Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Faraj - Wikipedia

Faraj

From Wikipedia

Amaran! Mempunyai gambar atau gambaran yang tidak sesuai bagi mereka yang berusia di bawah 18 tahun. Sila keluar sekiranya anda tidak selesa dengan tajuk ini...!












.

  • Amaran! Mempunyai gambar atau gambaran yang tidak sesuai bagi mereka yang berusia di bawah 18 tahun. Sila keluar sekiranya anda tidak selesa dengan tajuk ini.
Anatomi Perempuan
Besarkan
Anatomi Perempuan

Faraj, (dari Arab, bermaksud _____) ialah saluran tiub yang menuju dari uterus ke luar badan mamalia berplasenta dan marsupial betina, atau ke kloaka burung, monotrem, dan sebilangan reptilia betina. Serangga-serangga dan invertebrata-invertebrata yang lain juga mempunyai faraj yang merupakan bahagian akhir oviduktus. Dalam percakapan biasa, istilah "faraj" sering digunakan untuk merujuk kepada puki atau genitalia perempuan amnya; sebenarnya faraj merupakan struktur dalaman yang khusus dan puki merupakan genitalia luar sahaja. Bibir-bibir dan bahagian-bahagian lain juga dianggap sebagai sebahagian faraj dalam penggunaan umum.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Anatomi

Pandangan hadapan skematik pada anatomi wanita.
Besarkan
Pandangan hadapan skematik pada anatomi wanita.
Anatomi vulva skematik.
Besarkan
Anatomi vulva skematik.

Faraj manusia adalah sebuah saluran berotot elastik yang menganjur di dalam tubuh perempuan. Ia biasanya pendek sedikit dan lebih nipis dari saiz zakar lelaki sederhana, sekurang-kurangnya panjangnya 4 inci (100 mm) dan 1 inci (25 mm) pada garis (walaupun ada banyak perbezaannya pada individu dari wanita ke wanita) tetapi keanjalannya menyebabkan ia untuk dapat menerima zakar-zakar yang lebih besar. Ia menyambungkan vulva di luar ke serviks pada uterus di bahagian dalam. Kalau wanita itu berdiri tegak, tiub vagina tercacak ke atas dan ke belakang, serta membentuk suatu sudut yang lebih sedikit daripada 45 darjah dengan uterus. Lubang vagina ialah pada hujung belakang (kaudal) vulva, di belakang lubang uretra. Di atas faraj adalah Mons Veneris. Faraj, bersama-sama dengan bahagian dalam vulva, biasanya berwarna merah jambu yang serupa dengan semua membran mukus dalaman di dalam mamalia-mamalia. Panjang, lebar dan bentuk faraj boleh berlainan. Ketika seorang wanita beranak dan semasa persetubuhan, faraj melebar dan memanjang sebanyak 2-3 kali.

Pelinciran vagina diberikan oleh kelenjar Bartholin berdekatan dengan pembukaan faraj dan serviks dan juga meresap dalam dinding faraj (yang tidak mengandungi sebarang kelenjar).

Selaput dara — membran diletak di belakang pembukaan uretra — menutup setengah pada faraj dalam banyak organisma, termasuk sesetengah wanita-wanita, dari kelahiran anak sehingga ia dipecah oleh persetubuhan, atau oleh sebilangan aktiviti lain, termasuk pemeriksaan perubatan, kecederaan, sesetengah jenis latihan, pengenalan sebuah objek asing, dsb. Akan tetapi, harus dicatatkan bahawa persetubuhan tidak selalu meyebabkan selaput dara rosak, dan ia juga tidak benar bahawa seorang wanita dengan selaput dara yang tidak rosak bermakna dia seorang dara.

[Sunting] Fungsi faraj

Gambar berlabel anatomi pembiakan luaran perempuan.
Besarkan
Gambar berlabel anatomi pembiakan luaran perempuan.

Pada pandangan biologi, faraj mengerjakan fungsi-fungsi berikut:

  • Memberikan jalan airan darah haid untuk meninggalkan badan.
  • Aktiviti seks
  • Melahirkan anak

[Sunting] Darah haid

Faraj memberikan laluan untuk haid keluar dari badan. Dalam masyarakat moden, tampon, cecawan haid, dan tuala wanita boleh digunakan untuk menyerap cecair ini.

[Sunting] Aktiviti seks

Tumpuan hujung-hujung saraf yang terletak dekat lubang vagina boleh menyebabkannya merasai seronok semasa aktiviti seks apabila dia dirangsangkan dengan cara yang dia suka, dan mungkin berakhir dengan puncak syahwat. Aktiviti ini termasuk persetubuhan heteroseksual di mana zakar pasangannya dicucuk ke dalam vaginanya. Semasa persetubuhan, haba, tekanan dan geseran vagina pada zakar merangsangkan lelaki, biasanya menyebabkannya mencapai puncak syahwat dan pancutan mani, yang boleh menyebabkan persenyawaan dan kehamilan. Terdapat zon badan yang mudah terangsang yang dipanggil titik G di dalam vagina (di bahagian anterior vagina, kira-kira lima sentimeter dari lubang). Sesetengah perempuan (walaupun dikatakan hanya merupakan minoriti) boleh mengalami puncak syahwat yang amat kuat jika titik Gnya dirangsangkan dengan cara betul semasa bersetubuh atau melakukan aktiviti seks yang lain. Ada orang yang mengatakan bahawa puncak syahwat titik G menyebabkan pancutan perempuan yang telah dipertikaikan.

[Sunting] Melahirkan anak

Semasa melahirkan anak, faraj memberikan laluan untuk mengeluarkan fetus(bayi)) daripada uterus(rahim)) untuk hidup sendiri di luar badan ibunya.

[Sunting] Kesihatan dan kebersihan seks

Faraj pada dirinya adalah organ yang membersihkan diri dan tidak perlu pengolahan atas nama kebersihan diri. Douche tidak digalakkan oleh doktor-doktor kerana amalan ini mengganggu keseimbangan flora vagina dan boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvis.

Faraj diuji ketika pemeriksaangynecological, biasanya menggunakan instrumen yang dipanggil sebuah speculum, yang membiarkan faraj terdedah untuk inspeksi gambaran atau mengambil sampel (sila lihat pap smear).

Berbagai disorders dapat affect faraj, termasuk kenser faraj dan penyakit yeast. Sila lihat kesihatan vulvovaginal.

[Sunting] Faraj dan kebudayaan masyur

Budaya Barat menganggap subjek ini dilarang. Seorang dimainkan oleh Eve Ensler digelar sebagai The Vagina Monologues adalah contoh jarang pada perkataan ini dalam budaya kebanyakan.

[Sunting] Perkataan slanga untuk faraj

Faraj juga dikenali oleh banyak perkataan, banyaknya dianggapkan kurang sopan dan dilarang. Perkataan seks yang terumum dalam Bahasa Melayu ialah puki, pantat dan pepek. Berbagai nama beraneka dan julukan ciptaan lain juga umum digunakan.

[Sunting] Lihat pula

  • Haid
  • Kelentit
  • Grafenberg spot
  • Pelancapan
  • Pancutan perempuan
  • latihan Kegel
  • Seks manusia
  • Perilakuan seks manusia
  • Cunnilingus
  • Feminisme positif-sex
  • Seks
  • Kelahiran anak

[Sunting] Pautan luar

Cari Vagina dalam Wiktionary, sebuah kamus bebas.
Lihat galeri mengenai: Vagina di Wikimedia Commons.
  • Laman atau karya ini dalam bahasa InggerisPink Parts - "Walk through" of female sexual anatomy by noted sex activist and educator Heather Corinna (illustrations; no explicit photos)
  • Laman atau karya ini dalam bahasa InggerisAll About My Vagina - A website devoted entirely to the vagina, from the perspective of its "owner", who identifies herself only as "Sarah".
  • Laman atau karya ini dalam bahasa InggerisPatient Queries - Vagina - Patient Queries related to vaginal problems answered by Obstetricians, Gynaecologists & Sexologists

Templat:Reproductive system Templat:Human anatomical features

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com