Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Ramadhan - Wikipedia

Ramadhan

From Wikipedia

Sebahagian siri dalam Islam


Sejarah Islam
Ajaran dan Kepercayaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Malaikat · Nabi dan Rasul
Kitab · Hari Akhirat · Qadar
Dua Kalimah Shahadah
Solat · Puasa
Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah
Tokoh-Tokoh Utama

Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar Al-Khatab · Saidina Uthman Affan · Saidina Ali Abi Talib
Sahabat Rasulullah s.a.w.
Rasul dan Nabi
Imam · Imam Mahdi
Tokoh Islam

Kitab & Undang-Undang
al-Qur'an · Hadith · Surah
Mazhab · Syariah
Golongan Islam
Sunah · Syiah · Sufi
Kota Suci Islam

Makkah · Madinah · Baitulmuqaddis

Aspek-Aspek Sosial
Kota Islam · Seni Bina
Sains · Tamadun Islam
Kesenian · Kalendar Hijrah
Pemimpin Agama
· Khalifah
Politik Islam · Jihad
Lihat Juga
Rencana mengenai Islam

Ramadhan (bahasa Arab:رمضان) (biasa digelar "Ramadhan Al-Mubarak") merupakan bulan ke-9 dan bulan paling suci dalam Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an pada surah Al-Baqarah ayat 185 yang ertinya:

"bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..."

Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa [1].

Jadual isi kandungan

[Sunting] Etimologi

Ramadhan berasal dari kata akar ر م ض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadhan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadhan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadhan untuk serius mencairkan, memuhasabah dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan [2] .

[Sunting] Penentuan awal Ramadhan

Rencana utama: hilal

Takwim Hijrah didasarkan pada orbit bulan mengelilingi bumi dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit). Kaedah penentuan saat terjadinya hilal yang digunakan ketika ini ada dua, iaitu kaedah penglihatan dengan mata kasar ("rukyah") dan kaedah perhitungan astronomi ("hisab").

Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan nisab sahaja [3]. Dunia Melayu amnya menggunakan kedua-dua kaedah sekaligus [4].

[Sunting] Peristiwa semasa Ramadhan

[Sunting] Turunnya al-Qur'an

Rencana utama: Nuzul Qur'an

Para ulama bersetuju bahawa al-Qur'an mula diturunkan pada bulan Ramadhan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadhan [5] dan oleh itu 17 Ramadhan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Qur'an) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan [6]). Pada malam tersebut surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira'. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

[Sunting] Lailatul Qadar

Rencana utama: Lailatul Qadar

Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan [7]. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadhan sambil beribadah sepanjang malam.

[Sunting] Lain-lain

Terdapat banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini [8]. Antaranya:

  • 10 Ramadhan 8 H: Pembukaan Makkah (630 M)
  • 17 Ramadhan 2 H: Perang Badar (624 M)

[Sunting] Amalan sewaktu Ramadhan

Umat Islam digalakkan membanyakkan ibadah pada bulan Ramadhan kerana ganjarannya digandakan pada bulan ini.

[Sunting] Puasa Ramadhan

Muslim menunggu untuk berbuka puasa beramai-ramai di Kaherah, Mesir
Besarkan
Muslim menunggu untuk berbuka puasa beramai-ramai di Kaherah, Mesir
Rencana utama: Ibadat puasa

Selama sebulan Ramadhan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka.

Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa [2]. Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

[Sunting] Solat Tarawih

Rencana utama: Solat Sunat Tarawih

Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadhan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjama'ah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama'ah.

[Sunting] Zakat Fitrah

Rencana utama: Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadhan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini [9]. Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan per individu adalah satu gantang makanan ruji di daerah bersangkutan. Jumlah ini adalah setara dengan 2.70 kg beras.

[Sunting] Aidil Fitri

Rencana utama: Hari Raya Aidil Fitri

Akhir bulan Ramadhan dirayakan dengan sukacita oleh seluruh Muslim di dunia. Pada malam harinya (malam 1 Syawal), yang biasa disebut malam kemenangan, mereka akan mengumandangkan takbir bersama-sama. Esoknya tanggal 1 Syawal, yang dirayakan sebagai Hari Raya Aidil Fitri, semua Muslim baik lelaki mahupun perempuan digalakkan ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya. Solat dua raka'at ini akan diikuti khutbah mengenai Aidil Fitri.

[Sunting] Aspek ekonomi

Penjual sate di Bazar Ramadhan
Besarkan
Penjual sate di Bazar Ramadhan

Salah satu fenomena yang dapat dilihat di negara dengan penduduk majoriti Islam pada bulan Ramadhan pada umumnya adalah Bazar Ramadhan. Menjelang waktu maghrib, dapat dilihat di tapak-tapak pasar malam atau kawasan lapang, gerai-gerai yang menjual juadah berbuka puasa. Bazar seperti ini biasanya diselenggara kerajaan setempat (majlis perbandaran atau pejabat daerah), namun ada juga bazar khas yang dianjurkan kerajaan negeri atau syarikat tertentu. Selain itu, pada siang hari bulan ini juga dapat dilihat para pedagang bermusim yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan yang menjaja pelbagai barangan dari makanan hinggalah pakaian, di tempat-tempat awam terutamanya di tepi-tepi jalan. Kesemua ini dapat menjana ekonomi kawasan terbabit [10].

[Sunting] Rujukan

  1. Persiapkan Diri Menghadapi Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dicapai pada 21 September 2006.
  2. 2.0 2.1 Essentials of Ramadan, The Fasting Month. Dicapai pada 24 September 2006.
  3. Hilal bantu tentukan permulaan raya. Dicapai pada 18 Julai 2006.
  4. MABIMS (7 Ogos 2006). Kriteria Imkanur-Rukyah Dalam Penetapan Awal Bulan Qamariah. (PDF)
  5. Nuzulnya Al Quran Menjamin Kesejahteraan. Dicapai pada 25 September 2006.
  6. Bid'ah-bid'ah Ramadhan. Dicapai pada 24 September 2006.
  7. Tanda kedatangan Lailatul Qadar. Dicapai pada 25 September 2006.
  8. Ramadan bawa banyak kejayaan kepada ummah. Dicapai pada 2 September 2006.
  9. Zakat Fitrah. Dicapai pada 25 September 2006.
  10. Bazar Ramadan Mampu Tampil Sebagai Produk Pelancongan. Dicapai pada 7 September 2006


Bulan-bulan dalam Takwim Hijrah
Muharram | Safar | Rabiul Awal | Rabiul Akhir | Jamadil Awal | Jamadil Akhir | Rejab | Syaaban | Ramadhan | Syawal | Zulkaedah | Zulhijjah
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com