Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Negeri-negeri Selat - Wikipedia

Negeri-negeri Selat

From Wikipedia

Sejarah Malaysia
Sebahagian dari siri Sejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia (40,000-2,000 SM)
Gangga Negara (abad ke-2-11)
Langkasuka (abad ke-2-14)
Pan Pan (abad ke-3-5)
Srivijaya (abad ke-3 -1400)
Kedah Tua (1136 -???)
Majapahit (1293-1500)
Kesultanan Melaka (1402-1511)
Kesultanan Johor (1528-kini)
Perang Saudara Jementah (1879)
Raja Putih (1841-1946)
British Malaya (1874-1946)
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri2 Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri2 Melayu Tak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Borneo Utara (1882-1963)
Penentangan Mat Salleh (1896-1900)
Perang Dunia II (1941-1945)
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai² di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Hari Kemerdekaan (1957)
Persekutuan Malaysia (1963-kini)
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Penyingkiran Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Operasi Lalang (1987)
Krisis perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
[sunting]

Penempatan Selat koloni diraja Britain diwujudkan pada 1826. Negeri-negeri Selat ini terdiri dari negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Ketiga-tiga negeri ini dahulunya di bawah jajahan takluk British.

Selepas Perjanjian Inggeris-belanda 1824, Pulau pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen. Pada tahun 1826, ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan bagi membentuk Negeri-negeri Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan perbelanjaan pentadbiran. Pemindahan pentadbiran ke London kerana Syarikat Hindi Timur India (SHTI) di India tidak mengambil berat kebajikan Negeri-Negeri Selat, desakan saudagar-saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasar Pejabat Tanah Jajahan British di India, cadangan Syarikat Hindi Timur India untuk menghapus taraf pelabuhan bebas Singapura mengancam kemajuan perdagangan, kemasukan pendatang China secara tidak terkawal menyebabkan berlaku kekacauan akibat penubuhan kongsi gelap dan penduduk membantah tindakan Pejabat Tanah Jajahan British di India yang menjadikan Singapura sebagai tempat pembuangan banduan dari India.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Pendahuluan

Negeri-negeri Selat atau juga dikenali sebagai Kawasan Penempatan Selat merupakan gabungan dari kawasan - kawasan yang dimiliki oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Asia Tenggara, yang mana telah diberi Pemerintahan Kolektif pada tahun 1826 sebagai Koloni Mahkota yang juga diberi kepada protectorates iaitu merujuk kepada "native princely states" yang meliputi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Awalnya, Negeri-negeri Selat ini merangkumi Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Pulau Prince of Wales, Singapura, Kepulauan dan Jajahan Dindings, Seberang Perai yang juga dikenali sebagai Province Wellesley dan Melaka.


[Sunting] Sejarah dan Pentadbiran

Penubuhan Negeri-negeri Selat adalah melalui Perjanjian Inggeris - Belanda pada tahun 1824 diantara United Kingdom dan Belanda, yang menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada Kawasan Jajahan British di bahagian utara dan Kawasan Jajahan Belanda di bahagian Selatan. Sebagai balasan, kawasan penempatan British di Bencoolen (Bangkahulu di Sumatera) diserahkan kepada Belanda dan Koloni Belanda di Melaka diserahkan kepada British serta Belanda tidak akan menuntut haknya ke atas Singapura. Pusat Pentadbiran Negeri - Negeri Selat telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura pada tahun 1832.

Pada tahun 1867, Negeri - Negeri Selat telah dijadikan sebagai Koloni Mahkota British yang mana pusat pentadbirannya telah dipindahkan dari Calcutta ke Pejabat Tanah Jajahan di London pada 1 April. Pada 4 Februari "Letters Patent" telah diberikan kepada penempatan sebagai Perlembagaan Koloni. Bagi memberi kuasa yang lebih kepada Gabenor Negeri - Negeri Selat yang mentadbir Koloni Negeri - Negeri Selat, sebuah badan telah ditubuhkan bagi membantu Gabenor iaitu Majlis Eksekutif Negeri - Negeri Selat yang mengandungi keseluruhan ahli - ahli majlis rasmi (i.e. ex officio), dan sebuah Badan Perundangan yang mengandungi ahli - ahli rasmi dan ahli - ahli yang dipilih. Jentera Pentadbiran bagi Koloni Negeri - Negeri Selat dan Negeri - Negeri Melayu Bersekutu telah dilaksanakan oleh Perkhidmatan Awam yang mana anggotanya telah dilatihkan dengan peperiksaan atau ujian yang kompetitif yang dilaksanakan setiap tahun di London. Pulau Pinang dan Melaka ditadbir secara langsung dari Gabenor dan Konsulat Residen.


[Sunting] Jajahan Dindings dan Seberang Perai

Jajahan Dindings yang merangkumi beberapa pulau berhampiran dengan muara Sungai Perak dan sebahagian kawasan yang bersambungan dengan tanah besar Perak telah diserahkan kepada British melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Walaubagaimanapun, Jajahan Dindings telah dikembalikan oleh British kepada Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1937 kerana sukar untuk ditadbir secara langsung dari Pulau Pinang selain kelemahan dari segi politik dan kewangan.

Seberang Perai (dahulunya dikenali sebagai Province Wellesley), terletak di Tanah Besar Semenanjung Malaysia dan berhampiran dengan Pulau Pinang telah diserahkan kepada United Kingdom oleh Sultan Kedah pada masa itu iaitu Sultan Muhammad Jiwa selepas kekalahan Angkatan Perang Kedah di dalam peperangan untuk merampas kembali Pulau Pinang oleh British pada tahun 1798 dan bersempadanan dengan Utara dan Barat Perak. Sempadan dengan Kedah telah dipersetujui oleh British melalui Perjanjian ditandatangai oleh British dengan Siam kerana pada ketika itu Kedah adalah dibawah naungan Siam. Kawasan ini ditadbir oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh beberapa orang pembantu yang berhubung dengan Penasihat British di Pulau Pinang.

[Sunting] Rujukan

  • Straits Settlements Blue Book, rpo (Singapore, 1907)
  • Straits Directory, 1908 (Singapore, 1908)
  • Journal of the Straits branch of the Royal Asiatic Society (Singapore)
  • Sir Frederick Weld and Sir William Maxwell, severally, on the Straits Settlements in the Journal of the Royal Colonial Institute (London, 1884 and 1892)
  • Henry Norman, The Far East (London, 1894)
  • Alleyne Ireland, The Far Eastern Tropics (London, 1904); Sir Frank Swettenhnrn, British Malaya (London, 1906)
  • The Life of Sir Stamford Raffles (London, 1856, 1898). (H. Cl,.)

[Sunting] Lihat juga

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com