketerlaluan, inflasi, pemungutan hasil yang tidak mencukupi, dan limpahan daripada gangguan ekonomi Rusia. Kyrgyzstan telah mencapai pertumbuhan yang tegap setiap tahun sejak 1999.

[Sunting] Demografi

Artikel utama: Demografi Kyrgyzstan

[Sunting] Budaya

Artikel utama: Budaya Kyrgyzstan

  • Manas sajak epik

[Sunting] Topik-topik yang lain

  • Komunikasi di Kyrgyzstan
  • Pengangkutan di Kyrgyzstan
  • Tentera Kyrgyzstan
  • Hubungan asing Kyrgyzstan

[Sunting] Pautan luar


Kembali ke daftar negara

 
Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS)
Bendera CIS

Armenia | Azerbaijan | Belarus | Georgia | Kazakhstan | Kyrgyzstan | Moldova | Russia | Tajikistan | Turkmenistan | Ukraine | Uzbekistan


Daftar negara | Asia | Asia Tengah
Afghanistan | Kazakhstan | Kyrgyzstan | Mongolia | Rusia | Tajikistan | Turkmenistan | Uzbekistan
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com