Lapangan Terbang Changi Singapura
From Wikipedia
Singapore Changi International Airport Lapangan Terbang Changi Singapura 新加坡樟宜机场 சிங்கப்பூர் சாங்கி விமானநிலையம |
|||
---|---|---|---|
Ringkasan | |||
Jenis | Komersil/Tentera | ||
Pengendali | CAAS | ||
Negara | Singapura | ||
Tarikh dibuka | 1 Julai 1981 | ||
Jarak ke kota | 20 km | ||
Koordinat | 01° 21′23″N, 103° 59′28″E | ||
IATA | SIN | ICAO | WSSS |
Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura (Cina: 新加坡樟宜机场; pinyin: Xīnjiāpō Zhāngyí Jīchǎng; Inggeris: Singapore Changi Airport; Tamil: சிங்கப்பூர் சாங்கி விமானநிலையம்) atau secara ringkas, Lapangan Terbang Changi (IATA: SIN, ICAO: WSSS) adalah sebuah pusat penerbangan yang utama dalam Asia. Ia terletak di kawasan Changi di bahagian timur Singapura, sekitar 20 km (12 batu) dari Singapura pusat. Dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), Lapangan Terbang Changi merupakan pengkalan untuk Singapore Airlines dan melayani 78 sistem penerbangan yang lain. Ia merupakan pusat kepada empat ribu penerbangan setiap minggu yang menuju ke 177 destinasi di seluruh dunia. Changi Airport mempunyai sekitar 13,000 orang kakitangan. Selain daripada menjadi pusat trafik penumpang yang penting, ia juga merupakan salah satu lapangan terbang kargo yang tersibuk di dunia dengan pengendalian 1,780,000 tan kargo pada 2004.
Lapangan terbang ini sedang mengalami pertumbuhan yang pesat. Pada tahun 2005, ia telah mengendali sekitar 32.43 juta penumpang, sebuah peningkatan 7% daripada tahun sebelumnya. Ini menjadikan ia lapangan terbang paling sibuk ke-26 di dunia dan ke-6 paling sibuk di Asia menurut jumlah penumpang. Insentif seperti Air Hub Development Fund yang diperkenalkan pada 2003, terbukti berkesan dalam menarik lebih banyak syarikat penerbangan ke sini. Sebuah dana baru berjumlah S$300 telah diagihkan untuk 2007 bagi memperkuatkan lagi status hab Changi apabila dana yang kini tamat pada 2006. Changi juga sedang menarik lebih banyak syarikat penerbangan kos rendah untuk menggunakan kemudahannya di Terminal Bajet yang telah dibina dengan harga 45 juta dolar dan dibuka pada 26 Mac 2006. Kejayaan berterusan dan pertumbuhan syarikat penerbangan Singapura, Singapore Airlines di arena penerbangan antarabangsa dan juga kemudahan yang banyak yang terdapat di lapangan terbang ini yang sering menjadi sebab utama kenapa ia sering dipilih sebagai salah satu lapangan terbang yang terbaik di dunia.