Enjin gelintar
From Wikipedia
Enjin gelintar merupakan set pengaturcaraan yang direka bentuk bagi membantu pengguna mencapai fail-fail yang tersimpan di dalam komputer, sebagai contoh, komputer pelayan awam World Wide Web. Pengguna boleh mendapatkan dokumen yang menepati kriteria (biasanya yang mengandungi perkataan atau frasa) pencarian tertentu.
Kebanyakan enjin gelintar dikendalikan oleh syarikat persendirian yang memiliki algorithme dan pangkalan data tersendiri. Antara yang cukup popular ialah Google dan diikuti oleh MSN Search dan Yahoo!. Antara enjin penggelintar versi tempatan pula adalah seperti Jejak Malaysia, Cari. Selain itu, beberapa percubaan untuk mewujudkan enjin penggelintar yang berasaskan sumber terbuka turut dilakukan, antaranya, Htdig, Nutch, Egothor dan OpenFTS.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |