Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Internet Explorer - Wikipedia

Internet Explorer

From Wikipedia

"Peperangan" pelayar web
Besarkan
"Peperangan" pelayar web

Internet Explorer (ringkasan IE atau MSIE) adalah pelayar laman web yang dibangunkan oleh Microsoft dan ianya menjadi salah satu perisian dalam pakej Microsoft Windows. Internet Explorer adalah salah satu pelayar utama yang digunakan hari ini, walaupun semenjak tahun 2004 ia mengalami penurunan peratusan penggunaan kepada pelayar lain seperti Firefox. Pada September 2005, penggunaan IE ialah sebanyak 85% dari keseluruhan penggunaan pelayar web.

Internet Explorer telah dijadikan komponen dalaman atas semua versi terkini Microsoft Windows. Microsoft telah menjadikan Internet Explorer sebagai pelayar rasmi dalam kesemua versi Microsoft Windows semenjak Windows 95 OSR1. Kemaskini utama terbaru Internet Explorer, hanya pada pakej Windows XP Service Pack 2 lalu. Microsoft sebenarnya telah merancang untuk menunda pelepasan Internet Explorer 7 keatas versi terbaru Windows iaitu Windows Vista, tetapi untuk memastikan persaingan berterusan keatas pesaing lain, Internet Explorer 7 versi beta untuk Windows XP SP2 telah diumumkan semenjak 27 Julai 2005.

Internet Explorer juga disediakan sebagai perisian tunggal dan percuma untuk versi Windows yang lama, dan beberapa Sistem Pengoperasian lain. Untuk seketika, Microsoft telah mengeluarkan Internet Explorer untuk Mac dan versi untuk kegunaan Sistem X Window di Solaris dan HP-UX. Kesemua versi ini telah dimansuhkan pengeluarannya, walaupun Internet Explorer untuk Mac masih lagi boleh dimuat turun.

[Sunting] Sejarah

Internet Explorer 1.0 Internet Explorer dibangun dari teknologi Spyglass, salah sebuah syarikat yang membangunkan pelayar komersial yang pertama, iaitu Mosaic. Pada 1995, Spyglass telah di beri lesen oleh Microsoft dengan perjanjian bahawa Spyglass akan mendapat suku (satu perempat) keuntungan dan peratusan dari keuntungan tahunan Microsoft untuk software tersebut. Walaupun nama yang digunakan adalah sama dengan NCSA Mosaic, yang mana ia adalah pelayar pertama yang digunakan secara meluas, Spyglass Mosaic tidak begitu terkenal pada masa itu dan tidak menggunakan code pengaturcaraan dari NCSA Mosaic.

Internet Explorer 3 adalah pelayar utama yang pertama digunakan secara menyeluruh dan berupaya menggunakan CSS, dan ia juga berupaya menggunakan sistem PICS untuk isi metadata. Perubahan ini amat ketara jika dibandingkan dengan pesaing terdekat pada masa itu iaitu Netscape Navigator.

Pelayar tersebut tidaklah begitu meluas digunakan sehingga keluarnya versi 4, yang mana dilancarkan pada Oktober 1997 dan di pakejkan bersama dengan sistem pengoperasian Windows 98. Integrasi ini bagaimanapun dikritik hebat pada masa itu. Versi 5, dilancarkan pada September 1998, adalah antara pelancaran yang ketara kerana ia disertakan dengan keupayaan teks dua arah, ruby characters, XML dan XSL.

Versi 6 telah di lancarkan pada Oktober 2001, bersamaan dengan pelancaran Windows XP. Versi ini mempunyai tambahupaya DHTML, halangan isi bingkai inline, dan tambahan keupayaan pada CSS aras 1, DOM aras 1 dan SMIL 2.0. Enjin MSXML juga di naiktaraf kepada versi 3.0. Tambahan fungsi baru termasuk versi terbaru IEAK, bar Media, MSN Messenger dalaman, koleksi kesilapan, pengimejan saiz secara automatik, P3P, dan rasa dan rupa baru dimana ia seimbang dengan stail baru Windows XP.

Pada 7 Mei 2003, Brian Countryman, Manager Program bagi Internet Explorer, memutuskan bahawa, Internet Explorer akan dihentikan pembangunannya secara berasingan dari sistem pengoperasian (versi 6 adalah versi terakhir untuk aplikasi berasingan). Kerana ia akan diteruskan pula sebagai aplikasi didalam evolusi operasi sistem, dimana kemaskini terbaru akan disertakan sekali bersama kemaskini OS.

Bagaimanapun selepas 2 tahun, perubahan arah dilakukan. Dimana pada 15 Februari 2005 Pengerusi Microsoft Bill Gates mengumumkan pelayar versi terbaru dari Microsoft pada RSA Conference 2005 di San Francisco. Versi beta terbaru telah dilancarkan pada 27 julai 2005. Internet Explorer 7 hanya boleh didapati pada Window XP SP2 atau terkini sahaja, termasuk Window XP Edisi Profesional x64 dan Window Server 2003 SP1. Versi terbaru ini mempunyai kebolehan menhalang aktiviti "phishing" juga halangan kepada aplikasi yang tidak diingini dan ia disertakan dengan perubahan besar bagi menyokong standard web. Perubahan keputusan untuk memperbaharui pelayar ini adalah disebabkan oleh kemahuan untuk tidak menggunakan Internet Explorer sebagai pelayar utama. Kemaskini beta 2 menambahupaya HTML 4.01 dan CSS 2.0 di jangka pada suku terakhir tahun 2005

[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com