Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Dewan Tunku Canselor - Wikipedia

Dewan Tunku Canselor

From Wikipedia

Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya
Besarkan
Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya

Dewan Tunku Canselor (DTC), antara ikon utama Universiti Malaya telah dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada 25 Jun 1966.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah penubuhan

Sempena perasmiannya, Dewan yang dinamakan sempena nama beliau buat pertama kali menjadi tempat berlangsungnya istiadat konvokesyen untuk sesi 1965/66 dengan 587 orang graduan meneriman ijazah pertama, sarjana dan kedoktoran manakala 115 orang graduan menerima Diploma Pendidikan.

[Sunting] Rekabentuk

Dewan hasil rekaan oleh Dato' Kington Loo, arkitek moden dari firma BEP Arkitek (asalnya Boothy Edwards & Partners) ini telah mengambil masa satu setengah tahun untuk disiapkan. Ia merupakan antara beberapa struktur pertama di negara ini yang mengikut pengaruh tokoh Arkitek Moden berbangsa Switzerland-Perancis, Le Corbusier. Beliau adalah antara tokoh arkitek moden yang amat mementingkan kesesuaian rekabentuk mengikut kegunaan, selain penggunaan bahan binaan yang sesuai dan tidak mengenakan sebarang hiasan pada sesuatu binaan. Rekabentuk DTC hampir menyamai bangunan Bank Negara Malaysia yang menggunakan konsep kemodenan simen yang tidak bercat.

[Sunting] Istiadat Konvokesyen

Sebelum wujudnya DTC, Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya telah dilangsungkan di beberapa tempat lain seperti Dewan Tuanku Abdul Rahman di Jalan Ampang (Sekarang Pusat Penerangan Pelancongan Malaysia) pada 1961, (konvokesyen pertama UM di Kuala Lumpur), Stadium Negara (1962), Dewan Bahasa dan Pustaka (1963), Stadium Chin Woo (1964) dan Bangunan Parlimen (1965). Dewan yang boleh memuatkan seramai 25,000 orang ini merupakan dewan yang terbesar di Kuala Lumpur ketika itu.

Pada peringkat awal, DTC tidak mempunyai pentas seperti sekarang, yang terdapat hanya sebuah platform kecil. Sekitar tahun 1969-1971, pihak British Council ingin mengadakan satu persembahan Balet di Kuala Lumpur dan memerlukan dewan yang agak besar. Pihak British Council sanggup mengeluarkan kos mengadakan sebuah pentas dan kemudiannya dihadiahkan kepada UM.

Dengan adannya DTC, Universiti Malaya pada masa itu telah mempunyai tempat yang tetap bagi istiadat konvokesyen dan lain-lain majlis seperti persidangan dan seminar selain persembahan seni kebudayaan dan peperiksaan akhir semester. Tahun demi tahun, DTC terus menempa sejarah dalam kegemilangan akademik dengan pertambahan graduan yang menerima ijazah masing-masing sehinggalah pada tahun 2000.

[Sunting] Tragedi Kebakaran

Pada tahun 2001, istiadat konvokesyen diadakan di Stadium Putra, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil berikutan kebakaran yang berlaku pada pagi 29 Jun 2001 iaitu kira-kira 35 tahun sejak perasmiannya pada 1966. Kejadian yang menyedihkan itu telah menyebabkan kerugian sebanyak RM12.4 juta. Pada kenyataannya, kerugian akibat kebakaran DTC tidak dapat dinilai dengan wang ringgit kerana kenangan, sentimental nostalgia terhadap DTC itu sendiri yang telah menyaksikan seribu satu kenangan manis dan pahit yang mewarnai warga kampus.

Akhirnya, setelah mendapat restu pihak berwajib, kerja-kerja pembinaan semula telah dijalankan dan memakan masa selama empat bulan dan tiga minggu, menelan belanja kira-kira RM13.5 juta. DTC telah dibina semula kepada keadaan asal dengan lebih sempurna dan lebih canggih. Untuk maksud itu, Tabung Pembinaan Semula DTC telah ditubuhkan oleh warga UM dan juga pihak The New Straits Times.

Sehingga kini, lebih 95,000 graduan menerima ijazah dan jumlah itu terus bertambah dari setahun ke setahun.

[Sunting] Rujukan

  • Majalah Varsiti Universiti Malaya
  • Buku Penganugerahan Konvokesyen Universiti Malaya
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com