Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Kapal tempur poket Jerman Admiral Graf Spee - Wikipedia

Kapal tempur poket Jerman Admiral Graf Spee

From Wikipedia

Admiral Graf Spee
Career Kriegsmarine Jack
Ditempah:
Mula dibina: October 1, 1932
Dilancarkan: June 30, 1934
Di tauliah: January 6, 1936
Nasib: Ditenggelamkan 17 Disember 1939
Ciri-ciri umum
Sesaran: 12,100 t standard; 16,200 t full load
Panjang: 186 m (610 kaki)
Dalam: 21.6 m (71 kaki)
Draft (max.): 7.4 m (24 kaki)
Persenjataan: Enam meriam 11 inci (280 mm) dalam dua turret tiga laras,
lapan meriam 5.9 inci (150 mm),
enam meriam 150 mm
lapan meriam anti pesawat 37 mm
sepuluh meriam anti-pesawat 20 mm
lapan tiub torpedo 21 inci (530 mm) dalam empat pelancar berkembar
Kadar tembakan: 28 cm guns: 2.5 round/min each
15 cm guns: 6 to 8 round/min each
Jarak meriam: 28 cm guns at 40 deg; (armor-piercing shells): 36,475 m
Estimated gun life: 28 cm guns: about 340 rounds; 15 cm guns: about 1,100 rounds
Munitions supply: 28 cm guns: 105 to 120 rounds per gun
Armor: turret face: (160 mm)
belt: (80 mm)
deck: 40 mm)
Aircraft: Two Arado 196 seaplanes, one catapult
Propulsion: Eight 9-cylinder double-acting two-stroke MAN diesels
two screws, 52,050 hp (40 MW)
Speed: 28.5 knots (53 km/h)
Range: 8,900 nautical miles at 20 knots (16,500 km at 37 km/h)
or 19,000 nautical miles at 10 knots (35,000 km at 18.5 km/h)
Crew: 1,150

Admiral Graf Spee merupakan Kruiser Berat, yang pada asalnya dikelaskan sebagai Panzerschiff, yang berkhidmat dengan Kriegsmarine Jerman sebelum dan semasa Perang Dunia II. Memandangkan perbandingan artileri beratnya iaitu meriam 28 cm (11 inci), ia dan dua kapal seumpamanya, Deutschland (kemudiannya dinamakan Lützow) dan Admiral Scheer, sering kali dirujuk sebagai kapal tempur poket oleh British.

Admiral Graf Spee dilancarkan pada 1934 dan dinamakan selepas Perang Dunia I Admiral Graf Maximilian von Spee yang meninggal, bersama dua dari anak lelakinya, dalam Pertempuran Kepulauan Falkland pertama pada 8 Disember 1914. Dia merupakan kapal kedua yang dinamakan sempena namanya, yang pertama merupakan kruiser tempur Jerman Perang Dunia I yang tidak disiapkan SMS Graf Spee.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Gambaran

Selepas ditauliahkan pada 1936, Admiral Graf Spee berkhidmat sebagai kapal pemerintah (flagship) sehingga 1938, dan bertugas sebagai pengawal marin antarabangsa di persisiran Sepanyol semasa Perang Saudara Sepanyol. Sebelum ipenjajahan Poland rancangan dibuat bagi menggunakan Panzerschiffe bagi menyerbu (raider) di Atlantic Ocean. Admiral Graf Spee berlayar dari Wilhelmshaven pada 21 Ogos 1939, dalam misi untuk bertindak sebagai satu penyerbu di Atlantik Selatan. Disokong oleh kapal bekalannya, kapal tangki Altmark, arahannya adalah untuk menenggelamkan kapal perdagangan British tetapi mengelakkan dari bertempur dengan angkatan musuh yang kuat, oleh itu mengancam laluan bekalan pihak Bersekutu yang penting dan menarik unit-unit tentera laut British dari stesen mereka di bahagian lain di dunia.

Kapal kruiser Admiral Graf Spee dengan kapal ditenggelamkan
Besarkan
Kapal kruiser Admiral Graf Spee dengan kapal ditenggelamkan
Imej:GrafSpee1.jpg
Admiral Graf Spee

Mulai September sehingga Disember 1939 Admiral Graf Spee menengelamkan sembilan buah kapal dagangan di Atlantik Selatan dan Lautan India, yang pertama pada 30 September 1939. Kapten Langsdorff dengan patuh dengan tegas kepada peraturan peperangan perdagangan pada masa itu dan menyelamatkan kesemua anak kapal ini; tidak satu nyawa telah hilang dalam penengelaman ini. Anak kapal yang ditawan ini dipindahkan ke kapal tangki Altmark. Kemudian, 303 orang anak kapal telah dibebaskan dengan kekerasan di perairan jajahan Norway yang berkecuali oleh kapal pembinasa the British HMS Cossack (Kejadian Altmark).

[Sunting] Pertempuran Sungai Plate

Lihat rencana utama: Pertempuran Sungai Plate

British membentuk tujuh pasukan pemburu di Atlantik dan satu di Lautan Indian bagi menjejak Admiral Graf Spee, sejumlah tiga kapal tempur, dua kruiser tempur, empat kapal induk, dan 16 kruiser (termasuk beberapa kapal Perancis). Lebih banyak kumpulan pemburu dibentuk kemudiannya.

Pada 13 Disember 1939, Admiral Graf Spee dikesan oleh Kumpulan Pemburuan G British, terdiri daripada penjajap HMS Exeter dengan meriam 8 inci (203 mm) dan penjajap ringan HMS Ajax dengan meriam 6 inci (152 mm) dan HMS Achilles, dengan itu memulakan Pertempuran Sungai Plate. Selepas menerima kerosakan yang kelihatannya teruk, tetapi sebenarnya hanyalah ringan sahaja Admiral Graf Spee memasuki pelabuhan berkecuali Montevideo, Uruguay, untuk pembaikian. Pada waktu ini, anak kapal yang mati dikebumikan di tanah perkuburan Montevideo. Di upacara pengkebumian, kapten Hans Langsdorff menggunakan tabik tentera laut, manakala disekelilingnya orang lain menggunakan tabik hormat Nazi. Satu muslihat oleh pihak Inggeris membuat kapten berfikir bahawa beliau adalah kalah dari segi bilangan, dengan satu angkatan kapal induk dan kapal tempurdalam perjalanan (sebenarnya, tidak satupun kapal tambahan mampu tiba pada masa yang terhad), dan jalan untuk meloloskan dirinya telah disekat. Pada 17 Disember 1939, dengan penjajap British Ajax, Achilles, dan Cumberland menunggu di perairan antarabangsa di luar muara Río de la Plata, Admiral Graf Spee belayar keluar jauh sedikit dari pelabuhan dan ditenggelamkan oleh anak kapalnya sendiri bagi mengelakkan risiko kematian pada anak kapal dalam apa yang dianggapnya pertempuran yang sia-sia. Kapten Langsdorff membunuh diri tiga hari kemudian dengan menembak dirinya sendiri.

[Sunting] Salvage

Pada 1997, salah satu daripada tapak meriam kedua 15 cm Admiral Graf Spee diangkat dan dibaik pulih; ia kini boleh dilihat di luar Muzium Laut Kebangsaan Montevideo (Montevideo's National Maritime Museum).

Pada Februari 2004 satu operasi mengambil kembali bangkai kapal Laksamana Graf Spee dimulakan. Operasi ini dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan Uruguay, sebahagiannya oleh sektor swasta, kerana bangkai kapal itu kini mengancam pelayaran kapal. Seksyen utama pertama, stesen kawalan meriam seberat 27-tan, dibawa naik pada 25 Februari 2004. Ia dijangkakan mengambil masa beberapa tahun untuk menaikan keseluruhan bangkai kapal tersebut. Pengarah filem James Cameron merakamkan operasi penyelamat itu. Selepas ia dinaikkan, ianya dirancang agar kapal tersebut dipulihkan dan dipamerkan di Muzium Laut Kebangsaan Montevideo.

Ramai veteran Jerman tidak bersetuju dengan cubaan pemulihan ini, kerana mereka merasakan bahawa bangkai kapal tersebut sebagai kubur perang dan monumen bersejarah bawah air yang perlu dihormati. Salah seorang daripada mereka Hans Eupel, bekas pakar mekanik torpedo, bersuai 87 tahun pada 2005, menambah "ini adalah kegilaan, terlalu mahal, dan tidak masuk akal. Ia juga berbahaya, kerana satu daripada caj bahan letupan yang diletakkan tidak meletup.

[Sunting] Pegawai Pemerintah

  • Kapitän zur See Konrad Patzig: Januari 1936 - Oktober 1937
  • Kapitän zur See Walter Warzecha: Oktober 1937 - Oktober 1938
  • Kapitän zur See Hans Langsdorff: Oktober 1938 - 17 Disember 1939

[Sunting] Rujukan

I Was Graf Spee's Prisoner (1940), 1940 Cherry Tree paperback edition. 143 pages
Besarkan
I Was Graf Spee's Prisoner (1940), 1940 Cherry Tree paperback edition. 143 pages
  • Captain Patrick Dove, I Was Graf Spee's Prisoner (Cherry Tree Books, London & Manchester, 1940)
  • Siegfried Breyer, Battleships and Battlecruisers 1905-1970 (Doubleday and Company; Garden City, New York, 1973) (originally published in German as Schlachtschiffe und Schlachtkreuzer 1905-1970, J.F. Lehmanns, Verlag, Munchen, 1970). Contains various line drawings of the ship as designed and as built.
  • Jak P. Malmann Showell, The German Navy in World War Two (Naval Institute Press, Annapolis, 1979), ISBN 0-87021-933-2
  • Dudley Pope, The Battle of the River Plate (William Kimber & Co, 1956; Republished Pan Books 1974), ISBN 0 330 24020

[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com