Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Juan Peron - Wikipedia

Juan Peron

From Wikipedia

Juan Domingo Perón (1895-1974), merupakan presiden Argentina pada 1946-1955 dan 1973-1974. Beliau adalah tokoh Amerika Latin yang terkemuka pada abad ke-20, dan telah membawa banyak perubahan penting dalam arena politik negaranya.

Juan Perón yang menyandang jawatan Presiden selama tiga penggal
Besarkan
Juan Perón yang menyandang jawatan Presiden selama tiga penggal


Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah Awal

Dilahirkan di Lobos, Buenos Aires, Perón melanjutkan pelajarannya di Colegio Militar iaitu sebuah akademi tentera dari 1911 ke 1913 dan Escuela Superior de Guerra dari 1926 ke 1929. Pada tahun 1930 dia menyertai pemberontakan tentera menentang Presiden Hipólito Irigoyen dan menjadi setiausaha sulit menteri pertahanan antara 1930 dan 1935. Kemudian, beliau berpeluang mengajar di kolej lamanya di Escuela Superior de Guerra, bertugas sebagai attaché tentera di Chile selama setahun, menulis lima buah buku mengenai sejarah militari, dan mengunjungi Itali untuk mempelajari kaedah militari di pergunungan Alpine.

Sebaik sahaja pulang ke Argentina pada 1941, Perón bersama beberapa pegawai yang lain telah melancarkan rampasan kuasa atau "coup d'état" pada Jun 1943. Beliau kemudiannya mengambilalih kementerian buruh dan menukar gerakan buruh dengan cara melemahkan pengaruh parti bersayap kiri di sana. Beliau juga telah menguatkuasakan undang-undang buruh yang baru serta melancarkan persatuan buruh yang baru. Perón telah dilantik sebagai naib-Presiden dan juga menteri pertahanan pada 1944. Apabila kuasanya semakin meningkat, penentangan terhadapnya semakin berleluasa terutamanya dari pihak tentera. Pada 9 Oktober, 1945, beliau dipaksa meletak semua jawatannya dan telah dipenjarakan. Dalam waktu yang singkat, perletakan jawatan Perón's telah mencetuskan krisis kerajaan dan ianya diselesaikan pada 17 Oktober, bila penyokong dari golongan buruh telah berjaya melancarkan satu revolusi yang terancang dan membebaskannya dari penjara. Empat hari kemudian beliau berkahwin dengan wanita simpanannya, Mariá Eva Duarte, yang dikenali ramai sebagai Evita (lihat Eva Perón).

[Sunting] Bangkitnya kumpulan Perónistas

Pada 1945 telah bangkit suatu gerakan politik baru yang dipanggil Perónistas, yang mendapat sokongan padu dari pihak ditindas iaitu pekerja-pekerja dari sektor pertanian dan industri. Kumpulan tersebut menyokong Perón dicalonkan dan dipilih sebagai Presiden. Pihak Peronistas berkempen bersama ahli kelas pekerja, yang dikenali sebagai descamisados (Sepanyol untuk “mereka yang tak berbaju"), bermakna mereka tidak memakai baju kot seperti golongan kelas pertengahan.Perón's juga telah mengasaskan parti yang dikenali sebagai Partido Justicialista atau Parti Keadilan dan Sosial. Sehingga kehari ini parti tersebut telah menjadi parti politik yang penting di Argentina dan ahlinya telah berkempen keras untuk beliau. Hasilnya, pilihan raya yang diadakan pada Februari 1946, telah memihak kepada Perón dan beliau memperolehi 56% undi.

[Sunting] Era Perónisme

Sebagai presiden, beliau telah berusaha kearah pro-buruh, pengindustrian negara, polisi pro- nasionalisme, dibantu oleh isteri keduanya Evita, yang telah menjadi pengaruh informal dalam polisi kerajaannya. Dasar-dasar ini telah diberi nama Perónisme, iaitu satu ideologi yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin lain di Argentina dan juga negara-negara membangun lain seperti Malaysia. Dalam melaksanakan program pro-nasionalismenya, beliau telah membeli balik syarikat-syarikat milik asing dari pihak-pihak seperti British dan Amerika. Beliau dianggap sebagai agen pembaharuan di negara ini kerana mengalih tumpuan ekonomi dari pertanian ke sektor perindustrian. Perón juga terkenal kerana memberi hak mengundi kepada golongan wanita. Namun, beliau dikecam hebat kerana beberapa tindakannya yang tidak beretika. Antara lain, beliau telah meminda perlembagaan negara supaya beliau boleh dipilih semula sebagai Presiden dan membuang para hakim yang menentangnya. Oleh itu, pada awal 1950an beliau telah dipilih semula sebagai Presiden untuk kedua kalinya. Disamping itu beliau mengekalkan kuasanya dengan mengamalkan sistem autoritarian di negara ini.

[Sunting] Kejatuhan regim Perón

Kematian isterinya yang tersayang pada 1953 telah memberi impak kepada beliau. Evita merupakan penasihat serta pengaruh yang penting dalam kehidupannya. Beliau mula membuat beberapa kesilapan dalam kerjayanya. Satu kesilapan yang utama ialah memberi hak kepada Standard Oil (atau sekarang dikenali sebagai ESSO) sebuah syarikat dari Amerika Syarikat untuk mengekploitasikan petroliam di Argentina. Disamping itu, beliau telah menjarakkan dirinya dari penyokongnya yang paling setia, iaitu golongan buruh. Oleh itu pada 1955 satu kumpulan militan telah menjatuhkannya dan beliau terpaksa melarikan diri ke Paraguay. Sewaktu di sana, beliau berjumpa dengan penari kelab malam yang jelita bernama Isabel Martínez dan berkahwin dengannya pada 1961. Walaupun Perón berada dalam buangan, ideologinya masih hidup di Argentina. Kerajaan-kerajaan tentera selepasnya gagal membawa sebarang perubahan dan kumpulan Perónista masih berpengaruh diarena politik negara.

[Sunting] Mandat Ketiga 1973 - 1974

Pada 1973, iaitu pada usia lebih 70 tahun, Perón telah dipilih semula sebagai Presiden Argentina. Dalam satu strategi politik, beliau menamakan isterinya, Isabel Martínez de Perón, sebagai naib-Presiden. Beliau meninggal dunia sewaktu menjadi presiden setahun kemudian dan digantikan oleh isterinya Isabel.

Mandat Pertama dan Kedua 1946 - 1955
Didahalui oleh:
Edelmiro Julián Farrell
Presiden Argentina Digantikan oleh:
Eduardo Lonardi
Mandat Ketiga 1973 - 1974
Didahului oleh:
Raúl Alberto Lastiri
Presiden Argentina Digantikan oleh:
Isabel Martinez de Perón
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com