Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Boudicca - Wikipedia

Boudicca

From Wikipedia

Arca Boudicca yang terletak di sebelah Tambangan  Westminster
Besarkan
Arca Boudicca yang terletak di sebelah Tambangan Westminster

Ratu Boudicca (juga dikenali sebagai Boadicea atau Boudica), merupakan ketua Celt yang mengetuai puak Iceni dan beberapa kumpulan Celt yang lain, termasuk jiran Trinovantes, dalam pemberontakan utama menentang kuasa penjajah Rom di Britain pada 61 Masihi.

Suami Boudicca, Prasutagus, mengetuai kaum Iceni yang tinggal di kawasan yang sekarang ini dikenali sebagai Anglia Timur. Prasutagus telah melemahkan kedudukan politiknya apabila dia mengadakan beberapa perjanjian dengan Rom, antaranya mewariskan sebahagian daripada jajahannya kepada Rom, dengan harapan Rom akan membantu melindungi keluarganya bagi warisan mereka untuk tanah yang selebihnya. Apabila Prasutagus meninggal, Rom merampas kesemua tanahnya, merompak dan melakukan beberapa kekejaman, termasuk menyebat Ratu Boudicca dan merogol anak perempuannya.

Dengan penuh kemarahan, Ratu Boudicca telah mengumpulkan angkatan tentera dengan pantas, dikatakan melalui beberapa sumber seramai 100,000 orang, walaupun jumlah sebenarnya adalah mungkin lebih kecil. Mereka memusnahkan Colchester, London dan Verulamium dan mendapat reputasi menakutkan akibat layanan mereka kepada musuh mereka. Ratu Boudicca juga membuat pengorbanan manusia menggunakan beratus-ratus wanita Rom kepada dewi pahlawan Andraste.

Pakar sejarah Rom Dio Cassius, yang hidup satu abad selepas kejadian ini, menggambarkan Ratu Boudicca sebagai:

Boudicca tinggi, menakutkan dipandang dan memiliki suara yang kuat. Rambut merah menyala mengurai sehingga kelututnya; dia memakai gelang tengkok emas yang terdiri daripada bahagian terhias, jubah pelbagai warna dan di atasnya mengenakan cloak tebal yang dilekatkan dengan brooch. Dia memegang lembing panjang yang mengentarkan sesiapa yang melihatnya.

Bagaimanapun, akhirnya tentera Rom yang jauh lebih kecil bilangannya, tetapi dengan kelengkapan yang lebih baik dan lebih tersusun di bawah kepimpinan Suetonius Paullinus, berjaya mengalahkan tentera Ratu Boudicca. Berlaku pertelingkahan dikalangan pakar sejarah mengenai di mana tempat berlakunya pertempuran terakhir tersebut. Menurut lagenda London ia berlaku di Kings Cross (Persimpangan Raja) tetapi ini kelihatannya tidak mungkin. Ketika Suetonius meluru ke London, kemungkinannya dengan tentera berkuda "cavalry" untuk memastikan samaada dia dapat menyelamatkan London, tentera berjalan kakinya sedang berbaris balik selepas mengalahkan Druid di Mona (masa kini Anglesey). Kemungkinannya pertempuran terakhir tersebut berlaku di sesuatu tempat dalam perjalanan antara kedua tempat, dan kebanyakan pakar merasakan West Midlands merupakan tempat paling mungkin. Manduessedum berhampiran bandar moden Atherstone di Warwickshire telah dicadangkan sebagai tempat pertempuran terakhir Boudicca.

Lapuran mengenai kematian Ratu Boudicca terdapat berbeza-beza: sekiranya dia tidak mati ketika pertempuran, menurut sesetengah lapuran mengatakan Ratu Boudicca membunuh diri dengan racun untuk mengelakkan dari ditangkap; lapuran yang lain pula menyatakan Ratu Boudicca mati dalam penjara Rom.

Kemashyuran Ratu Boudicca berkekalan di Britain selama beberapa abad selepasnya. Gildas merujuk kepada Boudicca dengan oblique fashion biasanya sebagai "singa betina yang tidak boleh dipercayai".

Patung Ratu Boudicca, digambarkan sebagaimana yang terukir dalam ingatan rakyat, dengan kedua orang anak perempuannya menaiki pedati dengan bilah pisau dalam paksi roda, ditegakkan di tengah London sebelah sungai Thames, sebelah Jambatan Westminster dan Bangunan Parliment British "Houses of Parliament". Ia dibuat oleh Thomas Thornycroft pada abad ke sembilan belas.

Menurut lagenda popular, Ratu Boudicca dikebumikan di bawah pelantar "platform" di Kings Cross. Sumber berlainan menyatakan pelantar lapan, sembilan atau sepuluh sebagai tempat Ratu Boudicca bersemandi.

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com