Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Dipterocarpaceae - Wikipedia

Dipterocarpaceae

From Wikipedia

Dipterocarpaceae
[[Imej:|frames|260px]]
Pengelasan sains
Alam Tumbuhan
Filum [[]]
Subfilum [[]]
Divisi Magnoliophyta
Kelas Magnoliopsida
Order Malvales
Famili Dipterocarpaceae
Genus [[]]
Spesies '
Nama binomial
'''''
{{{Ksubspesies}}}
Subdivisi:
Anisoptera
Cotylelobium
Dipterocarpus
Dryobalanops
Hopea
Marquesia
Monotes
Neobalanocarpus
Pakaraimaea
Parashorea
Shorea
Stemonoporus
Upuna
Vateria
Vateriopsis
Vatica''

Dipterocarpaceae ialah sebuah famili yang terdiri daripada 17 genus dan lebih kurang 580-680 spesies. Spesies-spesies itu terutamanya terdiri daripada pokok-pokok hutan hujan tanah rendah tropika yang menghasilkan buah-buah dua sayap. Genus-genus yang terbesar ialah Shorea (360 spesies), Hopea (105 spesies), Dipterocarpus (70 spesies), dan Vatica (60 spesies).

Kebanyakan daripada spesies dalam famili Dipterocarpaceae adalah besar, dan tingginya biasa mencapai 40-70 meter. Spesies-spesies dalam famili ini adalah amat penting dalam perdagangan kayu balak. Taburannya di seluruh kawasan tropika, dari utara Amerika Selatan ke Afrika,Seychelles, India, Indochina dan Malesia, dengan kepelbagaian dan jumlah yang terbesar di Malesia barat. Kini, sebilangan spesies itu terancam disebabkan penebangan yang keterlaluan dan pembalakan haram yang meluas. Pokok-pokok Dipterocarpaceae membekalkan kayu yang bernilai, minyak pati yang berbau wangi, balsam dan resin.

Famili dipterokarp ini secara amnya dibahagikan kepada tiga subfamili:

  • Monotoideae: 3 genus, 30 spesies. Markuesia berasal dari Afrika. Monot mempunyai 26 spesies, yang tersebar menyeberangi Afrika dan Madagascar. Pseudomonot berasal dari Amazon Colombia.
  • Pakaraimoideae: terdiri daripada satu spesies yang tunggal, iaitu Pakaraimaea roraimae, dan didapati di tanah tinggi Guiana, Amerika Selatan.
  • Dipterocarpoideae: Terdiri daripada 13 genus dan 470-650 spesies, ia merupakan subfamili yang terbesar. Taburannya termasuk Seychelles, Sri Lanka, India, Asia Tenggara sehingga New Guinea, tetapi kebanyakannya adalah di Malesia barat, di mana ia merupakan spesies yang utama di dalam hutan tanah rendah. Dipterocarpoideae boleh dibahagikan kepada dua kumpulan (Ashton, 1982; serta Maury-Lechon dan Curtet, 1998):
    • Kumpulan Valvate-Dipterocarpi (Anisoptera, Cotylelobium, Dipterocarpus, Stemonoporus, Upuna, Vateria, Vateriopsis, Vatica). Genus-genus untuk kumpulan ini mempunyai sepal bervalvat di dalam buah-buahnya, saluran yang satu-satunya, saluran resin yang berselerak, dan bilangan kromosom asas x = 11.
    • Kumpulan Imbricate-Shoreae (Balanocarpus, Hopea, Parashorea, Shorea). Genus-genus untuk kumpulan ini mempunyai sepal berimbrikat di dalam buah-buahnya, saluran berkelompok, saluran resin dalam pita menyeleweng, dan bilangan kromosom asas x = 7. Kajian molekul yang terkini (Dayanandan et. al., 1999) menunjukkan bahawa genus Hopea mempunyai klad yang sama dengan seksyen Shorea, iaitu Anthoshorea dan Doona, dan oleh itu, harus digabungkan dengan Shorea.

Kajian genetik yang terbaru (Ducousso et. al. 2004) mendapati bahawa dipterokarp Asia mempunyai leluhur yang sama dengan Sarcolaenaceae, sebuah famili pokok yang banyak didapati di Madagascar. Ini menunjukkan bahawa leluhur Dipterokarp berasal dari superbenua Gondwana di selatan, dan leluhur yang sama untuk kedua-dua dipterokarp Asia dan Sarcolaenaceae telah didapati di daratan India-Madagascar-Seychelles berjuta-juta tahun dahulu, dan dibawa ke utara oleh India, dan kemudian berlanggar dengan Asia dan membenarkan dipterokarp disebarkan menyeberangi Asia Tenggara dan Malesia.

[Sunting] Kayu

Jadual yang berikut mengaitkan spesies pokok, nama kayu dan warna kayu. Istiliah mahogani merah Filipina merujuk kepada kayu daripada genus Shorea dan Parashorea.

Genus & seksyen Spesies Nama kayu Warna kayu Jenis kayu
Anisoptera A. cochinchinensis, A. marginata, A. scaphula, A. thurifera dan kira-kira sepuluh jenis yang lain Mersawa   kayu keras ringan
Cotylelobium C. burckii, C. lanceolatum, C. melanoxylon Resak   kayu keras berat
Dipterocarpus D. alatus, D. baudii, D. basilanicus, D. borneensis, D. caudiferus, D. costulatus, D. grandiflorus, D. kerrii, D. tonkinensis, D. verrucosus, D. warburgii, dan kira-kira 60 spesies yang lain Keruing   kayu keras sederhana
Dryobalanops D. aromatica, D. camphora, D. junghunii, D. kayanensis, D. lanceolata, D. oblongifolia, D. sumatrensis Kapur   kayu keras sederhana
Hopea H. acuminata, H. beccariana, H. dryobalanoides, H. mengarawan, H. nervosa, H. odorata, H. sangal dan spesies yang lain Merawan   kayu keras sederhana
H. ferrea, H. forbesii, H. helferi, H. nutans, H. semicuneata dan spesies yang lain Giam   kayu keras berat
Neobalanocarpus N. heimii Chengal   kayu keras berat
Parashorea P. aptera, P. buchananii, P. chinensis, P. densiflora, P. globosa, P. lucida, P. macrophylla, P. malaanonan, P. parvifolia, P. smythiesii, P. stellata, P. tomentella Gerutu   kayu keras ringan
Parashorea Parashorea plicata Bagtikan coklat-kelabu  
Shorea (Pentacme) S. contorta, S. minandensis Lauan Putih kelabu hingga sikit merah muda  
Shorea sek. Shorea S. atrinervosa, S. brunnescens, S. crassa, S. exelliptica, S. foxworthyi, S. glauca, S. havilandii, S. laevis, S. leptoderma, S. materialis, S. maxwelliana, S. seminis, S. submontana, S. sumatrana, S. superba Balau   kayu keras berat
Shorea sek. Almon S. almon, S. contorta, S. leprosula, S. leptoclados, S. smithiana Almon merah muda hingga merah jambu  
Shorea sek. Anthoshorea S. assamica, S. assamica, S. bracteolata, S. dealbata, S. hypochra, S. javanica, S. lamellata, S. maranti Meranti Putih   kayu keras ringan
Shorea sek. Richetia S. acuminatissima, S. faguetiana, S. gibbosa, S. hopeifolia, S. multiflora Meranti Kuning   kayu keras ringan
Shorea sek. Rubroshorea S. curtisii, S. hemsleyana, S. macrantha, S. pauciflora, S. platyclados, S. rugosa, S. singkawang, 4 spesies yang lain Meranti bukit   kayu keras ringan
S. acuminata, S. dasyphylla, S. johorensis, S. lepidota, S. parvifolia Meranti Merah Muda   kayu keras ringan
S. balangeran, S. collina, S. guiso, S. kunstleri, S. ochrophloia, S. plagata Balau Merah   kayu keras berat
Shorea S. macroptera Melantai   kayu keras ringan
S. negrosensis Lauan Merah coklat-merah tua hingga merah bata  
S. ovata Tianong merah muda hingga coklat-merah muda  
S. platyclados Meranti Bukit   kayu keras ringan
S. polysperma Tanguile merah hingga coklat-merah  
S. robusta Sal    
S. squamata Mayapis merah muda hingga coklat-merah  
S. uliginosa Meranti Bakau   kayu keras muda


[Sunting] Rujukan

  • Ashton, P.S. Dipterocarpaceae. Flora Malesiana, 1982 Siri I, 92: 237-552.
  • Maury-Lechon, G. and Curtet, L. Biogeografi dan Sistematik Evolusi Dipterocarpaceae. Dalam Tinjauan Semula Dipterokarp: Taksonomi, ekologi dan silvikultur (Biogeography and Evolutionary Systematics of Dipterocarpaceae. In A Review of Dipterocarps: Taxonomy, ecology and silviculture), 1998. Appanah, S. dan Turnbull, edisi J.M., Center for International Forestry Research, Bogor, Indonesia. ISBN 979-8764-20-X.
  • Dayanandan, S. Ashton, P.S. Williams, S.M. Primack, R.B. 1999. Filogeni famili pokok tropika, Dipterocarpaceae, berdasarkan jujukan nukleotid untuk kloroplas gen RBCL (Phylogeny of the tropical tree family Dipterocarpaceae based on nucleotide sequences of the chloroplast RBCL gene). American Journal of Botany. 86(8): 1182.
  • M. Ducousso, G. Béna, C. Bourgeois, B. Buyck, G. Eyssartier, M. Vincelette, R. Rabevohitra, L. Randrihasipara, B. Dreyfus, Y. Prin. Leluhur sama yang terakhir untuk pokok-pokok Sarcolaenaceae dan dipterokarp Asia ialah Ectomycorrhizal sebelum pemisahan India dan Madagascar, kira-kira 88 juta tahun dahulu. Molecular Ecology 13:23 1 Januari 2004.

[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com