Genetik
From Wikipedia
Genetik merupakan salah satu cabang daripada bidang biologi, iaitu kajian mengenai kehidupan benda hidup iaitu mengenai haiwan dan tumbuhan.
Genetik merujuk kepada pengkajian mengenai pewarisan benda hidup kepada generasi berikutnya. Ini terutamanya bagi mengenalpasti penyakit genetik seperti G6PD.
Sejak dahulu lagi, manusia sudah pun menggunakan prinsip genetik dalam pembiakan haiwan ternakan dan tumbuh-tumbuhan. Kini, penyelidikan genetik membolehkan kita mengaji fungsi gen tertentu.
Dalam organisma hidup, maklumat genetik disimpan dalam kromosom yang dibentuk daripada molekul DNA dan sejenis protein yang dikenali sebagai histone.