Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Kereta elektrik - Wikipedia

Kereta elektrik

From Wikipedia

Ketika manusia terus mengeksploit bumi untuk sumber alam, mereka semakin menyedari mengenai kerosakan yang terjadi akibat perbuatan mereka. Pada abad kebelakangan ini, manusia semakin menyedari betapa serious kerosakan alam sekitar akibat perbuatan mereka dan ini menjadikan mereka semakin serusaha untuk memperbetulkan keadaan ini. Oleh kerana 70% sumber pencemaran udara diakibatkan oleh kegunaan bahan api fossil, adalah logik bagi manusia bagi menghadkan penggunaan bahan api fossil, terutamanya minyak.

Salah satu sebab utama minyak digali daripada dalam bumi adalah bagi bahan api kenderaan pengangkutan. Selain daripada sumber pencemaran, minyak merupakan bahan api yang terdapat dalam jumlah yang terhad. Oleh itu akan sampai pada satu ketika di mana bumi akan kehabisan minyak dan ini akan menimbulkan masaalah kepada sistem pengangkutan.

Pakar sains dan penyelidik menyedari bahawa kenderaan pengangkutan seperti lori dan kereta tidak memerlukan minyak semata-mata, malah terdapat bahan api pilihan lain. Disebabkan oleh itu, pelbagai bahan api pilihan lain telah dimajukan bagi menggantikan minyak. Diantara bahan api yang mempunyai peluang untuk dimajukan adalah seperti berikut.

  1. Bahan api bio.
  2. elektrik
  3. Hidrogen

Kenderaan elektrik merujuk kepada kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik bagi mengerakkannya.

Kenderaan elektrik berkesan bagi menggerakkan kenderaan sebagaimana minyak. Selain itu, kebimbangan mengenai pencemaran alam sekitar, mempelbagaikan sumber tenaga, dan ciptaan baru dalam bidang industri kenderaan, kenderaan elektrik telah dipilih untuk dimajukan. Ini adalah kerana ia menawarkan jawapan kepada masaalah sumber tenaga bagi masa panjang, dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Terdapat tiga pendekatan bagi membekalkan kuasa bagi kenderaan berkuasa elektrik, iaitu hybrid, suria, dan sel bahan api (fuel cells). Walaupun kenderaan berkuasa elektrik bukannya ciptaan baru, kebanyakan kemajuan dalam industri kenderaan elektrik dibangunkan semenjak 1980an, dan dengan applikasi teknologi moden, pereka kenderaan elektrik mampu meningkatkan kenderaan elektrik menjadi lebih berkesan dan berkuasa tanpa mencemarkan alam sekitar. Sejarah kenderaan elektrik telah lama bermula semenjak abad ke 17 lagi. Kenderaan elektrik pertama yang diketahui merupakan model kecil yang dibina oleh Professor Strtingh pada tahun 1835 di Bandar Duct di Groningen. Kereta ini bagaimanapun tidak pratikal disebabkan harganya yang tinggi dan tempoh hayat bateri yang singkat.

Kenderaan elektrik yang pratikal dibina adalah sebuah kereta elektrik kecil yang dibina oleh Thomas Davenport di Amerika Syarikat. Thomas menigkatkan keupayaan kereta elektriknya, mengurangkan harganya, dan menggunakan bateri yang mempunyai tempoh hayat yang lebih lama dan lebih berkuasa. Walaupun dengan peningkatan ini, kereta elektrik tersebut tidak popular kerana dia terpaksa menggunakan bateri tidak boleh caj semula bagi kenderaannya. Kelihatannya orang awam tidak mungkin menggunakan kenderaan elektrik disebabkan faktor bateri, tetapi ini semua bertukar apabila Gaston Plante seorang Perancis mencipta bateri simpanan boleh dicaj semula pada tahun 1865.

Kenderaan elektrik pertama yang mendapat perhatian dunia adalah kereta lumba La Jamais Contente. Ia dibina di Belgium pada 1899 untuk berlumba. Kereta tersebut memecahkan rekod dunia di Perancis dengan dipandu oleh Camille Jenatzy pada tahun 1899, dengan kelajuan sehingga 62 batu sejam. Bagaimanapun kenderaan elektrik dipinggirkan apabila kenderaan menggunakan minyak dimajukan, sehinggalah 1980-an.

Pada 1900-an kenderaan elektrik dimajukan bagi kegunaan lain selain kenderaan awam. Ia dimajukan sebagai cara murah bagi bergerak jarak dekat dalam kilang, padang golf, dan kampus, terutamanya di mana terdapat keperluan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran udara. Tidak lama kemudian, orang ramai mula melihat peluang bagi kenderaan elektrik. Pada awal 1980-an pasukan penyelidik dibentuk, dibiayaai oleh syarikat kereta utama dunia bagi membangunkan semula kenderaan elektrik dengan penggunaan kemajuan teknologi baru dalam bateri, pengabungan sistem dan aerodinamik.

Tidak lama kemudian terdapat ura-ura kerajaan akan mewajibkan kepelbagaian sumber tenaga, dan syarikat kenderaan, tenaga elektrik, dan masyarakat pendidik akademik mula melakukan penyelidikan, ujian dan membangunkan kenderaan berkuasa elektrik. Sekitar 1990 beberapa bandar California mulai menggunakan kuasa elektrik sebagai sumber tenaga bas, kereta-jalan (streetcars) dan kenderaan pengangkutan awam untuk membantu mengurangkan tahap pencemaran udara. Pada tahun 1992, pihak Kongres Amerika meluluskan Akta Polisi Kecermasan Kebangsaan yang ditanda tangani oleh Presiden Bush yang menyatakan antara lain bahawa penggunaan petrol di U.S. akan dikurangkan sehingga sepuluh peratus menjelang tahun 2000 dan tiga puluh peratus menjelang 2030.

Dengan pengumuman ini, lebih banyak syarikat dan pasukan penyelidik telah menyertai penyelidikan kenderaan kuasa elektrik. Pengeluar kereta gergasi seperti Honda, GM dan Chrysler membelanjakan berjuta dolar bagi penyelidikan agar kenderaan elektrik akan dapat dihasilkan bagi jualan seawal 1996. Juga semenjak Akta Polisi Kecermasan Kebangsaan diluluskan kenderaan elektrik ditonjolkan secara meluas diseluruh US dan kerajaan turut menawarkan potongan cukai bagi pemilik kenderaan elektrik. Salah satu punca kenderaan elektrik dimajukan adalah bagi mengekalkan persekitaran yang bersih dan selamat.

Oleh kerana sebahagian besar minyak digunakan bagi pengangkutan, ia merupakan industri pencemar udara terbesar di dunia, dengan itu terdapat keperluan mendesak bagi mencipta kenderaan yang tidak bergantung kepada minyak. Kenderaan elektrik berpotensi menjadi jawapan terbaik bagi permasaalahan ini. Kenderaan elektrik secara purata adalah 98% lebih bersih berbanding kenderaan bakaran dalam menurut perbandingan kadar pencemaran udara. Ini bererti bahawa sekiranya kenderaan elektrik menggantikan kereta tradisional, pencemaran udara dapat dikurangkan sehingga 35% setiap tahun.

Selain itu, asap dari enjin pembakaran dalam mendorong kepada pengurangan ozon dan pembentukan lubang ozon. Ini mampu meningkatkan kadar radiasi ultra ungu sampai ke bumi, di mana ia merosakkan tanaman, tumbuhan dan punca penyakit Barah. Penggunaan minyak turut menyumbang kepada kerosakan sistem ekonomi dunia dan menggantikan kereta berkuasa petrol dengan kenderaan elektrik akan mengurangkan kesan ekonomi yang akan diakibatkan oleh kehabisan sumber minyak kepada dunia. Kekurangan minyak selama 5 tahun secara berterusan mampu menyebabkan harga minyak mencecah tiga kali ganda, sesuatu yang sukar dipercayai.Ketika manusia terus mengeksploit bumi untuk sumber alam, mereka semakin menyedari mengenai kerosakan yang terjadi akibat perbuatan mereka. Pada abad kebelakangan ini, manusia semakin menyedari betapa serious kerosakan alam sekitar akibat perbuatan mereka dan ini menjadikan mereka semakin berusaha untuk memperbetulkan keadaan ini. Oleh kerana 70% sumber pencemaran udara diakibatkan oleh kegunaan bahan api fossil, adalah logik bagi manusia bagi menghadkan penggunaan bahan api fossil, terutamanya minyak.

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com