Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Oren - Wikipedia

Oren

From Wikipedia

Koordinat warna Oren
Heks triplet #FFA000
RGBB (r, g, b) (255, 160, 0)
CMYKH (c, m, y, k) (0, 35, 100, 0)
HSV (h, s, v) (38°, 100%, 100%)
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bait)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)

Warna oren merupakan cahaya antara merah dan kuning dalam spektrum nampak. Panjang gelombangnya disekitar 585–620 nanometer. Warna oren ialah warna bernama yang tunggal dalam CSS yang tidak ditakrif oleh HTML 4.01.

Warna oren ialah warna yang sama dengan warna buah oren, dan dinamakan sempena buah ini. Berbeza dengan warna biru atau merah, warna ini dapat dipastikan dengan lebih tepat, kerana kita dapat tengok buah-buah oren. Sebelum buah oren diperkenalkan kepada dunia penutur bahasa Inggeris, warna ini digelarkan dalam bahasa Inggeris lama sebagai geoluhread, yang boleh ditransliterasikan sebagai "kuning-merah" dalam bahasa Inggeris moden.

Dengan bahan-bahan pewarna yang semula jadi, seperti cat atau krayon, warna oren ialah warna sekunder yang boleh dihasilkan daripada warna-warna dasar melalui pencampuran warna merah (lebih tepat, warna magenta) dengan warna kuning.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Penggunaan dan perlambangan

  • Warna oren ialah warna yang berkontras dengan biru, dan dapat dilihat dengan nyata di langit yang cerah. Oleh itu, warna ini sering digunakan untuk keselamatan.
  • Dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, warna oren ialah warna untuk Kor Isyarat Angkatan Tentera Amerika Syarikat.
  • Warna oren ialah warna bola Snuker Plus dengan nilai lapan mata.
  • Dalam ilmu jata Inggeris, warna oren menunjukkan kekuatan, kemulian, kemurahan hati, dan kemakmuran. Warna ini amat jarang digunakan sebagai warna lambang kebangsawanan United Kingdom.
  • Warna oren ialah perlambangan untuk konsep politik Sosialisme Demokratik.
  • Warna oren ialah warna negeri Belanda disebabkan keluarga dirajanya berasal dari Orange di Perancis. Bendera moden negeri Belanda menggantikan warna oren yang asal dengan warna merah, tetapi pada hari-hari keputeraan diraja, bendera itu mempunyai sehelai panji-panji yang berwarna oren sebagai warna tambahan. Kebanyakan penggunaan geografi untuk perkataan "oren" boleh dikesan sehingga zaman kuasa kelautan Belanda pada abad ke-17.
  • Warna oren menandakan Protestantisme di Ireland Utara, dan Hinduisme di India dan Sri Lanka. Di Ireland, penggunaan warna oren berasal daripada pemerintahan William dari Orange, raja Inggeris Protestan.
  • Warna oren ialah warna utama untuk Adanaspor SK dari negara Turki.
  • Warna oren telah menjadi warna untuk pembangkangan politik di sekeliling dunia. Umpamanya, warna oren telah digunakan sebagai warna penghimpunan untuk:
    • Revolusi Orange di Ukraine antara tahun 2004 dan 2005.
    • peneroka-peneroka Yahudi di Jalur Gaza yang menentangi Rancangan Pengunduran Satu Pihak dari Jalur Gaza.

[Sunting] Warna parti politik

Warna oren telah dipergunakan sebagai warna politik oleh parti-parti politik yang berikut:

  • Fidesz-MPSZ di Hungary
  • CD&V, Flanders, Belgium
  • Parti Kebangsaan Rakyat (People's National Party), Jamaica
  • Gerakan Patriotik Bebas (Free Patriotic Movement), Lebanon
  • Parti Pertama Rakyat (People First Party), Republik China (Taiwan)
  • Parti Demokratik Baru (New Democratic Party), Kanada
  • Senarai Jun, Sweden
  • Parti Bharatiya Janata, India
  • Pora atau "Sepatutnya Sudah Lama", Ukraine— sila lihat Revolusi Orange
  • Demokrat Liberal (Liberal Democrats), United Kingdom
  • Parti Demokrasi Sosial, Portugal
  • Parti Rakyat, Sepanyol (sejak 2005)
  • BZÖ, parti politik yang baru ditubuhkan oleh Jorg Haider di Austria

[Sunting] Warna korporat

Warna oren ialah warna korporat untuk:

  • Kall, Kepulauan Faroe
  • Orange SA, Perancis (perbadanan antarabangsa)
  • easyJet, United Kingdom
  • Euskaltel, Sepanyol (termasuk pasukan perlumbaan basikal, Euskaltel Euskadi)
  • eircom (Ireland), dan anak syarikatnya, Meteor Mobile Communications, Ireland
  • National Union, Israel

[Sunting] Warna sukan

Warna oren ialah warna pilihan untuk banyak pasukan sukan negara dan penyokong-penyokongnya.

  • Warna oren biasanya merupakan warna untuk pasukan-pasukan sukan negara dan ahli-ahli olahraga di negeri Belanda. Nama samaran untuk pasukan bola sepak negara di Belanda ialah Oranje, sepatah perkataan untuk "oren" dalam bahasa Belanda.
  • Warna oren juga merupakan warna Omiya Ardija, sepasukan bola sepak Liga-J.
  • Oren ialah warna rasmi untuk Universiti Syracuse dan "Syacuse Orange" ialah nama untuk banyak pasukan sukan dalam universiti itu. Dalam olahraga kolej-kolej Amerika Syarikat, warna oren digabungkan dengan warna-warna yang lain untuk membentukkan warna sukan untuk:
    • Universiti Auburn
    • Universiti Clemson
    • Universiti Princeton
    • Universiti Illinois di Urbana-Champaign
    • Universiti Miami
    • Virginia Tech
    • Universiti Negeri Oklahoma,
    • Universiti Negeri Oregon,
    • Universiti Texas di Austin, Texas
    • Olahraga Longhorn Texas (Texas Longhorn Athletics)
    • Universiti Tennessee, dan lain-lain lagi.
  • Pasukan-pasukan profesional Amerika Syarikat yang menggunakan warna oren sebagai warna utama termasuk:
    • Baltimore Orioles dan San Francisco Giants daripada Besbol Liga Utama
    • Cleveland Browns, Cincinnati Bengals, dan Denver Broncos daripada Liga Bolak Sepak Nasional
    • Phoenix Suns dan Charlotte Bobcats daripada Persatuan Bola Keranjang Nasional
    • Philadelphia Flyers daripada Liga Hoki Nasional.

[Sunting] Kelainan warna oren

Warna oren sering digunakan untuk meneguhkan ketampakan. Sebahagian besar daripada pigmen-pigmen oren tergolong dalam keluarga hartal, atau kadmium. Sebenarnya, warna coklat merupakan sebahagian warna oren, iaitu campuran oren dengan kelabu, dalam spektrum warna.

[Sunting] Oren bakar

Koordinat warna Oren bakar
Heks triplet #CC5500
RGBB (r, g, b) (204, 85, 0)
CMYKH (c, m, y, k) (0, 58, 100, 20)
HSV (h, s, v) (25°, 100%, 80%)
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bait)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)

Oren bakar ialah satu kelainan yang telah dipergunakan oleh Olahraga Longhorn, Universiti Texas di Austin sebagai warna sekolah. Sampel untuk warna oren bakar yang dipergunakan boleh didapati daripada laman web universiti itu. Oren bakar boleh dihasilkan dengan penggunaan kod perenambelasan #CC5500.

Kelainan-kelainan oren bakar juga digunakan sebagai warna sekolah oleh Universiti Auburn, Universiti Clemson, Virginia Tech, antara lain.

[Sunting] Lihat juga

  • Oren kilauan
  • Warna tangerin
  • Warna ambar
  • Senarai warna

[Sunting] Pautan luar



Spektrum Elektromagnet
Panjang gelombang diisihkan dari pendek ke panjang
Sinar gamma | Sinar X | Ultraungu | Spectrum Optik | Inframerah | Sinaran terahertz | Mikrogelombang | Gelombang radio
Spektrum nampak (optik) : Ungu | Biru | Hijau | Kuning | Jingga | Merah
Spektrum mikrogelombang : Jalur V | Jalur K: Jalur Ka, Jalur Ku | Jalur X | Jalur C | Jalur S | Jalur L
Spektrum radio : EHF | SHF | UHF | VHF | HF/Gelombang pendek | Gelombang sederhana | Gelombang panjang | VLF | ULF |SLF | ELF


  hitam perak kelabu putih merah merah manggis ungu fuksia hijau hijau pucuk pisang hijau buah zaitun kuning jingga biru biru kelasi biru belibis akua-marin
Warna Web                                      
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com