Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Pertempuran Sungai Blood - Wikipedia

Pertempuran Sungai Blood

From Wikipedia


Perwira Zulu
Sejarah ketenteraan Boer
Sejarah ketenteraan kerajaan Zulu
Konflik Pertempuran Sungai Blood
Tarikh 16 Disember 1838
Tempat Sungai Blood, KwaZulu-Natal,
Afrika Selatan
Keputusan Pihak Boer menang dan berjaya meluaskan kawasan penempatan mereka.
Pejuang
Boer
Bendera Voortrekker
Kerajaan Zulu
Bendera Kerajaan Zulu
Kekuatan
Kelebihan Geografik dan Senjata Api Kelebihan Tentera
Korban
Tiada 3000 mati

Pertempuran Sungai Blood (Bahasa Afrikaans: Slag van Bloedrivier) telah tercetus pada 16 Disember 1838 di tebing Sungai Blood (Bloedrivier) di tempat yang kini KwaZulu-Natal, Afrika Selatan. Sekumpulan 470 Voortrekkers, berbangsa Boer yang dipimpin Andries Pretorius, telah membuat benteng laager (lingkaran kereta lembu) sebagai pertahanan menentang kemaraan perwira Zulu atau Impis berjumlah 10 hingga 20 ribu, di bawah pemerintahan Raja Dingane yang diketuai oleh Dambuza (Nzobo) dan Ndlela kaSompisi.

Walaupun, bilangan pihak Boer jauh lebih rendah dari bala tentera Raja Zulu, mereka berjaya menewaskannya dan peristiwa ini merupakan titik penting dalam penubuhan kerajaan Boer di Afrika Selatan.

[Sunting] Sejarah

Pertempuran ini adalah rentetan dari pembunuhan Piet Retief, seorang ketua kumpulan Voortrekkers pada 6 Februari 1838. Pada November 1837, Piet Retief dan kumpulan diplomatiknya telah berjumpa dengan Raja Dingane untuk meminta tanah dikawasannya. Raja ini bersetuju dengan syarat kumpulannya memulangkan beberapa ekor kerbau yang telah dicuri. Apabila kerbaunya dipulangkan, Raja Dingane menandatangani perjanjian deed of cession of lands (ditulis dalam Bahasa Inggeris) kepada Voortrekkers.

Piet Retief bersama delegasinya kemudiannya telah dijemput ke satu jamuan perpisahan. Sebelum dibenarkan masuk, mereka dilarang membawa sebarang senjata api kerana kononnya ia menghina Raja Dingane. Rupa-rupanya perjanjian Raja Dingane adalah palsu dan kesemua orang Boer bersama ketuanya Piet Retief, telah ditawan dan dibunuh secara kejam. Pada waktu yang sama, tentera Zulu telah mengepung dan membunuh saki baki kumpulan di bawah jagaan Retief, sekitar 500 orang Boer, lelaki, wanita dan kanak-kanak di Weenen (Bahasa Afrikaans, "tangisan," dalam memperingati pembunuhan beramai-ramai di sana). Selepas itu, Dingane menghantar tenteranya untuk menjejak serta membunuh kumpulan Voortrekker lain dibawah pimpinan Andries Pretorius.

[Sunting] Strategi pertempuran

Pada 15 Disember, pihak Voortrekker mendapat berita tentang kemaraan bala tentera Zulu yang besar. Pretorius telah memilih satu lokasi yang sangat sesuai iaitu disebelah Sungai Blood (ketika itu dipanggil sungai Ncome), dimana kereta lembu mereka disusun menjadi sebuah laager. Laager merupakan satu formasi ketenteraan dimana kereta lembu disusun sama ada secara segiempat atau bulatan. Sebelum pertempuran bermula, pihak Voortrekker yang berpegang teguh dengan agama mereka telah bersumpah kepada Tuhan sekiranya mereka berjaya, mereka akan membina sebuah gereja dan memperingati hari kemenangan itu sebagai suatu hari keagamaan. Sehingga kehari ini, 16 Disember disambut oleh semua rakyat di Afrika Selatan; sebelum 1994 ianya dikenali Day of the Vow atau Day of the Covenant; tetapi kini ia dipanggil Day of Reconciliation.

Formasi lingkaran laager dimana kereta lembu disusun rapi seperti kubu
Besarkan
Formasi lingkaran laager dimana kereta lembu disusun rapi seperti kubu

Perwira zulu atau Impi telah berulang kali menyerang laager Voortrekkers tetapi gagal menembusinya. Oleh kerana bala tentera Zulu yang besar, Pretorius bimbang bekalan pelurunya akan habis. Lalu, beliaupun mengarahkan pasukan berkudanya keluar dari kubu tersebut dan menyerang tentera Zulu secara langsung. Pasukan berkudanya yang pakar dalam memburu telah membunuh beberapa ratus tentera Zulu, setengahnya masih menyeberang sungai Ncome. Akibatnya sungai itu bertukar menjadi merah darah dan sehingga ke hari ini dipanggil Sungai Blood atau Sungai "Darah". Pretorius sendiri telah tercedera akibat lembing assegaai (lembing Zulu) yang menikam tangan kirinya. Selepas mengalami kekalahan yang teruk, tentera Zulupun terpaksa berundur. 3000 daripada tentera mereka telah terkorban, manakala hanya 3 orang Boer sahaja yang tercedera.

Kemenangan bangsa Boer adalah disebabkan kelebihan senjata api mereka iaitu senapang dan tiga buah meriam. Namun semangat juang mereka yang tinggi mungkin disebabkan keinginan membalas dendam atas pembunuhan beramai-ramai Voortrekker ditangan Raja Dingane.

[Sunting] Rujukan

  • "Nuwe Geskiedenis van Suid-Afrika", revised edition, oleh Cameron & Spies. Human & Rousseau, 1991.
Bahasa lain
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com