Benjamin Sheares
From Wikipedia
Dr Benjamin Henry Sheares dilantik sebagai Presiden kedua Singapura pada 2 Januari 1971. Beliau dilahirkan pada 12 Ogos 1907 di Singapura.
Dr Sheares menerima pendidikan awal di St Andrew's School dan Raffles Institution. Beliau memasuki King Edward VII College of Medicine pada 1923, dan lulus dengan ijazah perubatan L.M.S. pada Mac 1929. Setelah berkhidmat selama dua tahun sebagai Pembantu Pegawai Perubatan di Hospital Besar Sepoy Lines (kini Hospital Besar Singapura), beliau memulakan kerjayanya dalam bidang kebidanan dan sakit puan pada April 1931.
Pada 1940 beliau dianugerahkan dengan biasiswa Queen's Fellowship untuk melanjutkan pelajaran pos-siswazah di Britain tetapi tidak berhasil untuk membuat sedemikian kerana tercetusnya Perang Dunia II. Semasa Pendudukan Jepun di Singapura, Dr Sheares merupakan Ketua Jabatan Kebidanan dan Sakit Puan di Hospital Kandang Kerbau, dan juga Penguasa Perubatan untuk seksi pesakit tempatan di hospital tersebut. Selepas Jepun menyerah kalah, Dr Sheares dilantik menjadi pemangku Profesor dalam bidang kebidanan dan sakit puan di King Edward VII College of Medicine, menjadikan beliau orang Singapura pertama untuk memegang jawatan tersebut.
Pada Mei 1947, beliau telah ke London untuk pengajian pos-siswazah dan pada Januari 1948, menjadi pakar bidan Singapura pertama yang layak menjadi anggota Royal College of Obstetricians and Gynaecologists of England.
Dr Sheares dan isterinya dikurniakan dengan tiga orang anak.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |