Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia
From Wikipedia
Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) dipertanggungjawabkan menyelidik teknologi nuklear dan teknologi yang berkaitan dengannya di Malaysia. Di antara aktiviti utama MINT ialah penyelidikan dan pembangunan teknologi, khidmat teknikal, pembangunan tenaga manusia dan hubungan luar.
Tenaga pakar MINT bergabung dengan tenaga pakar dari UKM bagi membangunkan teknologi radioaktif, tenaga nuklear, bio teknologi dan penyelidikan tisu kultur benih-benih pokok bermutu.
Semua kemudahan, makmal dan pejabat MINT terletak di dua kompleks utama: Kompleks MINT Bangi dan Kompleks MINT Jalan Dengkil. Kompleks MINT Bangi, dalam Daerah Hulu Langat adalah seluas kira-kira 66 ekar manakala Kompleks MINT Jalan Dengkil, dalam Daerah Sepang adalah seluas kira-kira 206 ekar.
MINT mempunyai satu-satunya reaktor nuklear di Malaysia, Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP). Ia mula digunakan pada 1982. Seperti reaktor TRIGA lain, ia cuma digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan dan pendidikan.
[Sunting] Sejarah
MINT ditubuhkan pada 1972 sebagai Pusat Penyelidikan Tenaga Atom Tun Dr Ismail (PUSPATI). Kemudian pada 1983 ia dinamakan Unit Tenaga Nuklear (UTN) apabila ia diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri. Kemudian selepas dipindahkan ke bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Persekitaran pada Ogos 1994, barulah ia bergelar MINT.
[Sunting] Alamat surat menyurat
- webmaster@mint.gov.my
- Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia MINT,
- Bangi 43000 Kajang,
- Selangor, Malaysia
- Tel : 03 - 89250510
- Fax: 03- 89258262