Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Hari Raya Aidilfitri - Wikipedia

Hari Raya Aidilfitri

From Wikipedia

Sebahagian siri dalam Islam


Sejarah Islam
Ajaran dan Kepercayaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Malaikat · Nabi dan Rasul
Kitab · Hari Akhirat · Qadar
Dua Kalimah Shahadah
Solat · Puasa
Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah
Tokoh-Tokoh Utama

Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar Al-Khatab · Saidina Uthman Affan · Saidina Ali Abi Talib
Sahabat Rasulullah s.a.w.
Rasul dan Nabi
Imam · Imam Mahdi
Tokoh Islam

Kitab & Undang-Undang
al-Qur'an · Hadith · Surah
Mazhab · Syariah
Golongan Islam
Sunah · Syiah · Sufi
Kota Suci Islam

Makkah · Madinah · Baitulmuqaddis

Aspek-Aspek Sosial
Kota Islam · Seni Bina
Sains · Tamadun Islam
Kesenian · Kalendar Hijrah
Pemimpin Agama
· Khalifah
Politik Islam · Jihad
Lihat Juga
Rencana mengenai Islam

Hari Raya Aidilfitri (عيد الفطر) jatuh pada 1 Syawal tahun Hijrah. Hari tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran. Hari Raya merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan di mana umat Islam telah menjalani berpuasa dan beribadat dengan lebih tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan), ataupun secara kiraan. Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke sepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Amalan pada Hari Raya di Malaysia

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid dengan memuji kebesaran Allah. Tempoh takbir pada Hari Raya ialah terbenam matahari hari terakhir bulan Ramadan sehingga solat sunat Hari Raya pada pagi 1 Syawal.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol dan kuih raya.

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum hari tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen, rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Di jalan-jalan raya utama dan lebuhraya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Al-Fatihah atau bacaan surah Ya-Sin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang tua kepada kanak-kanak dalam sampul duit yang selalunya berwarna hijau. Pada malam Tujuh Likur, pelita atau lampu minyak tanah akan dinyalakan terutamanya di kampung-kampung. Kadangkala pelita akan digantikan dengan penggunaan lampu elektrik kerana ia lebih bersih dan praktikal, namun keaslian sambutan Hari Raya selalunya akan berkurang dengan penggunaan ini.

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri dan sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang mulai pulang daripada cuti.

[Sunting] Hari Raya dalam Aspek Sosio-Budaya di Malaysia

  • Lagu yang dinyanyikan oleh Seniwati Saloma yang berjudul ' Selamat Hari Raya ', Sudirman ' Balik Kampung ', Tan Sri P Ramlee ' Dendang Perantau ' dan Uji Rashid & Hail Amir ' Seloka Hari Raya ' adalah antara lagu-lagu raya yang sangat popular dan sering dimainkan setiap kali menjelangnya Aidilfitri.
  • ' Selamat Hari Raya, Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Maaf Zahir dan Batin ' adalah tagline yang popular untuk ucapan Hari Raya, terutamanya pada kad-kad raya.
  • Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun Ang Pau. Untuk Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5.
  • Walaupun tidak menjadi kebiasaan di rumah-rumah, namun hiasan untuk Hari Raya banyak diamalkan di pusat membeli-belah, premis perniagaan, hotel-hotel dan tempat-tempat awam. Simbol yang popular ialah ketupat, pelita, motif ukiran Melayu dan Arab, bulan dan bintang serta masjid. Lampu-lampu hiasan akan dipasang di sepanjang jalan-jalan besar untuk menambahkan lagi kemeriahan suasana sambutan Hari Raya.
  • Hiasan di rumah-rumah lebih bersifat skala kecil. Untuk yang berkemampuan, perhiasan dalam rumah seperti langsir dan hiasan dalaman akan ditukar dengan yang baru. Namun perkara ini tidak digalakkan kerana akan berlaku pembaziran. Kad-kad raya kiriman kenalan dan saudara mara akan digantung. Ketupat yang dianyam menggunakan bahan-bahan tiruan seperti reben juga semakin popular untuk tujuan hiasan.
  • Bunga api dan mercun, walaupun diharamkan, tetap kelihatan dan dimainkan terutamanya pada malam sebelum Hari Raya. Mercun dan meriam buluh telah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan Malaysia atas tujuan keselamatan sebelum ini amat popular terutamanya di kalangan kanak-kanak pada malam Tujuh Likur.
  • Malam Tujuh Likur adalah malam ke-27 bulan Ramadan. Sesetengah orang berpendapat bahawa malam Tujuh Likur adalah tujuh malam sebelum Aidilfitri menjelang. Tujuh malam ini, yang termasuk dalam sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan adalah malam-malam di mana umat Islam digalakkan untuk beribadah dengan lebih tekun kerana salah-satu daripada malam-malam tersebut adalah Lailatul Qadar iaitu malam yang penuh dengan keberkatan.
  • Rumah terbuka adalah salah satu amalan yang menarik di Malaysia. Rumah terbuka Perdana Menteri dan lain-lain kenamaan adalah tarikan menarik pada Hari Raya. Sepanjang bulan Syawal, rumah terbuka akan diadakan di rumah-rumah dan tempat-tempat seperti dewan dan padang bagi yang mampu untuk menjamu dan mengeratkan silaturahim di antara sanak saudara dan rakan taulan.
  • Kad-kad Hari Raya adalah bahan yang popular menjelang Lebaran untuk mengirimkan salam kepada sanak saudara dan rakan-rakan. Setiap tahun berjuta-juta kad raya akan dihantar ke seluruh Malaysia, namun jumlah ini semakin berkurangan dengan wujudnya sistem pesanan ringkas (SMS) dan kiriman kad melalui mel elektronik (e-mel). Budaya mengirim kad yang semakin pupus ini sedikit sebanyak telah mengurangkan kemesraan dan nilai sentimental kiriman kad itu sendiri.
  • Antara filem-filem tempatan yang berkisarkan tentang Hari Raya ialah Lagi Lagi Senario arahan Aziz M Osman (2001) dan I Know What You Did Last Raya arahan Prof. M Razak Mohaideen (2004). Drama-drama televisyen yang berkaitan dengan Hari Raya juga amat meluas penerbitannya.
  • Media cetak dan elektronik akan menerbitkan rancangan-rancangan dan keluaran-keluaran khas bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri seperti Senario Raya dan Melodi Raya.Iklan-iklan komersil yang menyampaikan mesej Hari Raya juga sering mendapat perhatian seperti iklan-iklan keluaran syarikat petroleum negara, Petronas; iklan Sistem Televisyen Malaysia, TV3 dan lain-lain.
  • Peningkatan kenderaan di jalan raya seluruh negara menjelang Aidilfitri adalah satu masalah yang kerapkali berlaku saban tahun. Keadaan ini banyak mengakibatkan kemalangan jalan raya menjelang musim perayaan.
  • Baju Melayu adalah pakaian tradisi Melayu yang banyak dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju Kurung dan Baju Kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmud, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.
  • Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama mengamalkan sikap toleransi dan berfikiran terbuka. Hari Raya Aidilfitri sering diraikan sebagai cuti kebangsaan dan disambut bersama rakan-rakan daripada kaum yang lain.

[Sunting] Aidilfitri dalam Kalendar Masihi

Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang dari sepuluh ke 15 hari.

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan jatuh pada tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh adalah tertakluk kepada perubahan.

Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya matahari.

[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com