Stadium Negara
From Wikipedia
Stadium Negara merupakan stadium tertutup pertama di Malaysia. Ianya terletak bersebelahan dengan Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
Pada 19 April 1962, Stadium Negara telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. Stadium Negara yang merupakan sebuah gelanggang tertutup serta melambangkan kegiatan sukan dan kebudayaan di negara ini.
Kos pembinaan Stadium Negara menelan belanja lebih RM 34 juta dan dianggap sebagai sebuah stadium tertutup yang terbaik di Asia Tenggara. la bukan sahaja boleh menunjukkan satu contoh kejuruteraan asli yang tidak ada tolok bandingnya tetapi juga menambahkan lagi reka bentuk seni bina moden di negara ini. Selepas pembinaan Stadium Merdeka yang terbuka maka perlulah tiba pula giliran stadium tertutup seperti Stadium Negara.
Stadium Merdeka sesuai untuk permainan-permainan yang dipertandingkan di tanah lapang tetap. Stadium Negara pula dibina khas bagi permainan-permainan dalam dan sesuai sebagai tempat untuk mengadakan pertunjukan kebudayaan. Stadium itu juga boleh digunakan untuk perlawanan berbagai jenis sukan, tempat pameran dan juga temasya di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Pada Februari 2003, Stadium Negara telah dinamakan sebagai bangunan warisan kebangsaan.
[Sunting] Acara yang dilangsungkan
- Pertandingan Badminton Piala Thomas 1992
- Hari Kanak-Kanak
- Maulidur Rasul
- Pertandingan tinju pada 1975: Muhammad Ali vs Joe Bugner