Wikipedia bahasa Melayu
From Wikipedia
Wikipedia Bahasa Melayu adalah Wikipedia versi bahasa Melayu di atas talian. Ia bermula secara rasmi pada 12 Ogos 2003. Walau bagaimanapun, sejarah penyuntingan menunjukkan yang jejak Laman Utama Wikipedia bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002 oleh pengguna tidak berdaftar. Pada 20 Februari 2003, pengguna Sharuzzaman telah muncul dan menjadi pengguna bernama pertama yang menyunting Wikipedia ini. Oleh kerana laman Wikipedia Utama (Inggeris) dan kemunculan laman-laman wikipedia bahasa lain berlaku dengan rancak, Laman Utama Wikipedia Melayu menjadi tempat persinggahan untuk meletakkan pautan "antara-wiki" yang lain.
Laman pertama yang wujud (selain laman utama) adalah laman Main Page to yang dicipta pada 28 Januari 2003. Kemudian, muncul pula laman Bahasa Melayu pada 30 Mei 2003 dan laman Wikipedia pada 3 Jun 2003 sebagai perintis kepada kemunculan laman-laman rencana baru yang lain. Sehingga Disember 2006 Wikipedia ini mempunyai 16,487 rencana.
[Sunting] Perubahan Laman Utama
|
|
Rencana ini sedang diusahakan oleh: Polar |
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |