Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Pasir Puteh - Wikipedia

Pasir Puteh

From Wikipedia

Pasir Puteh merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Bandar terbesar dalam jajahan ini juga mempunyai nama "Pasir Puteh".

Jajahan Pasir Puteh merupakan salah satu daripada enam zon yang dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Jenis-jenis perusahaan kraftangan yang dilakukan oleh mereka adalah seperti kraftangan daripada perak, buluh daun tal, besi, seramik, tembaga, daun nipah, kayu, dan mengkuang.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai hospital sendiri, iaitu Hospital Pasir Puteh yang terletak di Jalan Kota Bharu. Selain itu, jajahan ini mempunyai ibu pejabat polis sendiri, bersama-sama dengan sekurang-kurang empat balai dan dua pondok polis.

Pasir Putih telah ditonjolkan dalam akhbar-akhbar Malaysia pada 20 Mac 2004 ketika Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Pasir Puteh terhadap Harakah, alat sebaran Parti Islam Se-Malaysia, disebabkan sebuah makalah yang bertajuk "Undi PAS Pasti Masuk Syurga" dalam edisi khas untuk Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-11.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Tempat persiaran

Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai "Pantai Dalam Rhu", terletak di jajahan Pasir Puteh, dekat Semerak, kira-kira 50 kilometer daripada Kota Bharu. Pantai ini yang mengandungi pokok-pokok ru adalah sesuai untuk perkelahan keluarga. Kemudahan luncur angin juga disediakan di tempat persiaran ini.

Air terjun Jeram Pasu yang merupakan air terjun Kelantan yang paling popular terletak di Kampung Padang Pak Amat, lebih kurang 35 kilometer dari selatan Kota Bharu.Air terjun Jeram Linang yang terletak di Kampung Gaal juga tidak kurang istimewanya. Pihak berkuasa telah menyediakan kemudahan untuk pelancong-pelancong dan orang-orang tempatan berkelah serta khemah-khemah untuk bermalam.

[Sunting] Tokoh tempatan

Salah satu tokoh jajahan Pasir Puteh ialah Muhammad Hasan yang juga dikenali sebagai To' Janggut disebabkan janggutnya yang panjang dan putih. Seorang petani dan pedagang padi, beliau mengetuai pemberontakan tani di Tanah Melayu pada tahun 1915 terhadap pemerintahan penjajah British yang bermula pada tahun 1909.

Antara kesan-kesan pemerintahan penjajah adalah kehilangan kuasa ketua-ketua daerah dan pengenalan bentuk-bentuk pencukaian tanah yang tidak dialu-alukan. Sebagai bekas pengikut ketua Pasir Putih, To' Janggut dijejaskan oleh kedua-dua langkah ini. Pada April 1915, beliau mengetuai pemulauan cukai dan kemudian pemberontakan bersenjaga yang terdiri daripada hampir 2,000 orang petani semata-mata untuk mengusir pihak British. Askar-askar British dari Singapura dibawa masuk untuk mematahkan pemberontakan ini yang berlangsung selama sebulan. To' Janggut terbunuh dalam serangan terakhir kubunya, dan nama beliau masih hidup sebagai pahlawan awal terhadap perjuangan bertentang penjajahan British.

[Sunting] Sekolah

  • Sekolah Menengah Kamil
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ismail
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut
  • Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
  • Sekolah Menengah Ugama (Arab) Saniah
  • Sekolah Rendah Kamil (1)
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Kamil (2)
  • Sekolah Kebangsaan Kamil (3)
  • Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Laki-Laki)
  • Sekolah Kebangsaan Paris Puteh (Perempuan)
  • Sekolah Jenis Keb. (C) Kai Chih

[Sunting] Rujukan

[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com