Presiden Singapura
From Wikipedia
Bendera Presiden Singapura |
Presiden Singapura merupakan ketua negara yang dipilih oleh rakyat menerusi undi majoriti sejak Ogos 1993. Sebelum ini, hanya Parlimen sahaja yang bertanggungjawab melantik Presiden.
Presiden yang terpilih akan memegang jawatan selama enam tahun. Beliau mempunyai kuasa untuk menolak belanjawan negara dan tidak menerima perlantikan seseorang dalam jawatan penting negara. Beliau juga diberi kuasa untuk memeriksa kerajaan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang keharmonian agama dan di dalam penyiasatan kes-kes rasuah. Beliau merupakan institusi bebas yang ditubuhkan untuk memeriksa pemerintahan yang kurang baik.
Sebuah Majlis Penasihat Presiden ditubuhkan untuk memberi nasihat dan saranan untuk membantu Presiden melaksanakan tanggungjawabnya. Presiden mesti meminta pandangan majlis untuk melakukan tugasnya, seperti meluluskan perlantikan pegawai awam dalam jawatan penting.
[Sunting] Sejarah
Pejabat Presiden dicipta apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965. Ia menggantikan pejabat Yang di-Pertuan Negara yang dicipta apabila Singapura diberi hak untuk memerintah secara sendiri pada tahun 1959. Encik Yusof Ishak, Yang di-Pertuan Negara yang terakhir, sekaligus menjadi Presiden pada 9 Ogos 1965.
Presiden yang terkini adalah S. R. Nathan.
[Sunting] Presiden-presiden Singapura
- 1965-1970: Yusof Ishak (1910-1970)
- 1970-1981: Benjamin Sheares (1907-1981)
- 1981-1985: C. V. Devan Nair (1923-2005)
- 1985-1993: Wee Kim Wee (1915-2005)
- 1993-1999: Ong Teng Cheong (1936-2002)
- Dari 1999: S. R. Nathan (lahir 1924)