Negeri-Negeri Melayu
From Wikipedia
Negeri-negeri Melayu adalah sekumpulan sembilan buah negeri di Malaysia (semuanya terletak di Semenanjung Malaysia) yang mengamalkan dasar pewarisan. Pemerintah-pemerintah ini kebanyakkan menggunakan gelaran "sultan" kecuali Perlis (Raja) dan Negeri Sembilan (Yang di-Pertuan Besar). Mereka semua ialah ketua bagi negeri masing-masing dan mempraktikkan dasar raja berperlembagaan. Kesemua mereka melantik Yang di-Pertuan Agong di kalangan mereka sendiri.
[Sunting] Asal negeri Melayu
Sebelum tercadangnya Malayan Union pada tahun 1946 ataupun lebih tepat lagi sebelum Perang Dunia II, negeri-negeri Melayu ini terbahagi kepada dua, iaitu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang berada dinasihat oleh Residen British. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah Perak, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan, manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pula terdiri daripada Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Johor.
Walaupun Pulau Pinang dan Melaka tidak mempunyai sultan tersendiri, mereka tetap dianggap sebagai sebahagian daripada negeri-negeri Melayu. Negeri-negeri ini termasuk Sabah dan Sarawak yang diketuai oleh seorang Yang di-Pertua Negeri.
[Sunting] Negeri-negeri Melayu di luar Malaysia
Selain daripada negeri-negeri Melayu di Malaysia, terdapat wilayah-wilayah di negara-negara lain yang dianggap sebagai Negeri Melayu. Antaranya ialah wilayah-wilayah di selatan Thailand seperti Wilayah Pattani, Wilayah Yala, dan Wilayah Narathiwat, Singapura (pada asalnya dimonopoli oleh orang Melayu sebelum kedatangan British), Brunei, wilayah di Indonesia (juga boleh dianggap sebahagian daripada negeri-negeri Melayu), dan selatan Filipina (Mindanao).