Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Piala Thomas - Wikipedia

Piala Thomas

From Wikipedia

Piala Thomas
Besarkan
Piala Thomas

Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini berlangsung setiap dua tahun. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden IBF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. Pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. Pertandingan bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber.

Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya.

Juara bertahan Piala Thomas sekarang ialah China.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Latar belakang

Kejohanan pertama diadakan di Queen's Hall, Preston, England. Malaya memenangi kejohanan pertama ini dengan menumpaskan Denmark 8-1 pada perlawanan akhir. Sejak itu Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh pasukan-pasukan dari Asia.

Indonesia memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali diikuti China (enam kali) dan Malaysia (lima kali). Denmark yang berjaya mara ke perlawanan akhir sebanyak lapan kali bagaimanapun tidak pernah sekali pun memenanginya.

Bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Mulai tahun 1984 kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber.

[Sunting] Piala Thomas 2006

Lihat rencana utama Piala Thomas & Uber 2006

Kejohanan Piala Thomas 2006 sedang berlangsung di Tokyo, Jepun dari 28 April-7 Mei 2006 bersama-sama dengan Kejohanan Piala Uber.

Pada kejohanan edisi ke-24 ini, China pasukan pilihan dan juara bertahan Piala Uber muncul juara selepas menumbangkan pasukan Denmark pada peringkat akhir dengan kemenangan 3-0. Hal ini menjadikan China juara enam kali Piala Uber.

[Sunting] Pemenang

Di bawah adalah senarai johan dan naib johan Piala Thomas sejak 1948:

Tahun Johan lawan Naib Johan Mata Tempat
1948-49 Malaya vs Denmark 8-1 Preston
1951-52 Malaya vs Amerika Syarikat 7-2 Singapura
1954-55 Malaya vs Denmark 8-1 Singapura
1957-58 Indonesia vs Malaya 6-3 Singapura
1960-61 Indonesia vs Thailand 6-3 Jakarta
1963-64 Indonesia vs Denmark 5-4 Tokyo
1966-67 Malaysia vs Indonesia 6-3 Jakarta
1969-70 Indonesia vs Malaysia 7-2 Kuala Lumpur
1972-73 Indonesia vs Denmark 8-1 Jakarta
1975-76 Indonesia vs Malaysia 9-0 Bangkok
1978-79 Indonesia vs Denmark 9-0 Jakarta
1981-82 China vs Indonesia 5-4 London
1984 Indonesia vs China 3-2 Kuala Lumpur
1986 China vs Indonesia 3-2 Jakarta
1988 China vs Malaysia 4-1 Kuala Lumpur
1990 China vs Malaysia 4-1 Tokyo
1992 Malaysia vs Indonesia 3-2 Kuala Lumpur
1994 Indonesia vs Malaysia 3-0 Jakarta
1996 Indonesia vs Denmark 5-0 Hong Kong
1998 Indonesia vs Malaysia 3-2 Hong Kong
2000 Indonesia vs China 3-0 Kuala Lumpur
2002 Indonesia vs Malaysia 3-2 Guangzhou
2004 China vs Denmark 3-1 Senayan
2006 China vs Denmark 3-0 Tokyo

[Sunting] Lihat juga

[Sunting] Pautan Luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com