From Wikipedia
2 Julai merupakan hari ke-183 (hari ke-184 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 182 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1644 - Perang Mur Marston, salah satu pertembungan muktamad dalam Perang Saudara Inggeris, ditempur berhampiran York.
- 1839 - Satu kargo yang terdiri daripada 53 orang abdi Afrika memberontak di dalam kapal abdi Amistad berhampiran pantai Cuba.
- 1900 - Penerbangan Zeppelin pertama di Tasek Constance berdekatan Friedrichshafen, Jerman. (gambar)
- 1937 - Amelia Earhart dan pemandu arah Fred Noonan hilang di Lautan Pasifik.
- 1976 - Vietnam Utara dan Selatan berpadu untuk membentuk Republik Sosialis Vietnam.