Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Kemuluran - Wikipedia

Kemuluran

From Wikipedia

Kemuluran ialah satu sifat fizik iaitu kebolehan untuk mengekalkan cangaan plastik tanpa retakan atau patah (dalam logam, contohnya apabila ditarik menjadi dawai). Ia dicirikan dengan pengaliran bahan oleh tegasan ricih.

Sejenis bahan mulur adalah sebarang bahan yang alah dalam keadaan tegasan ricih (bertentangan dengan patah rapuh, iaitu alah dalam keadaan tegasan normal). Emas, tembaga, dan aluminium merupakan logam yang sangat mulur.

Kemuluran adalah berkaitan dengan kebolehtempaan.

Dalam sains Bumi, zon peralihan rapuh-mulur adalah zon pada kedalaman kira-kira 10 km bawah tanah, apabila batuan semakin jarang mengalami retakan, sebaliknya lebih berkemungkinan untuk bercangga secara mulur. Dalam ais glasier, zon ini terletak pada kedalaman 30 m. Tidaklah mustahil bagi satu-satu bahan untuk bercangga secara mulur di atas zon peralihan rapuh-mulur, sebegitu juga dengan bahan di bawah zon tersebut untuk bercangga secara rapuh. Zon ini wujud kerana semakin dalamnya di bawah tanah, semakin tinggi tekanan mengekang, dan kekuatan rapuh meningkat dengan kenaikan tekanan mengekang sementara kekuatan mulur sentiasa malar. Zon peralihan berlaku apabila kekuatan rapuh mengatasi kekuatan mulur.

Dalam fizik/sains bahan, suhu peralihan rapuh-mulur SPRM sesuatu bahan menunjukkan titik ketika tenaga retakan jatuh di bawah titik yang telah ditentukan (bagi keluli biasanya 40 J (J.Vernon, Introduction to engineering Materials) bagi ujian hentaman Charpy piawai). SPRM adalah penting kerana apabila suatu bahan disejukkan di bawah SPRM, ia akan mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk pecah akibat hentaman, berbanding dengan melentur (membengkok) atau bercangga. Contohnya, ZAMAK 3, sejenis aloi penuangan acuan zink, menunjukkan kemuluran yang baik pada suhu bilik tetapi patah pada suhu bawah sifar apabila ia dihentam. SPRM adalah pertimbangan yang penting dalam pemilihan bahan terutamanya jika bahan adalah tertakluk kepada tegasan mekanikal.

Dalam sesetengah bahan, peralihan ini adalah lebih jelas berbanding yang lain. Contohnya, peralihan adalah lebih jelas pada bahan dengan kekisi kubus berpusat jasad berbanding dengan kekisi kubus berpusat muka. SPRM juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti penyinaran neutron yang menjurus kepada peningkatan kecacatan kekisi dan penurunan dalam kemuluran (atau peningkatan dalam SPRM) yang berpadanan.Templat:Sci-stub

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com