Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Richard I dari England - Wikipedia

Richard I dari England

From Wikipedia

Richard I
Raja Inggeris, Duke Norman dan Aquitanian, Count Angevins
frames
Arca di kubur Richard I di Gereja Fontevrault
Pemerintahan 6 Julai 11896 April 1199
Kemahkotaan 3 September 1189
Kelahiran 8 September 1157
Istana Beaumont, Oxford
Kematian 6 April 1199
Chalus, Limousin
Pengebumian Gereja Fontevraud
Pendahulu Henry II
Pewaris John
Raja Permaisuri Berengaria dari Navarre
(k.k. 1165/11701230)
Putera-puteri Mangkat tanpa keturunan yang sah
Kerabat diraja Plantagenet
Ayahanda Henry II (11331189)
Bonda Eleanor dari Aquitaine (11241204)
Keluarga Diraja Inggeris
Keluarga Diraja Plantagenet
Henry II
Putera-puteri
   William, Count Poitiers
   Henry, Count Anjou
   Richard I si Hati Singa
   Geoffrey II, Duke Brittany
   John
   Matilda, Duchess Saxony
   Leonora, Permaisuri Castile
   Joan, Permaisuri Sicily
Richard I

Richard I (8 September 11576 April 1199) ialah Raja England dari tahun 1189 hingga tahun 1199. Pada masanya, troubadour Bertran de Born menggelarkannya Oc-e-Non (Ya-dan-Tidak), manakala sesetengah penulis yang kemudian merujuk keada baginda sebagai Richard si Hati Singa, Cœur de Lion, satu gelaran yang masih digunakan untuk merujuk kepada baginda di Perancis.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Keluarga

Putera sah yang ketiga kepada Raja Henry II dari England, Richard tidak pernah dijangka akan naik takhta. Beliau dianggap secara umum sebagai putera kesayangan bondanya, Eleanor dari Aquitaine. Richard merupakan:

  • adik tiri lelaki sebelah ibu kepada Marie de Champagne dan Alix dari Perancis;
  • adik lelaki kepada William, Count Poitiers, Henry si Raja Yang Muda dan Matilda dari England;
  • abang kepada Geoffrey II, Duke Brittany, Leonora dari England, Joan Plantagenet dan John Lackland dari England.

[Sunting] Kehidupan awal

Walaupun dilahirkan di Istana Beaumont, Oxford, England, Richard I dianggap sebagai seorang Perancis, seperti dengan kebanyakan Keluarga Diraja pada masa itu. Apabila ibu bapanya berpisah, beliau diletakkan di bawah jagaan Eleanor, dan tinggal di duchynya di Aquitaine pada tahun 1168, dan Poitiers pada tahun 1172. Sementara itu, abang tertuanya yang masih hidup, Henry si Raja yang Muda, dimahkotai sebagai pewaris ayahandanya. Richard dan adik lelakinya belajar bagaimana mempertahankan harta mereka sejak masa remaja lagi.

Selain daripada merupakan seorang yang berpelajaran dan yang boleh menggubah puisi dalam bahasa Peranci dan bahasa Occitan, Richard I dikatakan merupakan seorang lelaki yang amat menarik; warna rambutnya antara merah dan perang muda, matanya berwarna muda, dengan kulit yang cerah. Beliau juga dikatakan mempunyai ketinggian yang lebih daripada sederhana tetapi oleh sebab tulangnya telah hilang sejak Revolusi Perancis, tingginya yang tepat tidak dapat diketahui. Berat badannya kelihatan berlebihan pada akhir hayatnya.

Richard seronok dengan kegiatan tentera. Sejak masa kecil lagi, beliau kelihatan mempunyai setakat keupayaan politik dan ketenteraan, dan terkenal untuk kesateriaan dan keberaniannya. Tidak lama kemudian, beliau sudah menguasai orang-orang bangsawan yang tidak mudah dikawal di wilayahnya. Seperti dengan abang adiknya, Richard mempunyai rasa hormat yang terhad terhadap ayahandanya, dan tidak mempunyai pandangan jauh serta rasa tanggungjawab.

[Sunting] Pemberontakan terhadap Henry II

Pada tahun 1170, Henry si Raja yang Muda, abang Richard, dimahkotai sebagai raja bersama England, dengan gelaran Henry III. Ahli-ahli sejarah menggelarkan baginda sebagai "si Raja yang Muda" supaya tidak mengelirukan dengan raja senama yang kemudian dan yang merupakan anak saudara lelakinya. Pada tahun 1173, Richard menyertai abang-adiknya, Henry dan Geoffrey, Duke Brittany, dalam pemberontakan untuk menggulingkan ayahanda mereka dan meninggalkan si Raja yang Muda sebagai raja tunggal England. Henry II menyerang Aquitaine buat dua kali. Richard yang berumur 17 tahun merupakan adik-beradik terakhir yang masih menentang ayahanda mereka; bagaimanapun pada akhirnya, Richard enggan bertemu muka dengan ayahandanya untuk pertempuran, dan kemudian meminta ampun dengan rendah hati. Pada tahun 1174, selepas keakhiran pemberontakan yang gagal itu, Richard mengangkat sumpah baru bahawa beliau akan menurut perintah ayahandanya.

Richard mempunyai banyak alasan utama untuk berasa tidak puas hati dengan ayahandanya. Pertama sekali adalah keengganan Henry untuk membenarkan Richard sebarang kuasa yang benar atau kewangan, walaupun dirayu berkali-kali. Walaupun ditenangkan dengan gelaran-gelaran seperti Count Poitou, Richard hendak lebih lagi dan Henry kelihatan enggan memberi lebih sumber kepada mana-mana satu puteranya yang boleh digunakan untuk menentang diri, dengan alasan yang amat munasabah untuk berbuat demikian. Kedua, Henry telah mencedok Puteri Alys, tunang Richard, sebagai perempuan simpanannya. Alys adalah anak perempuan Louis VII dari Perancis oleh isteri kedua. Ini menyebabkan perkahwinan antara Richard dan Alys mustahil berdasarkan alasan-alasan teknik – sekurang-kurangnya dari segi gereja, tetapi Henry yang tidak ingin mengakibatkan satu kejadian diplomatik, berdalih dan tidak mengaku kesalahannya. Bagaimanapun, Richard tidak digalakkan menolak Alys kerana Alys merupakan adik perempuan Raja Philip II dari Perancis, satu sekutu yang rapat.

Selepas kegagalan untuk menggulingkan ayahandanya, Richard menumpukan perhatian kepada penumpasan pemberontakan-pemberontakan dalaman oleh ahli-ahli bangsawan Aquitaine yang tidak puas hati, khususnya di wilayah Gascony. Kekejaman pemerintahannya yang semakin bertambah mengakibatkan pemberontakan yang utama di Gascony pada tahun 1179. Pemberontak-pemberontak mengharapkan penggulingan Richard dan meminta Henry dan Geoffrey, adik-beradik Richard, supaya membantu mereka berjaya.

Titik perubahan dalam pemberontakan terhadap Richard berlaku di Lembah Charente pada musim luruh 1179. Kubu Taillebourg yang terletak di sana amat kukuh sehingga dibiarkan oleh pemerintah-pemerintah Aquitaine yang dahulu kerana dianggap tidak dapat ditawan. Kastil itu dikelilingi oleh cenuram pada tiga tepinya, dan pada tepi keempat terletak sebuah bandar yang mempunyai dinding tiga lapisan. Pada mula-mulanya, Richard memusnahkan dan menjarah ladang-ladang dan tanah-tanah di sekeliling kubu, dan menyebabkan kubu itu tidak mempunyai sebarang tenaga bantuan atau kawasan-kawasan di luar kubu. Penduduk-penduk di dalam kubu itu amat takut akan Richard pada saat itu sehingga mereka meninggalkan kastil yang selamat untuk menyerang Richard di luar dinding kubu. Richard dapat menewaskan angkatan tentera pertahananan itu dan kemudian mengikut mereka ke dalam kubu. Dengan mudahnya, Richard mengambil alih kastil itu dalam tempoh dua hari. Kemenangan Richard di Taillebourg adalah penting atas dua sebab. Pertama, banyak baron yang ingin memberontak terhadap Richard membatalkan rancangan masing-masing, dan mengisytiharkan taat setia kepadanya. Kedua, Richard mencapai reputasi sebagai seorang komander tentera yang mahir, dengan reputasi itu mengikut seumur hidupnya.

Pada tahun 1181-1182, Richard menghadapi lagi satu pemberontakan, kini mengenai pewarisan kaunti Angouleme. Penentang-penentangnya meminta bantuan daripada Philip II dari Perancis, dan pertempuran itu kemudian merebak ke seluruh Limousin dan Perigord. Richard dituduh melakukan banyak perbuatan kekejaman terhadap orang-orang taklukannya, termasuk rogol: "Beliau melarikan isteri-isteri, serta anak-anak dan saudara-saudara perempuan orang bebasnya, dan menjadikan mereka gundik-gundik sendiri; dan selepas beliau telah melenyapkan rasa berahinya terhadap mereka, beliau menyerahkan mereka itu kepada askar-askarnya untuk pelacuran." [1] Bagaimanapun, dengan sokongan daripada ayahandanya dan si Raja yang Muda, Richard berjaya menewaskan Viscount Aimar V dari Limoges dan Count Elie dari Perigord.

Selepas Richard menewaskan baron-baronnya yang memberontak, beliau sekali lagi mencabar takhta ayahandanya. Dari tahun 1180 hingga 1183, ketegangan antara Henry dan Richard bertambah kerana Raja Henry menitahkan Richard memberikan penghormatan kepada Henry si Raja yang Muda, pewaris raja Inggeris, tetapi Richard enggan berbuat sedemikian. Akhirnya pada tahun 1183, Henry si Raja yang Muda bersama-sama dengan Geoffrey, Duke Brittany, menyerang Aquitaine dalam sebuah percubaan untuk menewaskan Richard. Baron-baron Richard mengambil peluang dalam pergaduhan ini untuk masuk campur dan menentang Duke mereka. Bagaimanapun, Richard dan tenteranya dapat menahan angkatan-angkatan tersebut dan dengan kejam, membunuh setiap tawanan perangnya. Pertempuran itu berhenti sekejap pada bulan Jun 1183 apabila Putera Henry meninggal dunia. Bagaimanapun tidak lama kemudian, Henry II memberikan John Lackland kebenaran untuk menyerang Aquitaine sebagai pengganti untuk mendiang Putera Henry. Dengan kematian Putera Henry, Richard kini merupakan putera tertua dan pewaris raja Inggeris, tetapi pertempuran antara Richard and Henry II masih diteruskan.

Pada tahun 1188, Henry II merancang untuk menyerahkan Aquitaine kepada anak sulungnya, John Lackland yang kemudian menjadi Raja John dari England. Pada tahun yang lalu, Richard telah bersekutu dengan Phillip II untuk mengukuhkan kedudukan sendiri. Philip II merupakan anak bekas suami Eleanor, Louis VII, oleh isteri ketiga, Adele dari Champagne. Roger dari Hoveden menulis mengenai kejadian-kejadian ini:

"Selepas keamanan dicapai, Richard, earl Poitou, tinggal dengan raja Perancis, walaupun bertentangan dengan keinginan ayahandanya. Raja Perancis sangat menghormati Richard sehingga setiap hari, mereka makan daripada meja yang sama dan dengan hidangan berkongsi dan pada malam, tidak tidur di dalam bilik-bilik yang berasingan. Disebabkan hubungan yang amat rapat ini yang kelihatan telah muncul antara mereka, raja England berasa amat hairan dan tertanya-tanya tentang maksudnya. [Raja England] juga mengambil langkah-langkah mencegah untuk masa depan, dan kerap menghantar utusan ke Perancis untuk tujuan memanggil pulang Richard, anaknya; Richard yang berpura-pura berkecenderungan untuk keamanan dan bersedia untuk kembali ke ayahandanya, pergi ke Chinon, dan walaupun terdapat orang yang ditugaskan untuk menjaga [istana Henry II] itu, melarikan sebahagian besar harta karun ayahandanya, dan mengubui kastil-kastilnya di Poitou dengan kekayaannya itu, serta enggan berjumpa dengan ayahandanya." [2]

(Banyak ahli-ahli sejarah telah mentafsirkan keratan ini sebagai membayangkan keintiman homoseksual. Berkongsi katil pada Zaman Pertengahan tidak semestinya mempunyai implikasi hubungan jenis, tetapi keratan ini telah mempengaruhi teori-teori moden bahawa Richard and Philip merupakan pasangan kekasih. Terdapat juga kilasan-kilasan kepada buku Samuel yang menggambarkan Jonathan dan David dalam keratan ini, tetapi politik perhubungan merupakan tumpuan Hoveden yang utama.)

Sebagai pertukaran untuk bantuan Philip terhadap ayahandanya, Richard berjanji untuk menyerahkan haknya untuk kedua-dua Normandy dan Anjou kepada Philip. Richard memberikan penghormatan kepada Philip pada tahun yang sama. Pada tahun 1189, Richard mencuba merampas takhta England untuk diri sendiri melalui penyertaan ekspedisi Philip terhadap ayahandanya. Pada 4 Julai 1189, angkatan-angkatan tentera Richard dan Philip menewaskan angkatan tentera Henry di Ballans. Dengan persetujuan John, Henry bersetuju untuk menamakan Richard sebagai pewarisnya. Henry II mangkat pada 6 Julai 1189 di Chinon, dan Richard I mewarisi ayahandanya sebagai Raja England, Duke Normandy, dan Count Anjou. Beliau di mahkotai secara rasmi sebagai duke pada 20 Julai, dan sebagai raja Westminster pada 3 September 1189.

[Sunting] Lihat juga

  • Perang Salib dan Kemangkatan Richard I

[Sunting] Nota

  1. Benedict dari Peterborough (attr.), Gesta Henrici II, Jilid 1, m.s. 292
  2. The Annals of Roger of Hoveden, jilid 2, terjemahan oleh Henry T. Riley, London, 1853

[Sunting] Rujukan

  • Ensiklopedia Britannica 1911
  • Roger de Hoveden. Chronica Magistri Rogeri de Houedene, ed. William Stubbs, 4 jilid, (London, 1868-71)
  • Ralph of Diceto, Radulfi de Diceto Decani Lundoniensis Opera Historica, ed. William Stubbs, 2 jilid (London, 1876)
  • Edbury, Peter W. (ed.) The Conquest of Jerusalem and the Third Crusade, 1998, ISBN 1-84014-676-1
  • Gabrieli, Francesco. (ed.) Arab Historians of the Crusades, terjemahan bahasa Inggeris 1969, ISBN 0-520-05224-2
  • Gillingham, John. Richard the Lionheart, 1978, edisi kedua 1989
  • Gillingham, John, Richard Coeur de Lion: Kingship, Chivalry and War in the Twelfth Century, 1994, ISBN 1-85285-084-1
  • Gillingham, John. Richard I, 1999, ISBN 0-300-07912-5
  • Nelson, Janet L. (ed.) Richard Coeur de Lion in History and Myth, 1992, ISBN 0-9513085-6-4
  • Nicholson, Helen J. (ed.) The Chronicle of the Third Crusade: The Itinerarium Peregrinorum et Gesta Regis Ricardi, 1997, ISBN 0-7546-0581-7
  • Runciman, Steven. A History of the Crusades, 1951-54, jilid 2-3.
  • William dari Tyre, sambungan bahasa Perancis untuk Historia rerum in partibus transmarinis gestarum (pautan luar ke teks dalam bahasa Perancis pertengahan)
  • Williams, Patrick A. "The Assassination of Conrad of Montferrat: Another Suspect?", Traditio, jilid XXVI, 1970.

[Sunting] Pautan luar


Didahului oleh:
Henry II
Raja England
11891199
Diwarisi oleh:
John
Duke Normandy
1189–1199
... dengan Henry si Raja yang Muda Count Maine
1189–1199
Count Anjou
1189–1199
Diwarisi oleh:
Arthur
... dengan Eleanor Duke Aquitaine
1189–1199
Diwarisi oleh:
John
v  d  e
                              Raja England
something Alfred • Edward si Lebih Tua • Ælfweard • Athelstan • Edmund I • Edred • Edwy • Edgar I • Edward si Korban • Ethelred • Sweyn I* • Edmund II • Canute* • Harthacanute* • Harold I • Edward si Pengaku • Harold II • Edgar II • William I • William II • Henry I • Stephen • Matilda • Henry II • Richard I • John • Henry III • Edward I • Edward II • Edward III • Richard II • Henry IV • Henry V • Henry VI • Edward IV • Edward V • Richard III • Henry VII • Henry VIII • Edward VI • (Lady Jane Grey) • Mary I • Elizabeth I • James I§ • Charles I§ • Masa selang perintahan • Charles II§ • James II§ • William III§ dan Mary II§ (sebagai raja bersama William & Mary) • William III§ (pemerintahan diri) • Anne§
Flag of England
* juga Raja Denmark • juga Raja Norway • juga Raja Ireland • § juga Raja Scotland • juga Stadtholder Belanda, Zeeland, Utrecht, Gelderland, Overijssel dan Drenthe


Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com