Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Masjid Sultan - Wikipedia

Masjid Sultan

From Wikipedia

Masjid Sultan di Jalan Muscat di Kampung Glam
Besarkan
Masjid Sultan di Jalan Muscat di Kampung Glam

Masjid Sultan ialah sebuah masjid di Singapura dan terletak di kawasan Kampung Glam. Ia merupakan sebuah masjid yang terpenting di negara itu.

[Sunting] Sejarah

Apabila Singapura diserahkan kepada British pada 1819, penguasa pulau tersebut, Temenggong Abdul Rahman dan Sultan Hussain Shah dari Johor, mendapat pampasan wang dari British untuk membolehkan mereka memerintah Singapura. Mereka juga diberi gaji tahunan dan juga hak untuk medirikan tempat tinggal di Kampung Glam.

Kawasan di sekeliling Kampung Glam telah diperuntukkan oleh British untuk orang Melayu dan mereka yang beragama Islam. Di sini, Sultan Hussain telah membina istana beliau dan telah membawa kaum kerabatnya dari Kepulauan Riau untuk mendiaminya. Para pengikut Sultan dan Temenggong, yang kebanyakkan berasal dari Riau, Melaka dan Sumatra, juga dibawa untuk tinggal di sana.

Sultan Hussain mempunyai hasrat untuk membina sebuah masjid yang setaraf dengan statusnya. Beliau membina sebuah masjid di sebelah istananya dari 1824 ke 1826 dan mendapat dana dari Kompeni Hindia Timur Inggeris. Masjid yang asal merupakan sebuah bangunan berbumbung piramid berbaris dua dan merupakan senibina yang lumrah pada masa itu.

Masjid ini pada mulanya ditadbir oleh cucu Sultan, iaitu Alauddin Shah hingga 1879. Pada 1914, kerajaan tempatan telah memanjangkan jangka masa sewa untuk tanah yang didiami masjid tersebut ke 999 tahun. Sebuah lembaga pemegang amanah didirikan untuk menjaga hal-ehwal masjid.

Singapura, pada awal 1900an telah menjadi pusat perdagangan Islam dan telah menarik ramai pedagang untuk bermastautin di Kampong Glam. Oleh kerana masjid ini tidak dapat menampung bilangan jemaah Islam yang meningkat dan juga telah menjadi usang, lembaga pemegang amanah Masjid Sultan memutuskan untuk membina sebuah bangunan masjid yang lebih besar pada 1924.

Arkitek Denis Santry dari firma Swan and Maclaren yang dilantik untuk kerja pembinaan ini, telah dalam perancangan senibinanya, mengambil idea dari masjid-masjid ala Indo-Arab serta menggabungkan bentuk menara dan birai. Pembinaan masjid ini memakan masa empat tahun dan siap pada tahun 1928.

Rekabentuk Masjid Sultan tidak berubah sejak ia dibina semula pada 1924, dengan hanya proses pembaikan dijalankan kepada dewan utama pada tahun 1960an dan juga pembinaan sebuah bangunan tambahan pada 1993. Masjid ini telah diisytiharkan oleh kerajaan Singapura sebagai sebuah monumen kebangsaan pada 14 Mac 1975.

Kini, Masjid Sultan milik Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

[Sunting] Rujukan

  • Laman atau karya ini dalam bahasa Inggeris National Heritage Board (2002), Singapore's 100 Historic Places, Archipelago Press, ISBN 9814068233
Lihat galeri mengenai: Masjid Sultan di Wikimedia Commons.

[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com