Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Piala Dunia FIFA 1986 - Wikipedia

Piala Dunia FIFA 1986

From Wikipedia

Piala Dunia FIFA 1986 - Mexico
Mexico 86

Pasukan 24 (daripada 121 peserta)
Tuan rumah Mexico
Johan Argentina (2 anugerah)
Bilangan
pertandingan
52
Bilangan Gol 132(2.54 purata setiap pertandingan)
Kehadiran 2,393,331  (purata 46,026 purata setiap perlawanan)
Penjaring terbanyak Gary Lineker
6 gol

Piala Dunia FIFA 1986 berlangsung di Mexico pada 31 Mei - 29 Jun 1986. Mexico menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-13, menggantikan Colombia yang menarik diri kerana masalah kewangan. Mexico dipilih sebagai pengganti tuan rumah pada tahun 1983 di Stockholm, Sweden. Calon-calon lain yang menawarkan diri sebagai penganti tetapi tidak terpilih ialah Kanada dan Amerika Syarikat. Ini merupakan kali kedua Mexico terpilih selaku tuan rumah setelah tahun 1970.

Kurang dari setahun menjelang kejohanan, Mexico dilanda gempa bumi besar yang mengorbankan lebih 30 ribu orang. Gempabumi tersebut hampir sahaja membuatkan Mexico membatalkan menjadi tuan rumah. Disebabkan sebahagian besar stadium bolasepak masih utuh, FIFA memutuskan kejohanan tetap dilaksanakan di Mexico.

Format yang digunakan tidak jauh berbeza dengan Sepanyol 1982, ke-24 pasukan finalis dibahagi kepada enam kumpulan. Perbezaannya, pada pusingan kedua, yang diikuti 16 pasukan, menggunakan sistem kalah-mati.

Piala Dunia 1986 Mexico tidak boleh dipisahkan dengan Diego Armando Maradona. Tidak pernah, semenjak Pele melakukannya pada 1970, ada pemain yang secara "sendirian" mampu memberikan kemenangan kepada pasukannya selain Diego Armando Maradona. Maradona yang kemudian terpilih sebagai The Player of the Tournament.

[Sunting] Pertandingan

Udara nipis dan cuaca panas membuatkan pasukan dari Amerika Selatan, seperti Brazil, lebih diunggulkan. Brazil diletakkan sebagai pasukan pilihan dengan bintang seperti Zico, Eder, Falcao, Socrates, dan Carlos.

Wakil Eropah pula diketuai juara Piala Eropah 1984, Perancis. Les Bleus yang diperkuat Michel Platini, Alain Giresse, Jean Tigana, dan Louis Fernandez dianggap sebagai pasukan dengan pemain tengah yang paling ampuh.

Walaupun sekadar muncul naib juara kumpulan dibelakang Soviet Union pada peringkat kumpulan, Perancis menyingkirkan juara bertahan Itali 2-0 di pusingan kedua. Bahkan pada suku akhir di Guadalajara, Perancis mampu menyingkirkan Brazil menerusi penentuan sepakan penalti setelah perlawanan sebenar tamat dengan 1-1. Walaupun Platini gagal menyempurnakan penalti, penjaga gol Perancis Joel Bats mampu menghalang tendangan Socrates dan Julio Cesar, Perancis menang 4-3 untuk mara ke separuh akhir.

Pada separuh akhir, seperti di Sepanyol empat tahun sebelumnya, Perancis menyerah kalah kepada Jerman Barat, dengan jaringan 0-2.

Bintang Mexico 1986 adalah Maradona. Pada peringkat kumpulan, Argentina menumpaskan Korea Selatan 3-1, Itali 1-1, dan Bulgaria 2-0. Pada pusingan kedua, mereka mengalahkan Uruguay.

Pada suku akhir Maradona, secara sendirian membenam The Three Lions 2-1 menerusi dua golnya, termasuk satu gol kontroversi yang dikenali dengan "gol tangan Tuhan".

Setelah menundukkan Belgium 2-0 pada separuh akhir, Argentina menghadapi Jerman Barat untuk penentuan juara.

[Sunting] Akhir

Perlawanan akhir berlangsung di antara Argentina di bawah kendalian Carlos Bilardo dan Jerman di bawah kendalian 'Die Kaizer' Franz Beckenbauer pada 29 Julai 1986 di Stadium Azteca.

Menjelang final, Beckenbauer menugaskan Lothar Matthaeus untuk menghalangi gerakan Maradona. Walaupun tidak menjaringkan gol, dari kaki Maradonalah tiga gol Argentina tercipta.

Pertahanan Argentina, James Brown, menjaringkan gol pertama memanfaatkan kesalahan penjaga gol Jerman, Harald Shumacher. Pada minit ke-55, Jorge Valdano menambah keunggulan Argentina.

Pasukan Panser sempat bangkit. Karl-Heinz Rummenigge dan Rudi Voller menjaringkan gol pada minit ke-74 dan 80. Kedudukan menjadi 2-2. Tapi hasil umpanan Maradona, Jorge Burruchaga mampu menjaringkan gol tujuh minit sebelum perlawanan tamat. Argentina menang 3-2 dan membawa trofi juara untuk kali kedua.

[Sunting] Lain-lain

  • Gary Lineker dari England meraih Kasut Emas setelah mengumpulkan enam gol sepanjang kejohanan.
  • Anugerah pemain terbaik diraih Maradona.
  • Pada kejohanan kali ini Kanada dan Iraq muncul buat pertama kali pada Piala Dunia. .
  • Pemain Uruguay, Jose Batista, mencatatkan namanya dalam sejarah sebagai pemain terpantas yang diberi kad merah ketika bertemu Scotland.
  • Jumlah peserta : 121 (24 di pusingan final)
  • Jumlah perlawanan : 52
  • Jumlah gol : 132
  • Purata gol : 2.54
  • Jumlah penonton : 2,407,431
  • Purata penonton : 46,297
  • Anugerah permainan bersih FIFA: Brazil

Untuk maklumat dan perbincangan mengenai templat-templat kotak bola sepak terpiawai, sila lihat Wikipedia:WikiProject Football/Templates.<noinclude>


  Bola Sepak Antarabangsa  p b s 

FIFA | Piala Dunia | Piala Gabungan | Pemeringkatan Dunia | Pemain Dunia Tahun Itu | Pasukan

     Asia: AFC – Piala Asia
     Afrika: CAFPiala Negara-negara Afrika
     Amerika Utara: CONCACAF – Piala Emas
     Amerika Selatan: CONMEBOLPiala Amerika
     Oseania: OFC – Piala Negara-negara
     Eropah: UEFAKejohanan Eropah
  Piala Dunia FIFA  p b s 

Uruguay 1930 | Itali 1934 | Perancis 1938 | Brazil 1950 | Switzerland 1954 | Sweden 1958 | Chile 1962 | England 1966 | Mexico 1970 | Jerman Barat 1974 | Argentina 1978 | Sepanyol 1982 | Mexico 1986 | Itali 1990 | Amerika Syarikat 1994 | Perancis 1998 | Korea/Jepun 2002 | Jerman 2006 | Afrika Selatan 2010 | 2014 | 2018 | 2022 | 2026

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com