Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Wikipedia:Tutorial (Menyunting) - Wikipedia

Wikipedia:Tutorial (Menyunting)

From Wikipedia


Tutorial
Pengenalan | Menyunting | Menformat | Pautan | Pautan laman berkaitan | Pautan luar | Perbincangan | Peringatan | Pendaftaran | Laman pengguna | Kesimpulan

[Sunting] Menyunting laman / rencana

Kita akan mulakan dengan fungsi wiki yang paling asas, iaitu sunting. Setiap laman wiki (kecuali laman-laman yang dilindungi) mempunyai pautan "sunting" di atas muka laman. Pautan ini akan melakukan apa yang dikatakannya, iaitu menyunting laman yang sedang anda lihat. Laman-laman ini dikenali sebagai wiki.

Cuba ini! Dalam tetingkap yang baru, buka kotak pasir, dan tekan "sunting". Anda akan melihat kod-kod sumber laman tersebut. Tulis perkataan kegemaran anda di dalamnya, dan kemudian tekan "simpan". Untuk maklumat terperinci mengenai bagaimana untuk menyunting, sila lihat Wikipedia:Bagaimana menyunting laman. Anda mungkin ingin membukanya dalam laman baru supaya anda boleh meneruskan tutorial ini.

Jika anda ingin membuat eksperimen tanpa rasa risau, anda boleh melakukannya dalam Wikipedia:kotak pasir.

[Sunting] Tunjuk paparan

Salah satu fungsi penting yang boleh anda gunakan sekarang ialah Paparkan. Butang paparkan membolehkan anda melihat dahulu hasil suntingan anda sebelum menyimpannya. Cuba buat suntingan di dalam kotak pasir. Kemudian tekan "Paparkan". Memandangkan kita sering melakukan kesilapan, fungsi ini memudahkan anda untuk mencari kesilapan secepat yang mungkin. Jika anda mengunakan "Paparkan" sebagai tabiat, anda akan menjimatkan masa dan tenaga anda dan penyunting yang lain.

Kaedah ini adalah penting jika anda bercadang untuk membuat banyak suntingan dalam laman tersebut. Selain itu, anda juga tidak menyemakkan sejarah laman (page history). Kurang menyimpan juga boleh mengurangkan berlakunya konflik. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk membuat suntingan secara berperingkat (spt. menggunakan perenggan) jika anda bercadang untuk menambah/menyunting teks dalam jumlah yang besar. Ini bagi membolehkan orang lain mengikut atau membaca suntingan anda dengan lebih mudah.

[Sunting] Suntingan kecil

Jika anda sudah log masuk sebagai pengguna berdaftar, anda boleh menanda sesuatu suntingan sebagai "kecil" dengan menanda kotak yang tertentu sebelum menyimpannya. Ini digunakan untuk memberitahu orang lain bahawa suntingan anda tidak banyak.

Tiada garis panduan ketat bila hendak melakukannya, tetapi pembetulan ejaan dan penukaran kecil format seperti menambah ruang (space) atau pautan wiki dikira sebagai suntingan kecil. Dengan kata lain, menukar gaya persembahan secara amnya dianggap sebagai perkara kecil tetapi mengubah kandungan tidak. Jika anda tidak pasti, jangan tandakan kotak tersebut. Untuk perbincangan lebih terperinci, lihat suntingan kecil.

[Sunting] Ringkasan suntingan

Sebelum anda menekan "Simpan", adalah lebih baik jika anda memasukkan ringkasan perubahan yang telah anda lakukan di dalam kotak yang terletak di antara kotak suntingan dan bebutang Simpan. Ini bagi memudahkan orang lain mengetahui perubahan yang berlaku dalam rencana tersebut.


Apabila anda sudah selesai bermain main dengan kotak pasir, tekan sini untuk seksyen berikutnya.

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com