Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa - Wikipedia

Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa

From Wikipedia

Pengasas ISKCON: A.C. Bhaktivedanta Swami Prabhupada
Besarkan
Pengasas ISKCON: A.C. Bhaktivedanta Swami Prabhupada

Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa (ISKCON), juga dikenali sebagai 'Hare Krishna', ialah sebuah pertubuhan agama Hindu yang ditubuhkan oleh A.C. Bhaktivedanta Swami Prabhupada pada tahun 1966. Sedangkan sesetengah orang mengelaskan taifah ini sebagai sebuah pergerakan agama yang baru, falsafah terasnya berdasarkan kitab-kitab seperti Bhagavad Gita dan Srimad Bhagavatam yang bertarikh beribu-ribu tahun dahulu. Kelihatan gerakan dan budayanya yang tersendiri datangnya daripada tradisi Vaishnavism Gaudiya yang mempunyai pengikut-pengikut di India sejak lewat 1400-an lagi.

ISKCON ditubuhkan untuk menyebarkan amalan 'Yoga Bhakti' (Yoga Pembaktian) di mana pengikut-pengikut (Bhakta) menumpukan pemikiran dan perbuatan mereka untuk menggembirakan Krishna yang diperlihatkan sebagai sama sahaja dengan Tuhan.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Falsafah dan sejarah

Srila Prabhupada menari dengan penganut di Manor Bhaktivedanta, England
Besarkan
Srila Prabhupada menari dengan penganut di Manor Bhaktivedanta, England

Pengikut-pengikut Hare Krishna mempercayai bahawa Krishna ialah asal Lord Vishnu. Mereka menghormati Krishna sebagan bentuk Tuhan yang tertinggi, dan sering merujuk kepadanya sebagai "Personaliti Yang Maha Agung Tuhan" dalam penulisan mereka, iaitu satu frasa yang dicipta oleh Srila Prabhupada dalam buku-bukunya. Pengikut-pengikut menganggap Radha sebagai kaunterpart perempuan bagi Krishna, dan yang dianggap kasih sayang terjelma dalam dirinya. Satu aspek yang penting dalam falsafah mereka ialah roh seseorang ialah identiti peribadi yang kekal dan yang tidak menggabungkan dengan sebarang cahaya tanpa bentuk atau lowong seperti yang disarankan oleh aliran-aliran fikiran monisme (advaita) Hinduisme.

Pengikut-pengikut Hare Krishna mengikut jurai keturunan pengikut Vaisnava Gaudiya, atau Bengali, yang diberikan label am sebagai Vaishnavisme Gaudiya. Vaishnavisme Gaudiya telah memperoleh pengikut-pengikut yang berterusan di India, khususnya di Bengal Barat dan Orissa selama lima ratus tahun yang lepas. Srila Prabhupada mempopularkan Teologi Vaishnava Gaudiya di dunia Barat melalui tulisan dan terjemahannya yang meluas, termasuk Bhagavad Gita, Srimad Bhagavatam (Bhagavata Purana), Chaitanya Charitamrita dan kitab-kitab yang lain. Karya-karyanya kini boleh didapati dalam melebihi enam puluh bahasa dan bertindak sebagai daftar karya ISKCON. Banyak daripada buku-buku ini sekarang boleh didapati dalam talian [1]. Maklumat lanjut mengenai buku-buku, ulasan-ulasan dan pengeluaran boleh didapat di sini.

[Sunting] 'Maha Mantera'

Nama samaran popular untuk pengikut-pengikut "Hare Krishna" bagi gerakan ini datangnya daripada mantera, baik dinyanyi secara kuat, atau disebut berulang-ulang secara lembut dengan menggunakan seuntai manik yang seakan-akan buah rosario dan yang dipanggil Japa mala. Mantera ini yang dikenali sebagai Maha Mantera mengandungi nama-nama Tuhan, iaitu 'Hare', 'Krishna' dan 'Rama'. Pengikut-pengikut mempercayai bahawa getaran bunyi yang dihasilkan oleh pengulangan nama-nama Tuhan beransur-ansur menyebabkan kesedaran Tuhan yang tulen, atau "kesedaran Krishna".

Maha Manteranya adalah seperti berikut:

Hare Krishna Hare Krishna
Krishna Krishna Hare Hare
Hare Rama Hare Rama
Rama Rama Hare Hare

Untk maklumat lanjut, sila lihat rencana: Mantera Hare Krishna.

[Sunting] Tujuh tujuan ISKCON

Ketika Srila Prabhupada memperbadankan ISKCON pada tahun 1966, beliau memberikan tujuh tujuan:

  • Untuk menyebarluaskan secara sistematik pengetahuan rohaniah kepada masyarat pada umumnya, dan untuk mendidik semua orang tentang teknik-teknik kehidupan rohaniah supaya dapat menyekat ketidakseimbangan nilai-nilai hidup dan untuk mencapai perpaduan dan keamanan yang benar di dunia.
  • Untuk menyebarluaskan kesedaran Krishna, seperti yang didedahkan dalam Bhagavad Gita dan Srimad-Bhagavatam.
  • Untuk menghimpunkan ahli-ahli Persatuan supaya bersama-sama dan lebih mendekati Krishna, entiti yang utama, supaya dapat mengembangkan idea di kalangan ahli-ahli dan pada umumnya manusia, bahawa setiap roh ialah sebahagian sifat Tuhan (Krishna).
  • Untuk mengajar dan menggalakkan gerakan sankirtana, nyanyian jemaah nama-nama Tuhan seperti yang didedahkan dalam ajaran Lord Sri Chaitanya Mahaprabhu.
  • Untuk membina bagi ahli-ahli dan pada umumnya untuk masyarakat, satu tempat suci untuk kegiatan transendental yang didedikasikan kepada personaliti Krishna.
  • Untuk menghimpunkan ahli-ahli bagi tujuan mengajar satu cara hidup yang lebih mudah dan lebih bersifat semula jadi.
  • Dengan tujuan untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, untuk menerbitan dan mengedarkan terbitan berkala, majalah, buku, dan tulisan lain.

[Sunting] Empat prinsip pengawal atur

Perayaan jalan Iskcon pada 1970-an
Besarkan
Perayaan jalan Iskcon pada 1970-an

Srila Prabhupada menetapkan empat prinsip pengawal atur sebagai asas untuk kehidupan rohaniah:

  • Tidak boleh makan daging, ikan, atau telur
  • Tidak boleh melakukan persetubuhan haram
  • Tidak boleh berjudi
  • Tidak boleh mabuk (termasuk alkohol, kafeina, dan tembakau).

[Sunting] Penyebaran ajaran

ISKCON adalah aktif dalam evangelisme. Ahli-ahli mencuba untuk menyebarkan kesedaran Krishna melalui berbagai-bagai cara, termasuk menyanyi mantera di tepi jalan atau menjual buku yang ditulis oleh pengasas taifahnya. Menurut doktrin Chaitanya Mahaprabhu, seseorang tidak perlu dilahirkan dalam sebuah keluarga Hindu untuk mengamalkan Vaishnavisme. Keterbukaan ini amat berbeza dengan cabang-cabang Hinduisme yang lain yang menekankan keturunan dan tidak bersifat evangelisme.

Terdapat komuniti-komuniti ISKCON di seluruh dunia yang memiliki sekolah, restoran dan ladang. Banyak kuil ISKCON juga mempunyai rancangan untuk membekalkan makanan untuk orang miskin, umpamanya Makanan untuk Seumur Hidup Sejagat (Food for Life Global). ISKCOn juga membawa kajian akademik Krishna ke dalam bidang akademik barat sebagai Krishnologi.

[Sunting] Pautan luar

[Sunting] Tapak web rasmi

ISKCON:

[Sunting] Tapak web tak rasmi

Akademik

Berita

Buku-buku

Teologi

Masalah penganiayaan kanak-kanak

Wanita dalam ISKCON

Persoalan pewarisan

Pautan lain-lain

Topik-topik Hinduisme
Śruti: Veda · Upanishad · Śrouta
Smriti: Itihasa (Ramayana, Mahabharata, Bhagavad Gita) · Puranas · Sutras · Agama (Tantra, Yantra) · Vedanta
Konsep: Avatar · Atman · Brahman · Kosas · Dharma · Karma · Moksha · Maya · Ishta-deva · Murti · Penjelmaan semula · Samsara · Tattva · Trimurti · Turiya · Guru
Falsafah: Aliran fikiran · Hinduisme awal · Samkhya · Nyaya · Vaisheshika · Yoga · Mimamsa · Vedanta · Tantra · Bhakti · Carvakas
Upacara amal: Jyotish · Ayurveda · Aarti · Bhajan · Darshan · Diksha · Mantera · Puja · Satsang · Stotras · Perkahwinan · Yajna
Guru dan santo: Shankara · Ramanuja · Madhvacharya · Ramakrishna · Vivekananda · Narayana Guru · Aurobindo · Ramana Maharshi · Sivananda · Chinmayananda · Sivaya Subramuniyaswami · Swaminarayan · Prabhupada · Lokenath
Mazhab: Vaishnavisme · Syaivisme · Syaktisme · Smartisme · Gerakan Hindu sezaman
Dewa Hindu: Senarai dewa-dewi Hindu · Mitologi Hindu
Yuga: Yuga Satya · Yuga Treta · Yuga Dvapara · Yuga Kali
Kasta: Brahmin · Kshatriya · Vaishya · Shudra · Dalit
p·b·s




Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com