Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Joanne Kathleen Rowling - Wikipedia

Joanne Kathleen Rowling

From Wikipedia

Joanne Katheen Rowling, penulis novel Harry Potter.
Besarkan
Joanne Katheen Rowling, penulis novel Harry Potter.

Joanne Kathleen Rowling atau lebih dikenali sebagai J.K. Rowling dilahirkan pada 31 Julai 1965 di Chipping Sodbury, dekat Bristol, England. Beliau yang tinggal di Edinburgh, Scotland, Rowling menjadi sensana kesusasteraan antarabangsa pada tahun 1999 apabila tiga siri pertama novel remaja Harry Potter mengambil alih tiga tempat teratas dalam senarai New York Times best-seller selepas memperoleh kejayaan yang sama di United Kingdom. Rezeki Rowling semakin bertambah apabila siri ke-4, Harry Potter and the Goblet of Fire diterbitkan pada bulan Julai tahun 2000. Siri ini menjadi buku paling laris jualannya dalam sejarah.


Jadual isi kandungan


[Sunting] Perintis Harry Potter

Sebagai seorang graduan Universiti Exeter, Rowling berpindah ke Portugal pada tahu 1990 untuk mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Di sana dia berjumpa dan berkahwin dengan seorang wartawan Portugis. Anak perempuan mereka,, Jessica dilahirkan pada tahun 1993. Selepas perkahwinannya berakhir dengan penceraian, Rowling berpindah ke Edinburgh bersama-sama dengan anaknya tinggal berhampiran dengan rumah adik perempuan Rowling, Di. Rowling menghadapi masalah untuk menyara diri dan anaknya. Semasa hidup dalam kesusahan itu, Rowling mula menulis sebuah buku. Dikatakan Rowling mendapat idena tentang penulisan buku itu sewaktu dalam perjalanan menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990. Selepas beberapa kali ditolak, Rowling berjaya menjual buku itu, Harry Potter and the Philosopher's Stone untuk jumlah sebanyak $4000.

Menjelang musim panas pada tahun 2000, tiga buku pertama Harry Potter: Harry Potter and the Sorcerer's Stone, Harry Potter and the Chamber of Secrets, dan Harry Potter and the Prisoner of Azkaban telah mengaut keuntungan lebih kutang AS$480 juta dalam masa tiga tahun dengan cetakan 35 juta naskhah dalam 35 buah bahasa. Pada Julai 2000, Harry Potter and the Goblet of Fire telah dicetak buat pertama kalinya sebanyak 5.3 juta naskhah dengan pesanan tambahan sebanyak 1,8 juta naskhah. Rowling, yang kini salah seorang daripada wanita terjaya di Britain, merancang untuk mengarang tujuh buah buku bagi siri tersebut yang setiap satunya meriwayatkan tentang setiap tahun Harry Potter iaitu seorang budak sihir dan rakannya berada di Sekolah Sihir Hogwarts. Buku kelimanya, Harry Potter and the Order of the Phoenix, telah mula dipasarkan pada 12 tengah malam 21 Jun 2003, serentak di seluruh dunia selepas lebih kurang 3 tahun buku keempat diterbitkan.

Buku keenam Harry Potter and the Half-blood Prince juga telah dilancarkan secara rasminya serentak seluruh pada 12.01 malam 16 Julai 2005. Untuk melancarkan buku itu, beliau mengadakan keraian istimewa di Edinburgh Castle. Beliau melibatkan diri dalam beberapa temuramah dan meluangkan masa dengan pembaca kanak-kanak yang meminati bukunya. Setakat ini, parti pelancaran buku keenam di seluruh dunia adalah lebih mendapat perhatian dari buku pelancaran buku Harry Potter yang lain.

[Sunting] Dari Buku ke Layar Perak

Harry Potter and the Sorcerer’s Stone telah diterbitkan di layar perak di bawah arahan yang mula ditayangkan pada 16 November 2001. Pada hujung miggu pembukaannya di Amerika Syarikat, ianya telah menempa rekod dengan keuntungan dianggarkan AS$93.5 juta (AS$20 juta lebih banyak dari pemegang rekod terdahulu iaitu filem 1999, The Lost World: Jurassic Park). Pada hujung tahun itu, ianya telah menjadi filem paling banyak mendapat untung kasar pada 2001. Sekuel filem bagi siri ini, Harry Potter and the Chamber of Secrets, mula ditayangkan pada 15 November 2002 dan menjadi filem ketiga bagi pembukaan hujung minggu terbaik dalam sejarah pecah panggung.

Filem ketiga, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban telah mula ditayangkan pada 4 Jun 2004 manakala filem keempat, Harry Potter and the Goblet of Fire telah ditayangkan di Malaysia pada 17 November 2005.

[Sunting] Keluarga

Penghujung Disember 2001, Rowling berkahwin dengan Dr. Neil Murray di rumah mereka di Scotland. Anak kedua mereka dan anak lelaki pertama mereka, David Gordon Rowling Murray, dilahirkan pada 24 Mac 2003, di Royal Infirmary, Edinburgh. Untuk menjaga anaknya itu, Rowling mengatakan yang dia akan kurang muncul di khalayak ramai dan menandatangani buku kelima yang pada ketika itu baru dilancarkan. Tak berapa lama selepas mengumumkan yang buku keenam siri Harry Potter telah sempurna dikarang, Rowling melahirkan anak perempuan pada 23 Januari 2005 dan dinamakan Mackenzie Jean Rowling Murray.

Kini, J .K. Rowling telahpun mula mengarang bagi buku ketujuh dan penamat bagi siri tersebut. Beliau mengatakan yang beliau tidak akan menyambung lagi siri itu dan beliau ingin mencuba mengarang suatu genre yang baru. Buku ketujuh dianggarkan akan diterbitkan pada tahun 2007.

[Sunting] Lihat juga

[Sunting] Pautan Pilihan

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com