Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Plasma (fizik) - Wikipedia

Plasma (fizik)

From Wikipedia

Lampu plasma yang menampilkan beberapa fenomena plasma yang lebih rumit, termasuk filamentasi.
Besarkan
Lampu plasma yang menampilkan beberapa fenomena plasma yang lebih rumit, termasuk filamentasi.

Dalam fizik dan kimia, plasma biasanya ialah gas terion yang dianggap sebagai satu fasa jirim yang berasingan, dan yang berbeza dengan pepejal, cecair, dan gas, disebabkan sifat-sifatnya yang unik. "Terion" bermaksud bahawa sekurang-kurang sebiji elektron berpisah daripada sesetengah atom-atom atau molekul-molekul. Cas elektrik yang bebas menyebabkan plasma itu menjadi konduktif secara elektrik dan supaya plasma itu dapat bertindak balas dengan kuat terhadap medan-medan elektromagnet.

Keadaan jirim yang keempat ini dikenal pasti di dalam sebatang tiub nyahcas (atau tiub Crookes) dan dinamakan sebagai "jirim sinaran" oleh Sir William Crookes pada tahun 1879. [1] Sifat jirim sinar katod di dalam tiub Crookes kemudian dikenal pasti oleh Sir J.J. Thomson, ahli fizik Inggeris, pada tahun 1897 [2] dan digelarkan "plasma" oleh Irving Langmuir pada tahun 1928 [3], mungkin kerana jirim itu mengingatkannya tentang plasma darah [4]. Langmuir menulis:

"Kecuali dekat elektrod-elektrod di mana terdapat sarung-sarung yang mempunyai amat sedikit elektron, gas terion mengandungi bilangan ion yang hampir sama banyak dengan bilangan elektron dan oleh itu, cas ruangnya adalah amat kecil. Kita akan menggunakan nama plasma untuk menghuraikan kawasan ini yang mengandungi cas ion dan elektron yang seimbang." [5]

Plasma biasanya mengambil bentuk awan-awan seakan-akan gas atau alur-alur ion bercas, tetapi mungkin juga termasuk debu dan butir-butir (dipanggil debu plasma ). [6] Plasma ini biasanya dibentuk dengan memanaskan dan mengionkan sesuatu gas. Elektron-elektron yang dilucutkan daripada atom-atom membolehkan cas-cas positif dan negatif untuk bergerak dengan bebas.

[Sunting] Plasma umum

Plasma merupakan fasa jirim yang paling umum. Sesetengah anggaran menentukan bahawa 99% daripada keseluruhan alam semesta nampak terdiri daripada plasma. [7] Disebabkan ruang di antara bintang-bintang diisi dengan plasma, meskipun dalam keadaan yang amat jarang (lihat medium antara najam dan ruang antara galaksi), namun seluruh isi padu alam semesta pada dasarnya juga terdiri daripada plasma (lihat plasma astrofizik). Di dalam sistem suria, planet Musytari merupakan jirim bukan-plasma yang paling banyak, iaitu hanya kira-kira 0.1% daripada jisim dan 10−15% daripada isi padunya di dalam orbit Pluto. Hannes Alfvén, ahli fizik plasma yang terkenal, juga memperhatikan bahawa disebabkan cas elekrik butiran-butiran yang amat kecil, butiran-butiran itu juga bertindak sebagai ion dan merupakan sebahagian plasma (lihat debu plasma).


Bentuk-bentuk plasma
Plasma Buatan Plasma Daratan Plasma Ruang dan Astrofizik
  • Paparan plasma dan televisyen
  • Lampu pendarfluor (lampu bertenaga rendah), dan papan tanda neon
  • Ekzos roket
  • Kawasan di hadapan perisai haba kapal angkasa lepas ketika masuk semula ke dalam atmosfera
  • Penyelidikan tenaga lakuran
  • Arka elektrik di dalam lampu arka atau arka pengimpal
  • Bebola plasma (kekadang dipanggil sfera plasma atau glob plasma)
  • Plasma yang digunakan untuk menggores lapisan-lapisan dielektrik dalam pengeluaran litar bersepadu
  • Naya api
  • Kilat
  • Kilat bebola
  • Api St. Elmo
  • Pari-pari, orang bunian, jet
  • Ionosfera
  • Aurora kutub
  • Matahari dan bintang-bintang lain (merupakan plasma-plasma yang dipanaskan melalui pelakuran nuklear)
  • Angin suria
  • Medium antara planet
    (ruang di antara planet-planet)
  • Medium antara najam
    (ruang di antara sistem-sistem bintang)
  • Medium antara galaksi
    (ruang di antara galaksi-galaksi)
  • Tiub fluks Io-Musytari
  • Cakera tokokan
  • Nebula antara najam


[Sunting] Lihat juga

Portal:Fizik Fizik
  • Magnetohidrodinamik
  • Parameter plasma
  • Penskrinan medan elektrik
  • Peranti Heliks Besar
  • Senarai ahli fizik plasma
  • Terbitan-terbitan fizik plasma yang penting

[Sunting] Pautan luar


Fasa jirim
Bendalir supergenting | Cecair | Gas | Jirim aneh | Jirim degenerat | Koloid | Kondensasi Bose–Einstein | Kondensasi Fermion | Pepejal | Pepejal amorf | Plasma | Plasma kuark-gluon | Superbendalir | Superpepejal | lebih...
p·b·s
Teknologi Nuklear
Kejuruteraan nuklear Fizik nuklear | Keselamatan nuklear | Nukleus atom | Pelakuran nuklear | Pembelahan nuklear | Reaktor nuklear | Sinaran | Sinaran pengion
Bahan nuklear Bahan api nuklear | Bahan subur | Plutonium | Torium | Uranium | Uranium diperkaya | Uranium sudah habis
Kuasa nuklear Kuasa lakuran | Loji kuasa lakuran inersia | Loji kuasa nuklear | Penjana termoelektrik radioisotop | Perejangan nuklear | Perkembangan tenaga masa depan | Reaktor air bertekanan |

Reaktor air didih | Reaktor air supergenting | Reaktor cepat kamiran | Reaktor dinginan gas cepat | Reaktor dinginan gas canggih | Reaktor dinginan logam cecair | Reaktor dinginan plumbum cepat | Reaktor garam cair | Reaktor generasi IV | Reaktor lapisan kelikir | Reaktor Magnox | Reaktor neutron cepat | Reaktor pembiak cepat | Reaktor suhu amat tinggi | Roket terma nuklear | Sisa radioaktif

Perubatan nuklear Brakiterapi | Radiosurgeri | PET | Terapi proton | Terapi sinaran
Senjata nuklear Kesan-kesan letupan nuklear | Penghantaran senjata nuklear | Pengujian nuklear | Perang nuklear | Percambahan senjata nuklear | Perlumbaan senjata nuklear | Reka bentuk senjata nuklear | Sejarah senjata nuklear | Senarai negara bersenjata nuklear | Senarai ujian nuklear
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com