Kasimov
From Wikipedia
Kasimov (bahasa Tatar: Qasím, dahulunya: Xankirmän, Gorodets Meschorsky, Novy Nizovoy) adalah sebuah bandar Russia yang terletaknya di tebing kiri Sungai Oka di Ryazan Oblast, Daerah Kasimovsky.
Penduduk-penduduk pertama di kawasan ini merupakan puak Finnic yang dikenali sebagai "Meschiora", kemudiannya diserap oleh Russia dan Tatar.
Bandar ini didirikan pada tahun 1152 oleh pemerintah Yury Dolgoruky, Vladimir-Suzdal sebagai Grodets, kemudiannya Gorodets Meschyorskiy. Pada tahun 1376 bandar ini dimusnahkan sama sekali oleh pencerobohan Mongol di Russia, tetapi kemudiannya dibina semula sebagai bandar Novy Nizovoy (New Low-lying. Selepas pertempuran Suzdal pada tahun 1445.
Great Duke Vasili II dipenjarakan, dan tanah Meschiora diserahkan kepada Olug Moxammat, Khan Kazan Khanate sebagai tebusan nyawa Duke. Pada tahun 1452, Duke Agung Vasili II dari Muscovy menyerahkan bandar ini kepada Kazan putera, Qasim Khan, yang berkhidmat sebagai inspektor ufti kepada kerajaan kecil Big Horde, tetapi kemudiannya berkhidmat pada Russia. Menurut cerita lain, Qasim dan adiknya lari dari Kazan selepas gagal mendapatkan takhta daripada Maxmud (Mäxmüd), abang mereka. Selepas 1471, bandar ini dikenali sebagai bandar Qasím. Ia kekal sebagai ibu kota Qasim Khanate sehingga 1681 apabila khanate diserap kedalam Russia.
Sekumpulan Tatars mendudukinya semula pada abad ke 15 dan kini dikenali sebagai Tatars Qasim. Mereka bertutur dialek Mishar, bercampur dengan dialek Tatar Pusat dari bahasa Tatar.
Selepas abad ke 13 Kasimov menjadi salah satu pusat Islam di kawasan ini. Ia dimasukkan kedalam bahagian Mishar Yort dari Golden Horde.
Pada abad ke 17, bandar ini dibahagi 3 bahagian:
- Bandar Lama (bahasa Russia: Старый Посад, Tatar: İske Bistä) dan bandar Tatar (Russian: Татарская слобода, Tatar: Tatar Bistäse) diselia oleh khan dari Qasim Khanate dan bangsawan Tatar;
- Bandar Yamskoy (Russian: Ямская слобода) oleh orang Russia biasa, diselia oleh Moscow;
- Bandar Marfin (bahasa Russia: Марфина слобода, Tatar: Marfin Bistäse) – sebahagian dari bandar, diselia oleh Kasimov voyevodas – govenor Russia.
Populasi:
Penutur Tatar di Kasimov:
Bangunan bersejarah:
- Masjid batu (1467)
- Mausoleum Shahgali (Şahğäli) Khan (1555)
- Mausoleum Afghan Moxammad (Äfğan Möxämmäd) Khan (1658)
- Gereja Russian Orthodox:
- Gereja Epiphany (Russian: Богоявленская церковь) 17th century;
- Gereja St. Nicholas (Russian: Никольская церковь) 17th century;
- Gereja Trinity (Russian: Троицкая церковь) 17th century;
- Kathedral Ascension (Russian: Вознесенский собор) abad ke 19;
[Sunting] Pautan
- Tapak web bandar ini dalam bahasa Russia (maklumat, peta, gambar, forum)
- Gambar bandar
Templat:TES-in
This article incorporates text from Brokgaus-Efron Encyclopedia