Tulisan Jawi
From Wikipedia
Tulisan Jawi (توليسن جاوي) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu (بهاس ملايو). Tulisan jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Pengenalan
Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan jawi memain kan peranan penting dalam masyrakat. ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyuran Merdeka 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam skrip jawi.
[Sunting] Huruf Jawi
- Huruf yang dibulatkan unik kepada bahasa Melayu dan tidak dijumpai di tulisan Arab.
[Sunting] Nama-nama hari dalam tulisan Jawi
Isnin | اثنين |
Selasa | ثلاث |
Rabu | رابو |
Khamis | خميس |
Jumaat | جمعة |
Sabtu | سبتو |
Ahad | احد |
[Sunting] Bacaan lanjut
- H.S. Paterson (& C.O. Blagden), 'An early Malay Inscription from 14th-century Trengganu', Journ. Mal. Br.R.A.S., II, 1924, pp. 258-263.
- R.O. Winstedt, A History of Malaya, revised ed. 1962, p. 40.
- J.G. de Casparis, Indonesian Paleography, 1975, p. 70-71.