Kampung Glam
From Wikipedia
Kampung Glam atau nama asalnya "Kampung Gelam" terletak di Singapura, menjadi penempatan awal masyarakat Bugis dan Jawa dari Indonesia.
Kampung Glam mendapat nama sempena nama ‘Pokok Gelam’ yang terdapat diseluruh Singapura hingga kini .
Terdapat pelbagai lokasi menarik di sini. Masjid Sultan, Istana Kampung Glam, Taman Warisan Melayu dan perkampungan tradisional Melayu Kampung Glam antara lokasi menarik yang menyimpan 1,000 rahsia khazanah sejarah awal pembentukan Singapura.
Semua tempat ini, yang dibina ketika zaman pemerintahan British, dibaik pulih dan diselenggara dengan baik oleh kerajaan Singapura dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Singapura (STB) selepas dikenalpasti dapat menjadi produk pelancongan.
[Sunting] Makanan
Restoran Tepak Sireh, Tambuah Mas Indonesi dan Hajah Maimunah menjadi pilihan ramai berikutan tiga restoran ini mampu memenuhi cita rasa pelanggan, selain seni bina dan hiasan dalaman premis restoran itu yang antik memberi mood sesuai dengan tema hidangan. Hidangan Jawa, Bugis dan Nyonya ada disediakan.
Restoran Tambuah Mas terkenal dengan hidangan istimewa kari kepala ikan, asam pedas dan tauhu telur, manakala Restoran Hajah Maimunah pula popular dengan masakan rumah seperti siput sedut, ayam kailasan, ikan pari bakar dan urap-urap.
Restoran Tepak Sireh yang pada awalnya dikenali sebagai Gedung Kuning sebenarnya tempat tinggal Bendahara Singapura pada zaman pemerintahan British dikenali sebagai Haji Yusof Tali Pinggang sehingga 1950.
Restoran Tepak Sireh bukan sekadar menjadi tempat orang ramai dan tetamu khas yang bertandang ke majlis perkahwinan bersantap, malah muzium khas yang mempamerkan sejarah dan latar belakang pemilik restoran itu.
Hidangan istimewa seperti nasi tumpang, nasi kuning, nasi rawan dan sayur lodeh.