Bawang merah
From Wikipedia
Bawang merah | |
Pengelasan sains | |
Alam | Tumbuhan |
Filum | [[]] |
Subfilum | [[]] |
Divisi | Magnoliophyta |
Kelas | Liliopsida |
Order | Asparagales |
Famili | Alliaceae |
Genus | Allium |
Spesies | A. ascalonicum |
Nama binomial | |
Allium ascalonicum | |
Subspesies | |
''''' |
Bawang merah (bahasa Inggeris: Shallot) dikelaskan dalam famili Alliaceae dalam order Asparagales. Bawang merah merupakan sejenis tanaman semusim, memiliki umbi yang berlapis (bulb), berakar serabut, dengan daun berbentuk silinder berongga. Umbi bawang merah terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang berubah bentuk dan fungsinya, membesar dan akhirnya membentuk umbi berlapis. Umbi bawang merah terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan bersatu. Umbi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek.
Bawang merah sebagai salah satu sayuran yang merupakan bahan penting untuk masakan baik untuk masakan rumah tangga, dan juga sebagai bahan dalam industri permakanan. Pengeluaran bawang merah pada masa ini tidak mampu memenuhi permintaan yang ada terutama pada saat menjelang hari-hari perayaan seperti hari raya. Oleh itu usaha untuk meningkatkan lagi penanaman bawang merah perlu dipertingkatkan lagi. Bawang merah membiak dengan mengeluarkan tunas pada umbi, atai dikenali sebagai beranak. Anak-anak bawang merah boleh mencapai berbelas setiap pokok.
Dua unsur penting yang diperlukan oleh bawang merah adalah unsur Nitrogen dan Kalium. Nitrogen merupakan unsur penting sangat diperlukan oleh tanaman untuk perkembangan daun, meningkatkan warna hijau daun serta pembentukan cabang. Sedangkan Kalium berfungsi dalam pembentukan gula dan asas penghasilan protein, pemangkin bagi tindakbalas enzim, menuteralkan asid organik serta berperanan dalam pertumbuhan jaringan meristem. Pemberian kedua unsur tersebut dapat membantu proses pembentukan umbi bawang merah. Sekiranya bawang merah mengalami kekurangan kalium ia akan mengakibatkan tanaman bawang membawa pulangan hasil yang kurang.