Satelit semula jadi
From Wikipedia
Bulan adalah satu perkataan yang merujuk kepada sebarang satelit semulajadi sebarang planet. Dianggarkan sekitar 140 bulan terdapat dalam lingkungan sistem suria Bumi, dan lebih banyak lagi yang dipercayai mengorbit planet di bintang lain. Biasanya gergasi gas yang besar mempunyai sistem bulan yang luas. Planet Utarid dan Venus tidak mempunyai bulan sama sekali, Bumi mempunyai bulan tunggal yang besar, Marikh mempunyai dua bulan, and Pluto rakan besar yang dikenali sebagai bulan Charon (kdang kada dianggap planet berkembar).
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Asal
Kebanyakan bulan dipercayai terbentuk dari runtuhan region (collapsing region) cakera protoplanet yang sama seperti planet utama. Bagaimanapun, terdapat banyak pengecualian dan variasi kepada model piawaian pembentukan bulan ini diketahui atau dikemukakan. Beberapa bulan dipercayai objek asing yang ditawan, serpihan bulan lebih besar berkecai oleh hentaman kuat, atau (dalam kes Bulan Bumi) sebahagian planet itu sendiri tercampak keorbit oleh hentaman yang kuat. Oleh kerana kebanyakan bulan hanya diketahui melalui pemerhatian jarak jauh melalui probe atau teleskop, kebanyakan teori mengenai mereka tidak begitu jelas.
[Sunting] Ciri-ciri fizikal
Kebanyakan bulan dalam sistem suria terikat pasang surut (tidal locking) kepada planet utama mereka; pengecualian adalah bulan planet Zuhal, bulan Hyperion, yang berputar melilau akibat pelbagai pengaruh luar. Tiada bulan mempunyai bulan mereka sendiri; kesan pasang-surut planet utama menjadikan orbit sekeliling mereka tidak stabil. Bagaimanapun beberapa bulan mempunyai teman dalam titik Lagrangian (contoh, bulan Zuhal, bulan Tethys dan bulan Dione).
Jumpaan baru mengenai bulan Ida asteroid Dactyl mengesahkan bahawa sesetengah asteroid turut mempunyai bulan asteroid. Sesetengah, seperti 90 Antiope, merupakan asteroid berkembar dengan dua komponen sama besar.
[Sunting] Bulan dalam sistem Suria
Bulan terbesar dalam sistem suria (yang lebih besar dari 3000 km keratan rentas) adalah bulan bumi, bulan Galilean planet Musytari bulan Io, bulan Europa, bulan Ganymede, dan bulan Callisto, bulan planet Zuhal, bulan Titan, dan bulan yang ditawan planet Neptun, bulan Triton. Untuk bulan lebih kecil lihat planet berkenaan.
Jadual perbandingan mengelaskan bulan sistem suria menurut diameter, juga mempunyai ruang untuk asteroid, planet, dan objek lingkungan Kuiper yang terkenal.
Diameter(km) | Bumi | Marikh Mars | Musytari Jupiter | Zuhal Saturn | Uranus | Neptun | Pluto | Objek lain |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
5000-6000 | bulan Ganymede | bulan Titan | ||||||
4000-5000 | bulan Callisto | Planet Utarid |
||||||
3000-4000 | Bulan | bulan Io Bulan Europa |
||||||
2000-3000 | bulan Triton | planet Pluto |
||||||
1000-2000 | bulan Rhea Bulan Iapetus |
Bulan Titania |
90377 Sedna 90482 Orcus |
|||||
100-1000 | Bulan Himalia Bulan Amalthea |
Bulan Enceladus
Bulan Mimas |
Bulan Miranda Bulan Sycorax |
Bulan Proteus Bulan Nereid |
Bulan Charon |
1 Ceres 2 Pallas |
||
50-100 | Bulan Thebe Bulan Elara |
Bulan Pandora | Bulan Caliban Bulan Juliet |
Bulan Thalassa Bulan Naiad |
(Terlalu banyak untuk disenarai) | |||
10-50 | Bulan Phobos Bulan Deimos |
Bulan Carme Bulan Metis |
Bulan Siarnaq
Bulan Atlas |
Bulan Ophelia
Bulan Cordelia |
S/2002 N1 S/2002 N 2 |
(Terlampau banyak untuk disenarai) | ||
kurang dari 10 | Cruithne¹ | Sekurang-kurangnya 47, lihat senarai satelit semulajadi Musytari. | Bulan Erriapo Bulan Narvi |
(Terlampau banyak untuk disenarai) |
¹ Ianya dipertikaikan samada Cruithne dianggap bulansebenar; ia diletakkan disini sebagai perbandingan.
Tambahan kepada bulan pelbagai planet terdapat juga 30 bulan asteroid, asteroid yang mengorbit asteroid lain.
[Sunting] Lihat juga
- satelit semulajadi Musytari
- satelit semulajadi Zuhal
- satelit semulajadi Uranus
- satelit semulajadi Neptun
- Garis masa satelit semulajadi
- Menamakan satelit semulajadi
- Quasi-satelit
[Sunting] Pautan luar
[Sunting] Bulan Musytari
- Data on Jupiter's satellites
- Jupiter's new moons (discovered in 2000)
- Jupiter's new moons (discovered in 2002)
- Jupiter's new moons (discovered in 2003)
[Sunting] Bulan Zuhal
[Sunting] Bulan Neptun
[Sunting] Semua bulan
- Moons of the Solar System (The Planetary Society)
- Scott Sheppard's page
- JPL's Solar System Dynamics page
Templat:Footer SolarSystem