Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Sejarah Singapura - Wikipedia

Sejarah Singapura

From Wikipedia

Singapura memainkan peranan yang kecil di dalam perkembangan sejarah Asia Tenggara sehinggalah Sir Stamford Raffles menubuhkan sebuah pelabuhan British di situ. Di bawah pemerintahan koloni British, Singapura telah menjadi pelabuhan yang amat strategik memandangkan ia terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara India dan China yang akhirnya menjadi antara pelabuhan yang terpenting di dunia sehingga ke hari ini. Semasa Perang Dunia II, Singapura telah ditawan oleh tentera Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Diantara wira yang terkorban dalam mempertahankan Singapura dalam perperangan ini adalah leftenan Adnan bin Saidi.

Selepas tamat peperangan, penduduk tempatan dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri tetapi masih belum mencapai kemerdekaan. Seterusnya pada tahun 1963 Singapura telah bergabung dengan Tanah Melayu bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia. Tetapi Singapura seterusnya disingkirkan daripada Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah Silam

Pada masa silam sekitar abad ke 14, pulau Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Sriwijaya dan dikenali sebagai Temasek ("Kota Laut").

Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki oleh Sir Stamford Raffles. Ini berdasarkan tulisan Abdullah bin Abdul Kadir yang menyatakan ketika Singapura dibersihkan, bukit yang terdapat di situ telahpun dikenali sebagai bukit larangan, dan terdapat banyak pokok-pokok buah yang ditanam di situ. Ini menunjukkan terdapatnya pusat pentakbiran (istana) di situ.

Selain daripada itu, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi turut menyatakan terjumpanya satu batu bersurat yang mempunyai ukiran tulisan yang tidak dikenali dan telah kabur. Batu bersurat Singapura itu menunjukkan Singapura telahpun menjadi satu pusat pentakbiran sejak silam lama sebelum ketibaan pihak Inggeris.

Malangnya batu bersurat itu telah dimusnahkan tidak lama selepas ketibaan Inggeris oleh seorang jurutera Inggeris. Bagaimanapun, terdapat nota mengenai satu salinan tulisan tersebut telah dihantar ke London tetapi gagal ditafsirkan. Sekiranya rekod salinan tulisan itu dapat dijumpai kembali, ia boleh memberikan anggaran tarikh ia diukir melalui terjemahan ataupun sekiranya masih gagal diterjemah, melalui jenis tulisan yang digunakan.

[Sunting] Penubuhan Singapura Moden (1819)

Di antara kurun ke-16 dan kurun ke-19, Kepulauan Melayu secara beransur-ansur menjadi milik penjajah dari Eropah. Permulaan penjajahan dari Barat bermula apabila Portugis tiba di Melaka pada tahun 1509. Manakala pada kurun ke-17, Belanda telah menguasai kebanyakkan pelabuhan-pelabuhan utama di Kepulauan Melayu. Pihak Belanda telah memonopoli kesemua perdagangan rempah ratus yang pada ketika itu merupakan bahan perdagangan yang penting. Penjajah Eropah yang lain termasuk British, cuma mempunyai hak perdagangan yang kecil.

Sir Stamford Raffles, Pengasas Singapura Moden
Besarkan
Sir Stamford Raffles, Pengasas Singapura Moden

Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles telah dilantik menjadi gabenor di salah sebuah pelabuhan British iaitu di Bengkulu, Sumatera. Raffles percaya bahawa British perlu mencari jalan untuk menjadi kuasa dominan di rantau ini. Salah satu jalan ialah dengan membina sebuah pelabuhan baru di Selat Melaka. Pelabuhan British sedia ada seperti Pulau Pinang adalah terlalu jauh daripada Selat Melaka manakala Bengkulu pula menghadap Selat Sunda.

Pada tahun 1818, telah berjaya menyakinkan Syarikat Hindia Timur British (EIC) untuk mencari pelabuhan baru di rantau ini. Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia menjumpai sebuah perkampungan Melayu kecil di muara Sungai Singapura yang diketuai oleh seorang Temenggung Johor. Pulau itu ditadbir oleh Kesultanan Johor tetapi keadaan politiknya tidak stabil. Waris Sultan Johor, Tengku Abdul Rahman dikuasai oleh Belanda dan Bugis. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Abdul Rahman menjadi sultan hanya kerana abang sulungnya, Tengku Hussein tidak ada semasa ayahnya meninggal dunia. Mengikut adat Melayu, bakal sultan perlu berada disisi sultan sekiranya ingin dilantik menjadi sultan.

Sedar bahawa dia boleh memanipulasikan keadaan ini, Raffles telah menyokong Tengku Hussein untuk menjadi Sultan sekiranya Tengku Hussein sanggup membenarkan British membuka pelabuhan di Singapura dan sebagai balasan British akan membayar wang tahunan kepada Tengku Hussein. Perjanjian ini menjadi sah pada 6 Februari 1819.

[Sunting] Perkembangan Awal (1819-1826)

Raffles kembali ke Bengkulu tidak lama kemudian selepas menandatangani perjanjia dengan Johor. William Farquhar mengetuai koloni baru British ini dengan bantuan sepasukan askar British.

Disebalik masalah-masalah yang dihadapi Singapura berkembang pesat kerana statusnya sebagai sebuah pelabuhan bebas. Pedagang-pedagang Arab, China dan India menjadikannya tempat persinggahan mereka.

[Sunting] Negeri-Negeri Selat (1826-1867)

Penubuhan Singapura oleh Raffles mendapat masalh apabila kerajaan Belanda menuduh British mencampuri kawasan naungan pengaruhnya. Pada mulanya kerajaan British dan Syarikat Hindia Timur Inggeris bersimpati dengan masalah ini tetapi lama kemudian mereka mengabaikannya demi kepentingan kemajuan di Singapura. Menjelang tahun 1822, sudah jelas niat British bahawa mereka tidak akan sesekali menyerahkan Singapura.

Status Singapura sebagai hak milik British diperkukuhkan dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang mana Kepulauan Melayu terbahagi kepada pengaruh dua kuasa. Kawasan utara termasuklah Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebagai kawasan pengaruh British manakala kawasan di sebelah selatan di bawah pengaruh Belanda. Pada tahun 1826, Singapura bersama-sama dengan Pulau Pinang dan Melaka tergolong di bawah satu pemerintahan iaitu Negeri-Negeri Selat.

[Sunting] Zaman Pendudukan Jepun (1942-1945)

Pada 7 Disember 1941, Jepun menyerang Pearl Harbour. Salah satu objektif Jepun adalah untuk menguasai Asia Tenggara kerana faktor ekonomi. Singapura yang merupakan pangkalan utama Tentera Bersekutu ialah sasaran utama Jepun.

Di Singapura ramai beranggapan bahawa Jepun akan menyerangnya terlebih dahulu sebelum menyerang Malaya. Pihak British bersedia apabila menyediakan antara kontinjen perang terbaiknya. Hal ini termasuklah penghantaran kapal perang HMS Prince of Wales dan kapal perang HMS Repulse. Mereka juga menghantar beberapa kapal perang yang lain.

Pada 8 Disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan. Selepas dua hari askar-askar Jepun mendarat, kapal Prince of Wales dan kapal Repulse tenggelam akibat dimusnahkan oleh tentera Jepun. Tentera Jepun terus mara ke seluruh Tanah Melayu menyebabkan tentera British terpaksa berundur ke selatan menuju ke Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, selepas 55 hari bermulanya pencerobohan tentera Jepun, tentera Jepun sudah berjaya menguasai kesuluruhan Tanah Melayu dan bersiap sedia untuk menyerang Singapura.

Selepas beberapa pertempuran, Leftenan-Jeneral Arthur Ernest Percival dan askar-askar British menyerah kalah kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita pada Tahun Baru Cina iaitu 15 Februari 1942. Lebih kurang 130,000 askar India, Australia dan British menjadi tahanan perang. Kejatuhan Singapura merupakan penyerahan kalah terbesar British dalam sejarah.

Singapura kemudiannya dinamakan semula menjadi Syonan-to (昭南島 Shōnan-tō, "Cahaya Selatan) dalam bahasa Jepun. Singapura diduduki oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945.

[Sunting] Pemerintahan Sendiri (1955-1963)

Pengerusi Parti Buruh, David Marshall, menjadi Ketua Menteri Singapura yang pertama. Dia memerintah sebuak kerajaan yang tidak stabil dan mengakibatkan terjadinya peritiwa mogok besar-besaran. Pada bulan April 1956, dia ke London untuk berbincang mengenai kemerdekaan Singapura tetapi tidak berjaya kerana pengaruh komunis di Singapura. Marshall terus menekan British bahawa dia akan meletak jawatan sekirannya British tidak memberi kemerdekaan kepada Singapura. Tetapi British langsung tidak menghiraukan ugutan Marshall dan akhirnya dia terpaksa melepaskan jawatannya. Ketua Menteri Singapura seterusnya ialah Lim Yew Hock. Beliau mengambil tindakan yang tegas terhadap ketua-ketua kesatuan sekerja dan ahli-ahli pro-komunis.

Tindakan tegas Lim menyebabkan British bersetuju untuk memberikan pemerintahan sendiri kepada Singapura.

[Sunting] Membentuk Persekutuan Malaysia (1963-1965)

Pada 16 September 1963, British bersetuju untuk menyerahkan Singapura, Sabah, dan Sarawak untuk bergabung dengan Tanah Melayu supaya Persekutuan Malaysia dapat dibentuk. Selepas menyertai Malaysia, parti politik utama Singapura iaitu Parti Tindakan Rakyat memenangi Pilihanraya Singapura. Tindakan PAP yang sering menyuarakan ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum Bumiputera.

Ramai ahli UMNO mengesa Kerajaan Persekutuan supaya menangkap Lee Kuan Yew. Jadi pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura daripada Malaysia. Ramai rakyat Malaysia mengganggap tindakan Tunku Abdul Rahman ini sebagai satu kerugian kerana mengikut mereka banyak lagi cara lain untuk menjaga keamanan Singapura.

[Sunting] Republik Singapura (1965-sekarang)

Selepas Singapura keluar daripada Malaysia, Singapura mula muncul sebagai kuasa perdagangan dunia. Banyak kemudahan dan kemajuan dicapai semasa pemerintahan Lee Kuan Yew.

Pada tahun 1990, Lee Kuan Yew bersara daripada politik dan memberi kuasa pemerintahan kepada Goh Chok Tong. Pada tahun 2004 pula, Goh Chok Tong meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan memberi laluan kepada anak Lee Kuan Yew iaitu Lee Hsien Loong untuk memerintah.

[Sunting] Lihat Juga

[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com